Sebab dek lambakan bekalan hartanah, mesti ada yang pening kepala nak pilih dan beli yang mana satu.
Dan Johor Bahru juga, tak terlepas dari masalah ini.
Tak apa. Itu sebab Tok ada dekat sini – untuk mudahkan korang buat keputusan membeli.
Jadi, korang ada plan nak beli hartanah jenis servis apartmen di kawasan Tebrau, Johor Bahru?
Tok ada satu projek kediaman berstatus Freehold (Pegangan Bebas) yang nak dikongsikan pada korang hari ini. Jemput hadamkan perkongsian hari ini.
Setia Indah – Perbandaran nyaman, lengkap dengan pelbagai kemudahan
Sebelum nak cerita tentang projek tu, Tok nak kongsi sikit dulu tentang perbandaran yang menjadi tempat kediaman ini dibangunkan.
Tok pasti korang dah pernah dengar tentang bandar Setia Indah, Tebrau. Ada banyak reviu positif tentang kawasan ni.
Setia Indah adalah sebuah perbandaran yang matang, tersedia lengkap dengan bermacam kemudahan dan infrastruktur yang pelbagai.
Seluas 888 ekar, Setia Indah adalah bandar mesra alam sekitar yang menempatkan anggaran lebih 35,000 penduduk.
Bandar ini juga dilengkapi dengan taman yang besar seluas 18 ekar, khas bagi kegunaan penduduk untuk tujuan rekreasi. Tak perlu dah susah-payah keluar jauh untuk luangkan masa bersama keluarga.
Taman ini jugak merupakan pemenang Anugerah Landskap Terbaik. Bukan calang-calang ya.
Antara yang tersedia seperti padang bola sepak, trek joging, dan juga gelanggang bola keranjang. Korang takkan bosan tinggal di sini sebab macam-macam aktiviti yang boleh dibuat.
Di samping itu, setiap zon perumahan mempunyai kawasan terbuka (open area) dan juga taman permainan, menjadikan bandar ini sesuai sebagai tempat untuk menetap bersama keluarga dan membesarkan anak-anak tercinta.
Kediaman mewah, sesuai untuk seisi keluarga
Bilik permainan (games room).
Okay, cukup sudah. Tiba masa untuk kongsikan tentang projek kediaman yang Tok jelaskan sebentar tadi.
Projek tersebut, diberi nama Sky Oasis Residences. Projek ini dibangunkan oleh S P Setia Berhad, dan telah siap dibina pada tahun 2015.
Sky Oasis Residences ni dibina atas tanah berstatus komersial (commercial title) dan pegangan bebas (Freehold). Dan yang paling best, projek ini adalah jenis low density (berkepadatan rendah).
Bermakna, korang tak payah semak kepala dengan jumlah penduduk yang padat. Jumlah keseluruhan unit yang ditawarkan adalah kurang daripada 500 unit. Lebih tepat lagi, sebanyak 434 unit saja.
Jadi, korang boleh jangkakan kehidupan yang tenang bila menetap di sini.
Tambah pula, Sky Oasis Residence ni terletak di sebelah tasik seluas 14 ekar. Bayangkan, pemandangan yang indah dalam bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Berbaloi-baloi.
Apa jenis unit yang ditawarkan di Sky Oasis Residences?
Sky Oasis Residence dibina setinggi 28 tingkat, dan berdiri megah atas tanah seluas 2.99 ekar.
Ada 3 jenis unit yang ditawarkan untuk korang pilih:
Jenis B (Type B) – 913 kaki persegi, 2 + 1 bilik tidur dan 2 bilik air
Jenis C (Type C) – 858 kaki persegi, 2 bilik tidur dan 2 bilik air
Jenis D (Type D) – 756 kaki persegi, 1 + 1 bilik tidur, 1 bilik air
Untuk korang yang dah bekeluarga, boleh pilih Jenis B sebab ada 2 bilik tidur dan sebuah bilik yang boleh korang renovate untuk dibuat bilik tidur ke-3.
Bagi pasangan yang baru berkahwin atau masih bujang, sesuai pilih Jenis C atau Jenis D.
Kos selenggara (maintainance fee) pula adalah sebanyak RM0.35 untuk setiap kaki persegi.
Apa fasiliti dan kemudahan yang tersedia di Sky Oasis Residences?
Gimnasium di Sky Oasis Residences.
Dah nama pun S P Setia, kemudahan yang ditawarkan mesti tip-top dan ada standard.
Antara fasiliti yang disediakan seperti:
Infinity pool,
Dewan serbaguna,
Tempat BBQ dengan kawasan makan berkonsepkan Alfresco,
Kolam renang kanak-kanak,
Bilik permainan,
Gimnasium,
Tadika,
Function room, dan macam-macam lagi.
IKEA Tebrau. Sumber gambar – gbs-iskandar.my
Di Sky Oasis Residences, korang juga dekat dengan pelbagai pelbagai pusat membeli-belah dalam senarai bawah ini:
AEON Tebrau,
TESCO Extra Tebrau,
IKEA Tebrau,
Hospital Sultan Ismail,
Taman Tema Air Austin Heights,
Pelbagai bank,
Kedai makanan yang pelbagai, dan macam-macam lagi.
Korang juga boleh sampai ke Sunway College dalam masa kurang 9 minit perjalanan guna kereta daripada Sky Oasis Residences.
“Senang ke nak sampai ke Sky Oasis Residences, Tok?”
Senang cerita, memang mudah.
Korang boleh sampai ke Sky Oasis Residences menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang yang terletak 7.6KM. Korang boleh sampai dalam masa 12 minit saja (bergantung pada keadaan trafik semasa).
Buat yang bekerja di Singapura, Tok juga ada berita baik untuk korang. Korang boleh sampai ke Eastern Dispersal Link yang menghubungkan Johor – Singapura dalam masa 14 minit menggunakan kereta (sejauh 11.3KM).
Berminat nak dapatkan servis apartmen di sini?
Pada pendapat Tok, projek ini sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kediaman yang tenang dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak-anak.
Lengkap dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan, Sky Oasis Residences wajib dimasukkan dalam senarai hartanah pilihan.
Denganbooking fee (fi tempahan) hanya RM1,000, korang boleh memiliki apartmen servis mewah dengan landskap, serta kemudahan dan fasiliti yang menarik.
Dan alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak ambil kesempatan ini untuk jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada hari Jumaat, 7 Disember 2018.
Nak Tok tambah lauk tak? Sesi Sembang Hartanah ni, PERCUMA saja. Korang 100% tak perlu bayar apa-apa.
Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD. Siapa cepat, dia dapat.
Apa gambaran yang keluar dalam kepala korang bila Tok sebut Petaling Jaya (PJ)?
Mungkin ramai yang terbayang tempat makan yang bermacam aneka pilihan. Tok sendiri pun suka cari makanan dekat kawasan Petaling Jaya ni.
Pendek kata, macam-macam ada.
Tapi pada mata seorang pelabur hartanah atau yang nak beli rumah, ini bukan perkara utama. Banyak lagi korang kena kaji sebelum buat keputusan membeli.
Jadi, apa yang korang patut tahu tentang kawasan ini?
Petaling Jaya – Perbandaran maju seluas lebih 97KM persegi?
Sumber gambar – Google Maps
Bila bercakap tentang memilih lokasi yang cun, Petaling Jaya (PJ) adalah kawasan yang tak asing lagi dan jadi pilihan ramai orang yang nak beli rumah.
Tapi sebelum kita menyelam lebih dalam lagi tentang Petaling Jaya, izinkan Tok kongsikan serba sedikit tentang sejarah tempat ini.
Pembangunan bandar Petaling Jaya bermula dengan 1,200 ekar tanah perladangan getah berdekatan Jalan Klang Lama (Old Klang Road), bermula pada era British Malaya sewaktu 1950-an.
Tapi, apa sebab penempatan ini dibuka?
Tujuan utama adalah untuk menampung jumlah populasi yang meningkat di Kuala Lumpur pada waktu tu.
Sejak 1952, PJ menyaksikan pertumbuhan secara mendadak dari segi saiz populasi dan kepentingan geogrrafi. Pembangunan PJ bermula dengan pembinaan 800 buah rumah kediaman, yang dikenali sebagai ‘Old Town’ (Pekan Lama) pada hari ini.
Sekarang ni, kawasan PJ dah berkembang seluas 97.2 kilometer persegi. Serius besar gila! PJ yang terteletak dalam daerah Petaling, juga memegang title (takhta) sebagai daerah dengan populasi tertinggi dan termaju dalam negeri Selangor.
Berapa banyak pusat membeli-belah dekat sini?
Sumber gambar – One World Hotel
Pembangunan pusat membeli-belah dekat PJ bermula seawal tahun 1980 lagi.
Antara yang terawal seperti The Atria dekat Damansara Jaya dan Subang Parade, yang berdekatan dengan bandar jiran Subang Jaya.
Dan pembangunan ini menjadi semakin rancak pada tahun 1995, dengan kewujudan 1 Utama yang dibina di Bandar Utama. Sampai sekarang, 1 Utama (atau dikenali dengan nama famous, OU) menjadi tumpuan para netizen yang suka membeli-belah.
Tok sendiri suka berjalan dan shopping dekat sini. Lagipun, jenama yang ada dekat sini boleh tahan banyak, bermakna korang ada pelbagai jenis pilihan mengikut bajet masing-masing.
Dan antara sebab utama, kos tempat letak kereta (parking) dekat sini, masih lagi murah. Kalau malas nak bersesak dan tempuh traffic jam ke Pusat Bandaraya (KL), OU boleh jadi tempat alternatif yang sesuai untuk korang.
Selain tu, pasaraya TESCO jugak dibina dan mula beroperasi sekitar tahun 2003 dekat Mutiara Damansara. Tak lama lepas tu, Ikano Power Centre (sekarang dah tukar nama, IPC Shopping Centre), IKEA, dan The Curve menyusul pula pada tahun 2004 dan 2005.
Selain tu, korang juga boleh pergi ke Digital Mall, The Starling, Paradigm Mall, dan sebagainya.
Giant Supermarket pun, ada dekat sini. Mula beroperasi pada 2004, pasaraya ini dapat diakses dengan mudah menerusi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Ha, dah alang-alang bercakap pasal sambungan lebuhraya…
Senang ke nak sampai ke Petaling Jaya?
Sumber gambar – KLIA2
Jawapan mudah Tok adalah:
“Serius senang gila!”
Petaling Jaya memang terkenal dengan pelbagai sambungan lebuhraya. Antara yang korang boleh gunakan seperti:
Lebuhraya Damansara – Puchong,
NPE (New Pantai Expressway),
Lebuhraya SPRINT,
Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan).
Tok mulakan dengan Lebuhraya Persekutuan terlebih dulu. Dengan sambungan ini, korang boleh pergi ke Pusat Bandaraya dan jalan alternatif ke Shah Alam dan Klang.
Kalau gunakan Lebuhraya SPRINT pula, korang boleh senang-senang sampai ke kawasan lain di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya seperti Ara Damansara dan lain-lain.
Dan yang paling best, dah tentu LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong).
Dengan sambungan ini, korang boleh sampai ke Bandar Utama, Sungai Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, atau ke arah Kelana Jaya, Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, dan lain-lain lagi.
Tok belanja sikit lagi. Kalau korang nak ke kawasan Bangsar atau Bangsar South, boleh gunakan Kerinchi Link.
Pendek kata, memang senang nak ke mana-mana daripada Petaling Jaya.
“Apa lagi kemudahan yang tesedia dekat Petaling Jaya, Tok?”
Sumber gambar – Sunway University – Sunway Education Group
Nah, Tok belanja korang pusat pengajian tinggi yang ada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya ni pulak.
Ada jugak Tok selitkan universiti dan kolej di kawasan jiran, sebab agak dekat dan mudah diakses dari PJ.
Antara yang ada seperti:
IACT College,
BAC (Brickfields Asia College),
Sunway College,
Yamaha Academy of Arts and Music,
Segi University College,
Universiti Tunku Abdul Rahman,
KDU University College,
Malaysia University of Science and Technology (MUST),
Taylor University (Subang Jaya),
Lincoln University College,
INTI International College (Subang Jaya),
Stamford College, dan macam-macam lagi.
Sumber gambar – Wikimapia
“Kalau saya nak hantar orang tua saya yang sakit, dekat mana yang dekat Tok?”
Bawah ni, Tok belanja korang senarai hospital yang tersedia dekat kawasan PJ:
Columbia Asia Hospital,
Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH),
Hospital Universiti Malaya,
UM Specialist Centre,
KPJ Damansara Specialist Hospital,
Beacon International Specialist Centre, dan
Hospital Assunta.
Macam-macam ada, kan?
Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Petaling Jaya?
Pada pendapat personal Tok, Petaling Jaya tergolong sebagai sebuah perbandaran yang matang dan lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.
Macam-macam kemudahan dan fasiliti yang tersedia dekat sini. Senang nak ke hospital, universiti, dan pusat membeli-belah. Lebuhraya pun, banyak yang boleh korang akses dengan mudah.
Tak rugi jadikan PJ sebagai kawasan untuk membeli rumah, tak kira untuk pelaburan atau kegunaan sendiri.
Alang-alang dah baca sampai sini, Tok nak belanja satu lagi peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah secara PERCUMA.
Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 16 Disember 2018 (hari Ahad) bersama Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd dan GilaHartanah.com.
Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.
Apa yang korang perasan bila lalu Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur?
Tok pasti, korang mesti perasan pembangunan yang berlaku dekat bekas tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tu.
Sekarang ni, pengkalan TUDM dah berpindah secara rasmi ke Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mac 2018.
Dan kawasan ini akan dibangunkan dan berpotensi menjadi hab pelancongan, perdagangan, budaya, dan inovasi negara kita.
Ini apa yang korang patut tahu tentang Bandar Malaysia. Jemput hadamkan laju-laju.
Ke Kuala Lumpur atau Putrajaya, semua senang belaka?
Sumber gambar – maju.com.my
Bandar Malaysia adalah sebuah pembangunan berorientasikan transit (tansit-oriented development) yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Seperti yang korang dah sedia maklum, projek ini akan dibangunkan atas bekas tanah Pengkalan TUDM di Sungai Besi. Ini adalah pembangunan skala besar, yang akan menjadi penanda aras projek mega di Malaysia.
Tambah pula, pembangunan ini terletak dekat dengan kawasan yang matang, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang cukup tersedia.
Bukan saja Bandar Malaysia ada jalan penghubung yang baik untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan bahagian selatan. Tapi juga dapat menikmati akses ke terowong SMART dan Putrajaya melalui Maju Expressway (MEX).
Bermakna, korang yang bekerja di Putrajaya juga boleh memilih untuk menetap di sini pada masa depan. Senang gila korang nak ke tempat kerja.
“Saya ada anak yang bersekolah” – Sesuai ke tinggal dekat sini?
Sumber gambar – UCSI University
Ingat tak? Tadi Tok baru sebut yang Bandar Malaysia terletak di kawasan yang cukup matang. Dan ayat ini, bukan sekadar berpandukan teori semata.
Terletak bersebelahan Bandar Malaysia, terdapat pelbagai sekolah untuk korang pilih. Antara yang ada seperti:
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Thung,
Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1,
Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2, dan
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Confucian.
Maksudnya, tempat ini sesuai untuk golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang bersekolah.
Tak cukup dengan itu, ada kampus UCSI yang terletak tidak jauh daripada kawasan ini. Bermakna, korang boleh hantar anak ke situ bila tiba masa mereka mahu melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.
Ini untungnya kalau bangunkan sesebuah projek dekat tempat yang dah sedia matang. Kalau ada projek masa depan yang dibatalkan, pembangunan tak akan terkesan secara mendalam dan masih boleh survive.
Apa kemudahan yang dekat dengan kawasan ini?
Sumber gambar – Sunway Property
Nak cari barangan runcit, keperluan harian, dan pilihan makan dan minuman yang baik dan pelbagai?
Ini pun tak jadi masalah kalau korang menetap dekat kawasan ini.
Terletak dekat dengan Bandar Malaysia, ada AEON Taman Maluri yang jauhnya lebih kurang 5KM. Tambah pula, ada Sunway Velocity Mall yang bertempat dalam kawasan yang sama.
Nak lagi? IKEA Cheras dan MyTown jugak tersedia. Terletak hanya sejauh kurang 4KM daripada Bandar Malaysia, korang ada akses mudah untuk ke sana.
Korang kaki shopping? Ada juga Mid Valley Megamall dan The Gardens yang terletak lebih kurang 8KM dari Bandar Malaysia. Nah, semuanya dekat belaka.
Tok tambah lauk sikit lagi. Buat yang bekerja dalam kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, korang boleh sampai ke sana dengan mudah. Hanya sejauh lebih kurang 7KM saja.
“Kalau ahli keluarga saya sakit, nak hantar ke mana Tok?”
Sumber gambar – SirapLimau
Ini pun, korang tak perlu risau. Korang boleh pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), yang terletak sejauh 4.5KM daripada Bandar Malaysia.
Kalau nak hantar ke hospital swasta pun, ada juga. Korang boleh pilih untuk ke Prince Court Medical Centre.
Nak pilih yang mana satu? Terpulang pada korang. Tok cuma perlu pastikan yang korang tahu yang kemudahan ini, semuanya tersedia lengkap untuk korang manfaatkan.
Wow, senang gila nak ke Bandar Malaysia!
Sumber gambar – SAYS.com
Tok boleh katakan, lokasi Bandar Malaysia adalah strategik. Ini sesuai untuk korang yang sukakan kehidupan bandar yang moden.
Dengan akses kepada kemudahan lebuhraya dan jalan raya yang mantap, korang senang nak ke mana-mana. Tak kira untuk ke Pusat Bandaraya, ke Seremban, Melaka, Johor (arah Selatan Malaysia), atau ke Putrajaya, semuanya mudah belaka.
Ini terbukti dengan akses kepada Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), yang bersambung dengan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (East-West Link Expressway) yang terletak di bahagian Selatan.
Korang juga ada akses ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, yang menghubungkan korang ke Kuchai Lama, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Jalan Loke Yew untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Antara lebuhraya yang lain adalah Lebuhraya Persekutuan dan New Pantai Expressway (NPE), dapat diakses secara mudah dari Bandar Malaysia yang menghubungkan korang ke Petaling Jaya. Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses ke Lebuhraya Utara-Selatan.
Bandar Malaysia bukan setakat berada dekat lokasi yang strategik, tapi juga lengkap dengan infrastruktur yang baik.
Terletak bersebelahan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), ada 2 kemudahan pengangkutan awam – LRT Salak Selatan dan KTM.
Berbaloi ke beli hartanah dekat Bandar Malaysia?
Pada pendapat peribadi Tok, Bandar Malaysia layak dikategorikan sebagai sebuah perbandaran lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.
Macam-macam kemudahan dan fasiliti yang tersedia dekat sini. Senang nak ke hospital, universiti, dan pusat membeli-belah. Lebuhraya pun, banyak yang boleh diakses dengan mudah.
Jadi, tak rugi untuk korang beli rumah dekat sini. Tapi sebelum beli, pastikan korang kaji dulu sehabis baik. Objektif dan kemampuan masing-masing, dah tentu berbeza. Takkan sama dengan orang lain.
Alang-alang dah baca sampai sini, Tok nak belanja satu lagi peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA.
Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd dan GilaHartanah.com.
Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.
“Saya tengah cari servis apartmen yang dekat dengan tasik, serta lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ada ke Tok?”
Bayangkan. Sambil menghirup kopi atau teh selepas penat bekerja sepanjang hari di balkoni (beranda), sambil menikmati pemandangan tasik yang cantik.
Sungguh nyaman dan tenang. Memang syok!
Buat yang tengah mencari kediaman yang ada ciri-ciri ini, Tok ada satu yang nak dikongsikan dengan korang.
Dan yang paling menarik, kediaman ini bertapak megah dalam kawasan Petaling Jaya (PJ). Nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok ini.
Betul ke tinggal dekat Petaling Jaya, best gila?
Sumber gambar – Google Maps
Sebelum Tok berceloteh panjang tentang projek power ini, izikan Tok sajikan korang serba sedikit pasal kawasan pilihan hati ramai orang ini – Petaling Jaya (PJ).
Pembangunan bandar Petaling Jaya bermula dengan 1,200 ekar tanah perladangan getah berdekatan Jalan Klang Lama (Old Klang Road), bermula pada era British Malaya sewaktu 1950-an.
Tapi, apa sebab penempatan ini dibuka?
Tujuan utama adalah untuk menampung jumlah populasi yang meningkat di Kuala Lumpur pada waktu tu.
Sejak 1952, PJ menyaksikan pertumbuhan secara mendadak dari segi saiz populasi dan kepentingan geografi.
Pembangunan PJ bermula dengan pembinaan 800 buah rumah kediaman, yang dikenali sebagai ‘Old Town’ (Pekan Lama) pada hari ini.
Sekarang ni, kawasan PJ dah berkembang seluas 97.2 kilometer persegi. Serius besar gila! PJ yang terteletak dalam daerah Petaling, juga memegang title (takhta) sebagai daerah dengan populasi tertinggi dan termaju dalam negeri Selangor.
Dan bukan setakat itu saja. Petaling Jaya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk korang manfaatkan sebaiknya.
Dari sambungan lebuhraya dan jalan raya yang mantap, pusat membeli-belah yang pelbagai, dan lain-lain kemudahan seperti pusat kesihatan (hospital) dan pusat akademik, tak hairan PJ menjadi pilihan ramai untuk membeli rumah.
“Projek komersial, tapi bayar kadar utiliti macam biasa?”
Tiba masa untuk Tok ceritakan tentang projek kediaman yang gempak ini. Korang dah sedia?
Projek jenis servis apartmen mewah ini, diberi nama Sunway Serene.
Sunway Serene merupakan projek yang dibangunkan oleh pemaju yang tak asing lagi, Sunway Property (sebuah syarikat subsidiari Sunway Group).
Servis apartmen mewah ini berdiri teguh dalam kawasan Kelana Jaya, dan hanya terletak beberapa minit dari Sunway Pyramid yang cukup terkenal. Senang gila nak layan mood membeli-belah korang yang kaki shopping tu.
Sunway Serene juga dekat dengan sebuah lagi pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenama – Paradigm Mall. Kalau dah bosan ke Sunway Pyramid, korang boleh pilih untuk ke sini pula.
Servis apartmen ini dibina atas tanah berstatus Leasehold (Pegangan Sementara) dan komersial (Commercial) seluas 17 ekar.
Tapi korang tak perlu risau. Projek ini dikawal bawah undang-undang HDA (Housing Development Act). Bermakna, korang tak payah pening kepala bayar kadar utiliti yang mahal.
Servis apartmen mewah, mantap untuk seisi keluarga anda
“Apa yang paling menarik tentang kediaman ini, Tok?”
Dah tentu Tok akan jawab tasik seluas 15 ekar yang tersedia, khas untuk tatapan korang bersama keluarga. Memang cantik dan sesuai untuk korang yang sukakan suasana yang nyaman.
Bukan setakat itu ya. Buat korang yang kaki ‘menebas’ (ini apa yang Tok gelarkan pada korang yang kaki golf tegar), korang ada akses dekat dengan Subang National Golf Club (Kelab Golf Negara Subang, atau KGNS).
Sunway Serene terdiri daripada 2 buah blok (Menara A dan Menara B), dan dibina setinggi 46 tingkat. Keseluruhan jumlah unit yang ditawarkan, ada 894 unit.
Untuk kemudahan korang ke unit masing-masing, ada 7 buah lif yang tersedia untuk kegunaan korang.
Berapa jenis unit yang boleh anda pilih?
Secara keseluruhan, ada 8 jenis unit yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian dan kegunaan masing-masing:
Jenis A – A1 (892 kaki persegi, tiada balkoni), dan A2 (927 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis B – B1 (1,105 kaki persegi, tiada balkoni), dan B2 (1,154 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis C – C1 (1,087 kaki persegi, tiada balkoni), dan C2 (1,087 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis D – D1 (1,232 kaki persegi, tiada balkoni), dan D2 (1,232 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis E (1,232 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis F – F1 (1,596 kaki persegi, tiada balkoni), dan F2 (1,596 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis G (1,788 kaki persegi, dengan balkoni)
Jenis H (Jenis Dual-Key, 1,788 kaki persegi dengan balkoni)
Apa kemudahan yang ditawarkan dekat sini?
Ini yang paling Tok suka nak cerita dekat korang semua. Sunway Serene ni, sangat lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan.
Salah satu yang menarik perhatian Tok (dan yang pastinya, perhatian korang), adalah klinik kesihatan (Care Centre) yang disokong oleh Sunway Medical Centre sendiri.
Dekat sini, korang boleh dapatkan rawatan untuk penyakit kecil seperti demam, batuk, gastrik, sakit tekak, dan cirit-birit.
Jururawat yang ditempatkan dekat sini, sudah pasti bertauliah. Mereka akan bantu korang untuk dapatkan rawatan sebaiknya.
Dekat sini jugak, korang boleh buat pemeriksaan kesihatan seperti memeriksa tekanan darah dan kadar glukosa.
Dekat tingkat 6 pula, tersedia macam-macam jenis fasiliti untuk kegunaan penduduk di Sunway Serene. Ada lebih 50 jenis fasiliti yang korang boleh pilih dan gunakan sepuas hati.
Ada satu yang pasti memukau korang.
Seluas 4 ekar, korang boleh menikmati lazy river sepanjang 210 meter. Ini adalah sungai buatan terpanjang untuk kediaman dalam kawasan Lembah Klang ya. Sunway Serene je ada benda ini.
Kalau korang jenis suka jogging, gunakan laluan jogging sepanjang 1.2KM yang terletak berdekatan dengan tasik. Berpeluh la korang puas-puas dekat situ.
Selain tu, korang jugak disajikan dengan fasiliti seperti:
Surau,
Gimnasium,
Perpustakaan,
Bilik yoga,
Bilik serba guna,
Bilik teater,
Bilik permainan, dan macam-macam lagi kemudahan untuk korang sekeluarga.
Itu baru fasiliti bahagian luar (outdoor facility). Kalau fasiliti bahagian dalaman (indoor facility), korang boleh nikmati:
Taman hidroponik,
Gelanggang serba guna (multipurpose court) untuk futsal dan bola keranjang,
Padang terbuka,
Dewan serba guna,
2 gelanggang badminton,
Tempat barbeku (BBQ),
Kolam renang infiniti bersaiz olimpik 6-lorong,
Jakuzi,
Pod membaca atau melepak, dan macam-macam lagi.
“Wow, macam-macam kemudahan dan fasiliti yang ada. Maintenance fee (yuran penyelenggaraan) mesti mahal gila ni!”
Yuran penyelenggaraan Sunway Serene ni, tak mahal mana. Hanya RM0.26 sen untuk setiap kaki persegi (termasuk sinking fund (yuran pelepasan)).
Senang ke nak sampai ke Sunway Serene?
Dengan sambungan jalan raya dan lebuhraya yang mantap, memang mudah nak sampai ke Sunway Serene ni. Korang ada akses mudah untuk ke Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong, dan Kuala Lumpur.
LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) terletak betul-betul di hadapan Sunway Serene. Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) juga dekat untuk kegunaan korang.
Kalau tak sesak, korang boleh sampai ke Subang Jaya dalam masa 10 minit. Nak ke KualaLumpur pulak, hanya ambil masa 2 minit perjalanan.
Antara sambungan lebuhraya lain yang dekat dengan Sunway Serene seperti:
NPE (New Pantai Expressway),
NKVE (New Klang Valley Expressway),
KESAS (Shah Alam Expressway).
Malas nak memandu dan nak gunakan pengangkutan awam? Korang boleh gunakan LRT Kelana Jaya. Korang juga ada akses ke BRT Setia Jaya dan KTM. Senang, kan?
Peluang belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA?
Pada pendapat Tok, projek ini sesuai untuk korang yang sukakan suasana kediaman yang tenang dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak-anak.
Lengkap dengan pelbagai fasiliti, kemudahan dan akses mudah ke lebuhraya, Sunway Serene wajib dimasukkan dalam senarai hartanah pilihan korang.
Buat korang yang baca sampai ayat ni, Tok nak ambil kesempatan ini untuk belanja korang satu peluang keemasan.
Korang berminat nak belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan, 100% tanpa sebarang bayaran (dengan kata lain, PERCUMA)?
Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 16 Disember 2018 (hari Ahad) ini.
Sesi Sembang Hartanah ini, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.
Buat korang yang lalu dekat Jalan Sungai Besi, pasti korang perasan satu pembangunan yang berlaku dekat kawasan situ.
Lebih spesifik lagi, pembangunan tu dibina atas bekas tanah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Lepas TUDM berpindah ke pengkalan baru di Sendayan, Negeri Sembilan, tanah ini dibuka kepada pemaju untuk dibangunkan.
Dan korang jugak pasti dah tahu, ini adalah kawasan Bandar Malaysia. Kawasan ini akan dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan, perdagangan, budaya, dan inovasi.
Buat yang tengah mencari rumah dekat kawasan ini, ada satu projek menarik yang Tok nak kongsikan dekat korang. Jemput hadamkan laju-laju.
Dibina seluas 22 ekar, dan dekat dengan Bandar Malaysia?
Projek yang Tok maksudkan tu, adalah Razak City Residences. Projek kediaman jenis apartmen servis di Bandar Malaysia ini, dibangunkan oleh Akisama Group.
Projek ini dibina atas tanah seluas 22 ekar, yang akan menempatkan unit kediaman sebanyak 5,748 yang dibina sebanyak 5 blok setinggi 48 tingkat.
Razak City Residences adalah berstatus Leasehold (Pegangan Sementara), dan dibina atas tanah berstatus komersial (Commercial).
Jumlah keseluruhan unit yang dibina pada setiap blok adalah sebanyak 1,150 unit, dan setiap tingkat akan ada sebanyak 24 unit. Setiap blok juga, akan tersedia 4 lif untuk kegunaan penduduk.
Selain unit kediaman, Razak City Residences juga menyediakan unit komersial (unit kedai) sebanyak 121 unit. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2022 akan datang.
Berapa jenis unit Razak City Residences yang ditawarkan?
Ada 3 jenis unit yang ditawarkan untuk pilihan korang:
Jenis A (800 kaki persegi)
Jenis A3 (845 kaki persegi)
Jenis B (1,045 kaki persegi)
Oh, satu lagi yang Tok lupa nak bagitahu. Setiap pembelian unit di Razak City Residences, korang akan dapat sebuah tempat letak kereta.
Apa fasiliti yang ditawarkan dekat sini?
Contoh hiasan ruang tamu untuk unit Razak City Residences bersaiz 800 kaki persegi.
Kalau tanya fasiliti, memang macam-macam yang tersedia dekat sini. Antara kemudahan yang korang boleh gunakan seperti:
Kolam infiniti,
Children wading pool,
Taman permainan kanak-kanak,
Dewan serba guna,
Gimnasium & fitness area.
Kafeteria,
Tadika,
Salon, dan
Dobi.
Pendek kata, semua ini tersedia lengkap untuk korang yang menjalani kehidupan bandar yang sibuk.
Dan korang tak perlu risau. Yuran penyelenggaraan (maintenance fee) Razak City Residences, murah saja. Hanya RM0.13 untuk setiap kaki persegi.
Apa tawaran ‘tak masuk akal’ untuk pembeli Razak City Residences?
Ini yang paling Tok tak sabar nak kongsikan dekat korang.
Buat yang berminat nak dapatkan unit di Razak City Residences, tapi tak ada masa nak beli perabot, mereka ada buat tawaran ‘tak masuk akal’ khas untuk korang.
Korang boleh pilih untuk membeli unit yang lengkap dengan perabot siap-siap. Bawah ini adalah senarai barangan rumah dan perabot yang mereka sediakan:
Mesin basuh baju,
Microwave,
Unit televisyen,
Peti sejuk,
Unit pemanas air (untuk bilik mandi),
Unit penghawa dingin,
Kabinet dapur dengan hob,
Almari untuk bilik tidur,
Unit kipas untuk ruang tamu,
Langsir,
Meja makan dan kerusi,
Divan dan tilam (untk semua bilik tidur),
Sofa, dan
Meja kopi.
Bermakna, korang dah tak payah bersusah-payah beli perabot dan bawa pindah masuk rumah. Semuanya lengkap tersedia. Tinggal pindah masuk saja.
Apa kemudahan yang dekat dengan kawasan ini?
Sumber gambar – Sunway Property
Nak cari barangan runcit, keperluan harian, dan pilihan makan dan minuman yang baik dan pelbagai?
Ini pun tak jadi masalah kalau korang menetap dekat kawasan ini.
Terletak dekat dengan Bandar Malaysia, ada AEON Taman Maluri yang jauhnya lebih kurang 5KM. Tambah pula, ada Sunway Velocity Mall yang bertempat dalam kawasan yang sama.
Nak lagi? IKEA Cheras dan MyTown jugak tersedia. Terletak hanya sejauh kurang 4KM daripada Bandar Malaysia, korang ada akses mudah untuk ke sana.
Korang kaki shopping? Ada juga Mid Valley Megamall dan The Gardens yang terletak lebih kurang 8KM dari Bandar Malaysia. Nah, semuanya dekat belaka.
Tok tambah lauk sikit lagi. Buat yang bekerja dalam kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, korang boleh sampai ke sana dengan mudah. Hanya sejauh lebih kurang 7KM saja.
Nak ke mana? Semuanya mudah belaka
Razak City Residences dibina dekat dengan Bandar Malaysia, sebuah pembangunan berorientasikan transit (tansit-oriented development) yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Tambah pula, pembangunan ini terletak dekat dengan kawasan yang matang, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang cukup tersedia.
Bukan saja Bandar Malaysia ada jalan penghubung yang baik untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan bahagian selatan. Tapi juga dapat menikmati akses ke terowong SMART dan Putrajaya melalui Maju Expressway (MEX).
Bermakna, korang yang bekerja di Putrajaya juga boleh memilih untuk menetap di sini pada masa depan. Senang gila korang nak ke tempat kerja.
Anda berminat nak dapatkan unit Razak City Residences?
Kalau tanya pendapat Tok, Razak City Residences adalah kediaman apartmen servis yang sesuai untuk mereka yang sukakan kehidupan bandar. Tambahan pula, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas pelbagai.
Fasiliti yang disediakan juga, cukup lengkap dari pelbagai sudut. Memang senang untuk korang yang masih bujang, mahupun yang dah berkeluarga.
Pendek kata, tak rugi beli unit Razak City Residences.
Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak belanja lagi satu peluang emas. Ini memang tawaran yang cun untuk korang yang nak belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA.
Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd dan GilaHartanah.com.
Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.
Ada beberapa perubahan penting yang berlaku kat kriteria kelayakan pembiayaan LPPSA (loan kerajaan).
Ini bermakna, akan berlaku perubahan dalam kiraan apabila arahan ni berkuatkuasa pada 1 Oktober ini.
Dalam Malaysia, ada lebih 1.6 juta pekerja sektor awam. Dan mungkin ada antara mereka yang belum tahu maklumat ni.
Jemput hadamkan ilmu yang Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi kongsikan ini. Tok boleh gerenti, banyak manfaat yang korang bakal dapat.
Ada benda baru yang anda wajib tahu?
Selaras dengan penguatkuasaan surat edaran JPA, sebarang pembiayaan berkaitan LPPSA tertakluk kepada baki gaji bersih dalam slip gaji, tak kurang daripada 40% daripada gaji kasar.
Ringkasnya, potongan LPPSA dan potongan-potongan lain dalam slip gaji tak boleh lebih daripada 60% gaji kasar.
Saya telah masukkan kriteria ini siap-siap dalam pos lama saya tentang cara kira kelayakan pembiayaan LPPSA.
Jemput hadamkan perlahan-lahan.
“Loan boleh dapat sehingga 100%. Interest lagi rendah berbanding bank.” – Siapa tak suka dapat macam ini?
Tengah plan nak beli rumah tahun depan? Sedang bekerja sebagai kakitangan kerajaan? Macam mana nak apply untuk pinjaman perumahan kerajaan?
Kalau tengah bekerja dalam sektor kerajaan, korang memang beruntung. Loan kerajaan adalah salah satu jenis pinjaman dengan kadar interest paling rendah (kalau bandingkan dengan loan bank).
Paling best, loan kerajaan boleh lulus sehingga 100% LTV (margin pembiayaan). Bermakna, tak payah lagi kumpul duit deposit walaupun untuk beli rumah pertama korang.
Rugi kalau korang abaikan peluang emas ni. Tak semua orang berpeluang macam korang.
Nah, kami kongsikan serba sedikit pengalaman pegawai Bahagian Jualan dan Pemasaran dalam menguruskan pembeli rumah yang gunakan loan kerajaan.
Macam mana nak tahu saya layak memohon?
Korang kena lepas syarat-syarat asas untuk buat pinjaman kerajaan berdasarkan pekeliling LPPSA:
1) Warganegara Malaysia dan kakitangan berjawatan tetap.
2) Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau Badan Berkanun, atau Pihak Berkuasa Tempatan.
3) Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
4) Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan jawatan telah disahkan. Bukan seorang yang:
Bankrap,
Terlalu banyak berhutang,
Pemakan gaji yang tak berkemampuan,
Sedang dalam tindakan tatatertib.
5) Perjanjian Jual Beli atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
6) Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, dan juga Pinjaman 2 nama di dalam Perjanjian Jual Beli (SNP), wajib sertakan sekali Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
2 perkara yang tentukan anda layak dapat loan atau tak
1) Pertama sekali adalah peratutan BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan).
Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling, dengan syarat potongan gaji tak lebih 60% daripada gaji pokok (tak termasuk potongan lain).
Korang boleh refer jadual dekat bawah ni:
2) Yang ke-2 adalah peraturan Jabatan.
Ada diantara sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan.
Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun), termasuk potongan lain yang termasuk dalam slip gaji.
Sebab tu, penting untuk pastikan dulu sama ada jabatan korang ada gunakan peraturan ni atau sebaliknya sebelum membeli rumah.
Apa nak buat lepas tu?
Lepas dah jelas tentang kelayakan untuk lulus pinjaman jenis ini, korang perlu isi borang onlinePinjaman Perumahan Perbendaharaan SPPP/SPPI, dan dapatkan tandatangan ketua jabatan korang pada borang tu bersama beberapa dokumen yang lain.
Antara dokumen yang korang kena sediakan adalah:
Salinan kad pengenalan,
Salinan slip gaji 3 bulan terkini,
Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan,
Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen.
Tapi, ada terdapat juga beberapa dokumen dari pihak pemaju yang perlu dihantar bersama, seperti:
Salinan Fotostat Surat Hakmilik Individu,
Salinan Fotostat Surat Perjanjian Jual Beli,
Borang 3B/1999 untuk kes yang mempunyai Hak Individu,
Borang B5 – AKU JANJI PEMAJU DAN PERAKUAN FIRMA GUAMAN,
JADUAL IV (KEEMPAT) – Surat Kuasa Wakil,
Lesen Pemaju dan Permit Iklan dan Jualan.
Apa pula akan jadi lepas pinjaman anda lulus?
Lepas pinjaman dah confirm lulus, korang perlu lengkapkan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-Syarat Pinjaman dengan dapatkan pengesahan daripada ketua jabatan korang.
Lepas tu, serahkan (borang yang dah complete) kepada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan sebelum tamat tempoh yang ditetapkan.
Settle yang ni, korang hanya perlu tunggu untuk dapatkan maklum balas daripada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan.
“Apa yang saya boleh buat kalau ada berlaku kematian (meninggal dunia) dalam tempoh perkhidmatan?”
Maklumat ni, Tok dapat dalam laman web rasmi LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Klik sini untuk baca.
Ketua Jabatan perlu dengan serta-merta laporkan kematian anggota mereka kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Kemudian, kemukakan Borang Lampiran II dan salinan sijil kematian yang disahkan Pengeluar Sijil tu.
Atau korang boleh buat macam ni.
Waris atau balu juga boleh menghantar satu (1) salinan sijil kematian yang disahkan Pengeluar Sijil/Polis/Ketua Jabatan ke LPPSA secepat mungkin. Nyatakan nama penuh waris/balu, alamat, dan juga nombor telefon terkini untuk mereka hubungi.
Ini supaya LPPSA dapat uruskan tuntutan pampasan insuran/Takaful daripada syarikat insuran/Takaful.
Satu notis pemberitahuan akan dikeluarkan LPPSA kepada waris/balu/jabatan sebagai makluman status akhir kedudukan Akaun Pinjaman, sama ada berbaki debit/kredit lepas amaun pampasan diterima LPPSA.
Dalam kes di mana pinjaman masih berbaki kredit selepas ditolak ansuran yang diterima, waris/balu perlu jelaskan baki debit itu sebelum pulangkan dokumen hakmilik.
Sementara tu, waris/balu juga dinasihatkan untuk terus hubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi, atau melantik peguam bagi urusan untuk dapatkan pentadbiran pusaka, tanpa perlu tunggu notis pemberitahuan LPPSA (sebab tempoh dokumen ni keluar memakan masa yang agak lama).
Apa syarat untuk dapatkan semula geran dan lebihan kredit (kalau ada)?
LPPSA hanya akan pulangkan semula geran dan lebihan kredit (kalau ada) lepas pihak waris/balu/jabatan serahkan salah satu salinan pentadbiran pusaka, seperti:
Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1985, sekiranya harta itu bernilai kurang dari RM2 juta, atau,
Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai atau lebih RM2 juta, atau,
Surat Kuasa Pentadbiran (Letter of Administration) yang dikeluarkan pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi, atau,
Surat Kuasa (Grant of Probate) yang Mahkamah Tinggi keluarkan.
Salinan surat ini hendaklah disahkan pegawai Pejabat Tanah/Mahkamah berkenaan sebelum diserahkan kepada LPPSA.
Waris/balu juga dinasihatkan untuk hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) untuk sebarang urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.
—
Langkah paling selamat adalah korang boleh ukur kemampuan membayar balik pinjaman dengan menyemak segala komitmen yang ada.
Tak susah kan nak buat loan rumah kerajaan? (Tapi, Tok tak cakap senang eh).
Tapi, mungkin ada yang masih keliru macam mana loan kerajaan ni berbeza dengan loan rumah yang biasa.
Ada jugak yang bertanya macam ni:
Boleh ke kalau tak kerja kerajaan, tapi nak 100% financing untuk beli rumah pertama?
Jawapan ringkas Tok:
“Dengan ilmu yang betul, pasti boleh.”
Kelayakan anda bergantung kat 2 benda ini
Berdasarkan Pekeliling LPPSA Bil. 1/2017 dan Garis Panduan LPPSA Bil. 1/2017, pengiraan kelayakan pembiayaan perumahan sektor awam adalah tertakluk kepada :
Arahan Bayaran Balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun tetap.
Elaun tetap yang diambil kira adalah :
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) / Elaun Perumahan Wilayah (EPW);
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) / Imbuhan Tetap Keraian (ITK); dan
Imbuhan Tetap Jawatan Utama / Khas (ITJU)
3 langkah kira kelayakan pinjaman rumah
Bawah ni adalah langkah pengiraan sebelum korang memohon pinjaman kerajaan :
1. Semak kelayakan berdasarkan Jadual Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (atau baki kelayakan jika pembiayaan ke-2), mengikut amaun gaji pokok dan elaun tetap.
2.a. Kira amaun maksimum bagi Arahan Bayaran Balik (ABB) tak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun tetap (atau 50% jika pembiayaan ke-2).
2.b. Kira berapa ansuran bulanan dibenarkan berdasarkan jumlah potongan maksimum 60% dalam slip gaji (potongan sedia ada + potongan baru untuk ansuran bulanan pembiayaan perumahan = maksimum 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap).
3. Ansuran bulanan pembiayaan tertakluk kepada amaun pembiayaan dan tempoh pembiayaan.
a) Amaun pembiayaan : Seperti poin 1, 2.a, dan 2.b.
b) Tempoh pembiayaan :
Pembiayaan Pertama :
KWSP : Umur tamat perkhidmatan, atau 360 bulan (mana-mana terdahulu),
Pencen : Sehingga usia 90 tahun atau tempoh 360 bulan (mana-mana terdahulu)
Pembiayaan Ke-2 :
KWSP : Umur tamat perkhidmatan, atau 300 bulan (mana-mana terdahulu),
Pencen : Sehingga usia 90 tahun atau tempoh 300 bulan (mana-mana terdahulu)
Kalau dalam slip gaji dah ada potongan ANGKASA sampai 50% daripada amaun gaji, tipis la harapan nak dapat pembiayaan perumahan yang tinggi.
Entah-entah tak layak langsung kot, kalau ambil kira potongan-potongan lain contohnya KWSP dan sebagainya.
3 cara elak permohonan loan anda ditolak
Ada 3 cara yang korang boleh buat :
#1 : Jangan sekali-kali buat pembiayaan peribadi
Pastikan potongan dalam slip gaji seminimum yang mungkin, iaitu jangan ambil pembiayaan peribadi.
Ramai yang baru mula kerja terus hentak pembiayaan peribadi maksimum, kemudian slip gaji ‘cacat’ ada ANGKASA sampai lebih 50% gaji.
#2 : Buat pembiayaan rumah seawal mungkin
Bagi skim KWSP, buat pembiayaan seawal mungkin, kerana tempoh maksimum pembiayaan korang sehingga usia tamat perkhidmatan yang lazimnya usia 56 tahun, atau sehingga tempoh 30 tahun.
Maksudnya, buat pembiayaan perumahan LPPSA sebelum usia 26 tahun ‘jika boleh’ bagi membolehkan korang menikmati tempoh pembiayaan maksimum selama 30 tahun pada kadar efektif 4.0%.
#3 : Elak buat pinjaman maksimum
Ini sebab korangs masih boleh guna bakinya untuk pembiayaan kali ke-2. Mulakan dengan membeli rumah yang kecil dan sederhana.
Lagipun, masa mula kerja, gaji masih rendah lagi, kan? Ingat, layak tak semestinya mampu.
Cara kira kelayakan loan rumah yang anda layak dapat
Kiraan ini adalah berpandukan kefahaman saya terhadap 3 bahan rujukan berikut :
Sekiranya terdapat kesilapan dalam konsep kiraan, mohon maklumkan. Terima kasih.
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
—
Dah habis baca? Bila dah tahu ilmu ni, baru korang tahu jumlah kelayakan sebenar korang untuk memohon.
Takde la korang kelam-kabut bila benda ni mula berkuatkuasa pada 1 Oktober nanti.
Nota : Sila SHARE artikel ini, sebab ramai lagi daripada 1.6 juta penjawat awam yang masih tak tahu tentang ini. Mereka boleh belajar sesuatu terutamanya 3 poin atas tadi tu.
Tok yakin, semua orang ada pasang impian untuk beli rumah kediaman jenis atas tanah (landed).
Tapi dengan rata-rata harga rumah yang semakin menggila, impian ini seperti sukar dicapai.
Tok setuju dengan kenyataan dekat atas tadi. Tapi kalau korang usaha cari lagi, pasti akan jumpa rumah atas tanah pada harga yang berpatutan.
Adalah tugas Tok untuk sampaikan kepada korang projek yang memiliki ciri-ciri ini. Dan kali ini, projek yang Tok maksudkan bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.
Korang berminat nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok pada hari ini.
Seremban – Betul ke tempat ‘jin bertendang’?
Sumber gambar – Firdaus Zulfaa (Twitter)
Sebelum kita masuk tentang projek yang dimaksudkan, kita akan masuk bab yang Tok paling excited nak cerita – kawasan.
Mungkin ada yang fikir macam ni:
“Apa la yang ada dekat Seremban tu? Bukan tempat ‘jin bertendang’ ke?”
Tok tak suka nak hampakan korang. Tapi kalau masih ada yang fikir macam ni, maaf. Korang silap.
Kawasan Seremban, Negeri Sembilan sekarang sudah jauh berkembang pesat berbanding dulu.
Buat korang yang selalu gunakan Lebuhraya Utara Selatan, korang boleh nampak macam-macam projek perumahan yang sedang dibangunkan.
Dan dari Seremban juga, tak ambil banyak masa untuk ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sekarang ni, ramai je orang yang tinggal di sini dan masih bekerja di Kuala Lumpur.
Lagipun, korang ada kemudahan pengangkutan awam seperti bas dekat laluan Seremban-Kuala Lumpur. Setiap hari, ada lebih 40 trip sehari ya.
Kalau korang tak nak memandu pun, boleh. Boleh jimatkan penggunaan kilometer kenderaan. Bermakna, korang tak payah hantar kenderaan servis secara kerap. Boleh jimat banyak di situ.
Seremban dan Rancangan Malaysia ke-11
Sumber gambar – in deep tots
Ini satu lagi poin ‘baik punya’ buat korang yang masih menganggap Seremban sebagai kawasan kampung yang masih mundur (belum membangun).
Seremban termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV).
Ini merupakan rancangan koridor ekonomi yang meliputi 108,000 hektar termasuk kawasan Seremban, Port Dickson, dan Negeri Sembilan.
Bermakna, korang akan lihat kawasan ini ada potensi untuk lebih membangun pada masa akan datang.
Selain tu, Seremban juga ada akses mudah ke jaringan lebuhraya seperti:
NSE (North-South Expressway),
ELITE Expressway,
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS),
MEX (Maju Expressway),
Nilai-KLIA Highway,
Lebuhraya Damansara-Puchong,
SKVE (South Klang Valley Expressway).
Boleh kata, Seremban berpotensi menjadi kawasan ‘hot’ dalam masa 5 hingga 15 tahun akan datang. Jangan kata Tok tak payung korang awal-awal.
Rumah yang sesuai untuk ‘kaki golf’?
Sekarang, tiba masa untuk Tok cerita tentang projek kediaman mewah ini.
Projek yang Tok maksudkan ini, diberi nama Irama Residensi SIGC.
Irama Residensi SIGC adalah sebuah projek kediaman dalam township yang dibangunkan dalam tanah seluas 41 ekar, lengkap dengan pemandangan semulajadi yang cukup menawan.
Tambah pula, ada padang golf 9-lubang (Seremban International Golf Club) yang terletak bersebelahan dengan Residensi SIGC ini.
Buat korang yang ‘kaki menebas,’ pasti suka menetap dekat sini. Tak perlu keluar jauh-jauh untuk bermain golf dah. Dekat je, dah sampai.
Ini satu lagi maklumat yang suka Tok nak tambah.
Kediaman dekat sini, mengambil konsep resort yang sudah pasti memberikan aura ketenangan pada penduduk setempat. Boleh rasa seperti bercuti, padahal korang duduk di rumah sendiri. Best, kan?
Dengan hanya 78 unit kediaman jenis superlink 2 tingkat yang sedang dibina (dan dijangka siap pada April 2020). Tok dapat tahu, yang banyak unit dah terjual dan hampir sold out.
Apa kemudahan yang dekat dengan Irama Residensi SIGC?
Dekat sini, korang boleh jangkakan pelbagai kemudahan yang siap tersedia. Antaranya seperti:
Pusat kesihatan
Sumber gambar – hts.my
Antara yang dekat dengan kediaman ini adalah:
Senawang Specialist Hospital (6KM),
Hospital Tuanku Jaafar (10KM),
Sehat Wellness & Medical Centre (12KM),
Pusat Perubatan NSCMH (13KM),
KPJ Specialist Hospital (15KM),
Columbia Specialist Hospital (17KM).
Pusat membeli belah dan kawasan rekreasi
Sumber gambar – Cartoola
Stadium Paroi (1KM),
Komplekas Sukan Paroi (1.5KM),
Plaza Angsana [Urban Transformation Centre] (3KM),
KIP Mart Senawang (6KM),
Giant Senawang (7KM),
Mydin Senawang (8KM),
Tesco Seremban Jaya (8KM),
X-Park Sendayan.
Pusat pendidikan
Sumber gambar – brad.erva-doce.info
Keb. Paroi (1.5KM),
Men. Keb. Panchor (5KM),
Men. Keb Warisan Puteri (6KM),
Perguruan Raja Melewar (6.5KM),
Kolej MARA Seremban (7KM),
Men. Sains Tunku Munawir (8KM).
Kediaman mewah pada harga mampu-milik
Korang mesti fikir, projek ini khas untuk golongan elit je, kan?
Jawapan Tok, tak. Semua orang boeh memiliki kediaman berkonsepkan resort yang mewah ini.
Kalau nak ikutkan, susah nak dapat hartanah jenis landed (atas tanah) dengan harga ini dekat Kuala Lumpur. Rumah teres pun, belum tentu lagi.
Tapi ini bukan lagi masalah kalau korang beli Irama Residensi SIGC.
Sebelum Tok masuk bab harga, bawah ini adalah senarai kemudahan yang disediakan dekat Irama Residensi SIGC:
Kolam renang,
Gimnasium,
Kawasan BBQ,
Taman permainan kanak-kanak,
Amphitheatre,
Trek jogging,
Gazebo,
Gelanggang bola keranjang,
Gelanggang futsal,
Taman rekreasi,
Tasik.
Dengan keluasan tanah sebesar 24’ X 80’ kaki persegi, memang cukup luas untuk menjadi kediaman yang selesa untuk sebuah keluarga.
Unit yang ditawarkan pula, berkeluasan 2,988 kaki persegi yang menempatkan 4 + 1 bilik, lengkap dengan 4 bilik air. Kawasan dapur juga ada 2, dapur kering dan dapur basah.
Kalau korang jenis yang risau tentang bab sekuriti, tak perlu lagi. Irama Residensi SIGC adalah kediaman yang juga berkonsepkan gated and guarded.
Lengkap dengan sekuriti 24-jam, sistem kamera litar tertutup, kad akses, sistem interkom, dan butang panik jika berlaku sebarang insiden kecemasan, korang dah tak payah pening kepala pasal keselamatan korang dan keluarga.
Diskaun menarik menanti anda yang berminat
Harga asal rumah jenis superlink 2 tingkat ini, harga asalnya ditawarkan pada RM738,888.
Tapi, nanti dulu. Tok tak habis cerita lagi.
Untuk pembeli Bumiputera, korang akan dapat diskaun 18%. Untuk bukan Bumiputera juga, akan terima diskaun 13%.
Bermakna dengan diskaun sebanyak 18%, korang boleh memiliki kediaman Irama Residensi SIGC dengan harga istimewa – RM605,888 saja!
Bukan itu saja ya. Korang tak perlu pening kepala nak bayar yuran guaman dan duti setem. Semua ini ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.
Tak cukup dengan itu, korang jugak akan dapat kelab keahlian SICG (yang bernilai ribuan Ringgit) secara PERCUMA.
Tak nak terlepas peluang untuk dapatkan semua tawaran ini? Jemput isi maklumat korang dengan klik gambar bawah ini laju-laju:
Kita semua ada impian untuk menjadi kaya-raya dan hidup dalam keadaan tenang tanpa fikirkan wang yang ada dalam dompet, atau pun akaun bank sama ada cukup atau pun tak.
Tapi, ini boleh jadi bukti yang golongan orang kaya elit ini hidup dalam gaya hidup berjimat yang cukup untuk buatkan kita rasa pelik.
Berikut adalah pendedahan tabiat berjimat “tahap dewa” golongan elit ini:
#1: Buang perangai “berlagak mampu”
Sumber gambar: Wired
Mark Zuckerberg,CEO dan juga pengasas Facebook memilih untuk berpakaian ringkas.
Korang boleh tengok sendiri mana-mana gambar beliau. Memang jarang nampak dia berpakaian seperti seorang hype beast.
Contohnya, pakaian yang selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg adalah sehelai jeans dan t-shirt kelabu.
Dia juga memilih untuk memandu kereta bernilai £20,000.
Jumlah kekayaan: £30.4 bilion.
#2: Tak amalkan sikap melebih-lebih
Sumber gambar: City AM
Siapa yang tak kenal nama Warren Buffet?
Beliau antara pelabur paling berjaya dekat muka bumi ini. Beliau sangat terkenal sebab sukakan sikap bersederhana.
Walaupun beliau antara yang terkaya di dunia sekarang ni, Buffet masih memilih untuk tinggal di rumah yang beliau beli 50 tahun dulu.
Rumah ini terletak di Omaha, Nebraska. Dan ia hanya bernilai £21,000 walaupu mempunyai hartanah lain.
Jumlah kekayaan: £41.8 bilion.
#3: Tak ambil endah tentang “kelas” (“class”)
Sumber gambar: Dekh News
Azim Premiji, juga dikenali sebagai Csar Indian IT Industry.
Beliau pulak suka travel dengan bajet yang sedikit dan berjimat. Contohnya, beliau memilih untuk menghuni di hotel yang murah (selain hotel 5 bintang) ketika sedang bercuti.
Tak cukup dengan tu, beliau juga dikenali sebab gunakan pinggan kertas semasa majlis perkahwinan anaknya.
Jumlah kekayaan: £10.1 bilion.
#4: Jangan dilupa tentang kesihatan diri sendiri
Sumber gambar: Twitter
Ingvar Kamprad selalu marah orang lain yang tak gunakan kedua-dua belah kertas.
Selain tu, beliau juga selalu makan meatball di kedai Ikea miliknya, serta elakkan mengambil garam dan lada sachet bila nak makan.
Jumlah kekayaan: £2.3 bilion.
#5: Jutawan ini cuma ada 2 pasang kasut sejak sedekat lalu?
Sumber gambar: Esquire
Michael Bloomberg, bekas Datuk Bandar New York ini menjadi tajuk perbualan utama setelah mengesahkan, dia hanya memiliki 2 pasang kasut kerja je sejak 2 dekat lalu.
Beliau hanya tukar tapak kasut itu je kalau dah rosak teruk.
Jumlah kekayaan: £238 juta.
#6: Tak kisah buat 2 kerja. Asalkan boleh simpan duit lebih banyak daripada biasa
Sumber gambar: Florida Realtors® Convention
Jay Leno adalah seorang pelawak, pelakon, dan juga selebriti TV terkenal di Amerika.
Semasa zaman muda dulu, dia dah mula buat 2 kerja. Mulanya, dia bekerja di kedai menjual kereta dan gerai makanan segera.
Dia membelanjakan satu daripada gaji dan menyimpan satu lagi bahagian gaji.
Sampai sekarang, beliau masih buat 2 kerja dalam satu masa sebagai selebriti TV dan juga stand-up comedy.
Jumlah kekayaan: £238 juta.
#7: Tetapkan bajet barang runcit yang nak dibeli (dan ikut bajet tu rapat-rapat)
Sumber gambar: Zero Hedge
T. Boone Pickens adalah pengerusi BP Capital. Beliau hanya membeli barangan keperluan runcit yang ada dalam senarai yang beliau buat.
Dengan meletakkan bajet yang tetap, beliau dapat elak membeli barang yang takde keperluan.
Jumlah kekayaan: £1 bilion.
#8: Latih diri hidup macam orang tak berduit
Sumber gambar: TED.com
Elon Musk adalah pengasas Space X dan juga kereta eletrik, Tesla.
Sebelum Musk bergelar jutawan, Musk cuba untuk hidup dengan 1 dolar sehari untuk menilai adakah dia mampu unutk hidup tanpa makan gaji dan fokus pada impiannya.
Dan ia ternyata berbaloi.
Jumlah kekayaan: £8.6 bilion.
#9: Beli apa yang perlu saja. Tak perlu berlebih setiap masa
Sumber gambar: Business Insider
Cerita ini berasal daripada seseorang yang pernah teman mendiang Steve Jobs shopping.
Beliau (Steve Jobs) lebih sanggup kesejukan daripada membeli baju sejuk yang baru. Ini sebab beliau rasakan yang dia belum gunakan baju sejuk sepenuhnya, dan dia tak patut beli baju sejuk yang baru.
Jumlah kekayaan: £4.6 bilion.
—
Bayangkan. Nama yang tersenarai dalam ini semuanya orang yang kaya gila. Taraf bilionair kot.
Cuba reflect balik dengan diri korang sendiri. Mereka yang harta dah mencapai tahap bilion pun, masih berjimat macam orang takde duit. Dan mereka terus kekal kaya sampai hari ni.
Ni korang yang gaji belum sampai RM10,000 sebulan, dah menggatal nak pakai Biyemdabelyu. Tak malu ke?
“Pening Tok. Penyewa saya selalu mengelak bayar sewa. Dah 3 bulan tertunggak ni!”
Ini adalah masalah yang tuan rumah terpaksa hadap, tak kira sama ada korang suka atau tak.
Kemungkinan ini, tetap ada dan korang tak boleh nak elak.
Dan bagi yang serius nak elak masalah ni berlaku, dah pasti ada caranya. Tugas korang, hadamkan betul-betul ilmu ini dan ambil tindakan segera sebelum buat iklan.
Nak tahu? Jemput baca perkongsian ini laju-laju.
Apa sebab anda tak dapat penyewa yang tak buat perangai?
Nak cari penyewa memang mudah. Tapi nak dapatkan penyewa dari syurga memang sangat susah.
Ikut nasib la kalau nak dapat yang bagus. Tapi kalau tak bagus, itu mungkin sebab tak berusaha mencari dengan betul.
Ini tip cari penyewa, tapi tak semestinya kena follow semua. Ikut la mana yang sesuai dengan diri sendiri.
#1: Cara iklankan rumah yang prospek berminat nak baca
Ikut teknik pemasaran masing-masing. Selagi ia efektif, itu yang patut kita gunakan.
Kalau saya, saya lebih suka letak gambar sebenar dan deksripsi sebenar unit saya untuk elak terlalu banyak soalan daripada orang yang berminat.
Lagipun jujur itu tuntutan agama, kan.
#2: Bagitahu penyewa pasal syarat advance payment dengan jelas dan terperinci
Letak cagaran 1 hingga 3 bulan, ikut keyakinan dan ekonomi diri sendiri.
Satu lagi. Cagaran bukan advance payment untuk sewa ya.
Yang ni, bagitau siap-siap dekat mereka bahawa cagaran tak boleh dijadikan sebagai bayaran sewa bulan-bulan terakhir.
Cagaran hanya akan dipulangkan dalam tempoh 2 atau 4 minggu selepas mereka keluar untuk tunggu bil api, bil air dan menilai kondisi rumah.
Bagitau apa sebab-sebab untuk burn deposit, contohnya melanggar perjanjian, keluar tanpa notis 1-2 bulan, atau lain-lain.
#3: Teknik tapis penyewa yang berpotensi buat hal
Ini semua perkara asas yang patut korang buat:
Minta salinan kad pengenalan mereka dan pasangan,
Tempat kerja,
Sebab kenapa pindah dari rumah lama,
Nombor telefon tuan rumah lama (konon-konon nak call pengesahan dari tuan rumah lama),
Nak duduk berapa lama,
Bila nak mula duduk dan sebagainya.
Kalau dia ragu-ragu nak bagitau, korang patut mula suspek sesuatu.
#4: Berserah pada yang Esa
Dah habis tapis? Istikharah. Hehe.
Ok, sekarang katakan korang dah pilih. Simpan salinan IC, sign dan stamp agreement mereka.
Explain satu persatu supaya tak timbul pertikaian di kemudian hari. Saya sediakan contoh agreement sewa yang korang boleh download kat bawah sekali.
#5: Apa nak buat kalau rumah ada sebarang kerosakan?
Masa serah kunci, tuan rumah patut inspect rumah bersama dengan penyewa.
Kalau ada kerosakan masa tu, take note. Supaya takde pertikaian dengan tuan rumah claim deposit kemudian hari kalau ada sebarang kerosakan yang penyewa buat.
Boleh je ambil gambar sebelum serah kunci sebagai bukti kemudian.
#6: Cara uruskan bil yang mudahkan kerja anda
Letak kat dalam agreement siap-siap setiap bil yang tuan rumah cover dan apa bil yang penyewa cover.
Yang termasuk seperti bil api, bil air, maintenance fee, Indah Water dan lain-lain. So explain betul-betul. Tiap-tiap bulan suruh penyewa snap bil terbaru untuk check sebarang tunggakan.
#7: Lain-Lain perkara yang anda patut buat
Baca dalam agreement. Lihat link di ruangan komen untuk download draf agreement sewa rumah.
Sebelum download, sila share artikel ini ya. Hehe.
Tuan rumah mana tak pening kepala, bila rumah sewa tak jana aliran tunai positif (positive cashflow)?
Kalau tanya mana-mana pelabur hartanah pun, semua akan berusaha sehabis baik untuk capai objektif ini.
Ramai yang mengadah bila ‘terkena’ masalah ini. Dan biasanya, akan jadi kelam-kabut sebab tak rangka pelan tindakan betul-betul.
Buat yang tengah mencari jalan penyelesaian, korang akan tahu apa nak buat lepas hadamkan ilmu power hari ini.
Tanpa buang masa lagi, jemput hadamkan perkongsian ini laju-laju.
Tip #1 : Anda ada pelan pelaburan yang solid?
Pelaburan korang tak bermakna kalau takde pelan tindakan yang mantap (solid).
Perkara terakhir yang seorang pelabur hartanah akan buat, adalah membeli sebuah hartanah tanpa sebarang pelan.
Dengan kata lain, mereka ni jenis yang hadap je segala ujian yang mendatang.
Cuma, bukan satu perkara bijak kalau kita tak punya sebarang pelan tindakan bila berdepan dengan masalah ini.
“Kenapa kita tak berjaya jana positive cash flow? Macam mana nak atasi kalau masalah ini menyerang kita?”
Ini adalah antara soalan yang korang boleh cari jawapan. Cari punca masalah, dan korang akan dapat selesaikan dan elak masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
Dan yang paling kerap berlaku, ramai pelabur terpaksa tanggung kos yang lebih daripada sepatutnya bila masalah ni melanda. Percaya la cakap Tok, korang tak nak hadap masalah ni.
Jadi fleksibel dan segera sesuaikan diri dengan keadaan semasa
Seorang pelabur yang baik akan sentiasa merangka pelan tindakan untuk hadapi masalah ini (yang selalunya, tak dijangka).
Dan sementara korang tengah rangka pelan tindakan, jangan lupa pulak untuk rangka sekali pelan keluar (exit plan).
Tok boleh simpulkan. Tak memadai kalau korang sekadar ada pelan pelaburan semata-mata.
Korang jugak kena belajar jadi fleksibel dan menyesuaikan diri mengikut situasi semasa.
Dunia pelaburan sentiasa berubah, dan tugas korang adalah sesuaikan diri dengan setiap situasi. Dan korang ada kuasa untuk ubah pelan pelaburan sedia ada.
Mungkin sekarang, dah tak sesuai untuk sewakan rumah kepada target prospek utama korang sebelum ni. Kena target prospek yang berbeza daripada yang terdahulu.
Mungkin jugak, korang kena tambah perabot dalam rumah untuk tingkatkan nilai sewaan, atau lebih menarik perhatian prospek yang baru.
Atau mungkin lebih afdal untuk korang refinance rumah sewa tu untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah, supaya korang boleh ‘pegang’ rumah tu untuk jangka masa yang lebih lama.
Semua ini bergantung mengikut keperluan dan objektif pelaburan masing-masing.
Tip #2 : 3 alternatif elak masalah negative cash flow
Adakah model pelaburan tradisional (sewa secara bulanan) tak berjaya selesaikan masalah negative cash flow korang?
Apa yang korang boleh buat adalah mengkaji sebarang jalan alternatif yang ada.
Korang akan terkejut dengan beberapa idea yang boleh mengubah rentak pelaburan korang. Antara yang korang boleh gunakan seperti :
A) Tukar kepada konsep bed and breakfast
Kalau rumah korang tu cukup besar, korang boleh ubah daripada sewakan secara bulanan kepada konsep ini.
Lokasi, saiz rumah, dan nilai astetik adalah antara faktor utama yang korang wajib ambil kira. Dan yang pastinya, tak semua pelabur akan gunakan strategi ini.
Tapi kalau keadaan memaksa, ini antara strategi yang korang boleh gunakan untuk atasi masalah negative cash flow.
B) Strategi rent-to-own
Korang jugak boleh gunakan strategi ini.
Strategi ini dapat membantu penyewa korang yang tengah plan nak beli rumah, tapi tak lepas syarat kelayakan untuk membeli (contohnya sebab gaji atau lain-lain).
Masalah yang biasa berlaku adalah mereka tak lepas nak buat loan rumah.
C) Strategi short-term rental
Rumah korang terletak dekat dengan hospital, tempat komersial, atau universiti? Korang sesuai gunakan strategi ini.
Short-term rental bukan je boleh ubah negative menjadi positive cash flow, tapi membekalkan servis hotel yang mungkin tak mencukupi di sesebuah tempat.
Short-term rental adalah jawapan untuk prospek yang ada urusan bisnes untuk jangka masa pendek, atau student yang mencari rumah sewa setiap kali menjelang semester baru.
Ada banyak lagi alternatif lain selain yang Tok kongsikan kat sini. Yang pasti, gunakan yang masa sesuai dengan situasi dan objektif korang.
Tip #3 : Nak selamat? Wajib ada tunai dalam tangan
Pernah tanya tak diri sendiri. Adakah korang bersedia untuk hadapi masalah negative cash flow tu?
Ada pepatah mat saleh kata :
“Best offense is a good defense”
Kalau takde langsung simpanan tunai dalam tangan, susah untuk korang melabur dalam hartanah untuk jangka masa panjang.
Mungkin rumah sekarang tengah sedap menjana positive cash flow. Tapi ia tetap tak terlepas daripada kemungkinan negative cash flow, akibat dek perubahan pasaran hartanah.
Kita semua dah sedia maklum, yang pelaburan hartanah perlukan rizab tunai. Siapa yang takde, memang akan ada masalah.
Dan ini adalah kesilapan yang ramai pelabur (tak kira pelabur baru atau lama) buat.
Tip #4 : Simpan cash flow sebagai persediaan waktu terdesak?
Setiap kali korang dapat cash flow, gunakan duit tu pada perkara yang patut.
Bukan belanja ikut sedap hati setiap kali dapat duit. Ramai yang dapat duit, tapi belanja diri sendiri beli jam mahal, baju mahal, atau pergi bercuti.
Yang paling teruk, jenis yang kerap tukar kereta macam tukar baju. Ini jelas sekali kerja gila. Korang jangan buat pulak macam ni ya.
Dan jarang sekali pelabur simpan duit tu sebagai dana di waktu sempit.
Ini akan jadi punca utama korang pening kepala, kalau tiba-tiba terpaksa berdepan dengan masalah negative cash flow.
Apa anda patut buat dengan duit tu?
Kalau korang gunakan positive cash flow tu untuk kurangkan baki prinspal dan sebagai dana kecemasan, ini akan letakkan korang dalam kedudukan yang fleksibel sekiranya korang terpaksa hadapi waktu susah nanti.
Apa yang best tentang strategi ini?
Pada pendapat Tok, pelabur boleh meraih ganjaran yang baik apabila duit tu digunakan untuk langsaikan pinjaman hartanah secara keseluruhan.
Dan sebarang leverage (yang menyebabkan negative cash flow), akan dapat dikurangkan atau paling best, dapat dihentikan serta-merta.
Gunakan cash flow korang tu dengan baik, sebab ia 100% di bawah kawalan korang. Kalau tak kawal betul-betul, korang sendiri yang susah nanti.
—
Nak tak nak, korang kena rangka back-up plan sebagai persediaan untuk hadapi masalah ni.
Langit tak selalu cerah. Dan takde seorang pun dalam dunia ni yang boleh tilik masa depan dengan tepat. Tok yakin korang dah sedia maklum dengan perkara ni.
Kalau korang serius nak survive lama dalam pelaburan ni, amalkan apa yang Tok pesan ni ya.
Untuk yang belum tahu apa itu rumah undercons, asasnya rumah undercons (under construction) adalah rumah yang masih dalam fasa pembinaan.
Atau bahasa mudahnya, rumah yang belum siap. Ramai orang suka rumah jenis undercons ni sebab harganya yang jauh lebih murah.
“Tapi kalau tak ada ilmu dan strategi yang betul untuk beli rumah undercons ni, boleh jadi kesilapan pembelian terbesar dalam sejarah hidup korang tau.”
Untuk tahu dengan lebih lanjut pasal rumah undercons ni, nah Tok sediakan link untuk korang yang terlepas. Klik sini
Harini Tok nak share ilmu dari tuan Syahrim Naim, seorang ejen dan pelabur hartanah yang berpengalaman dan sudah berada dalam dunia hartanah sejak 2016 tentang 4 langkah yang perlu dilakukan selepas rumah pelaburan undercons anda siap.
Bila anda dah beli hartanah pelaburan undercons, anda pasti menghitung hari untuk rumah itu siap. Anda mesti tak sabar-sabar untuk melihat bagaimana hasil pembinaan projek itu.
Ok, ini saya kongsikan 4 langkah apa yang anda harus lakukan bila rumah itu siap.
#1:Ambil cuti untuk ambil kunci secepat mungkin
Bila pemaju maklumkan anda boleh ambil kunci, segeralah pergi ambil kunci itu. Kalau boleh ambillah kunci pada hari pertama pemilik rumah boleh ambil.
Bergerak pantas akan membolehkan anda memulakan kerja-kerja menyiapkan unit anda untuk disewakan segera. Ingat, masa itu amat bernilai.
#2:Periksa ‘defects’ (kerosakan) dengan kadar segera
Periksa jika unit itu ada sebarang ‘defects’ tetapi jangan buang masa untuk minta pemaju betulkan ‘defects’ yang kecil seperti cat tidak rata, garis retak halus (hairline cracks) atau tiles sedikit tidak rata. Ketidaksempurnaan yang kecil boleh ditutup dengan hiasan dalaman yang bijak.
Anda tidak mahu buang masa 1-2 bulan untuk pemaju betulkan kerosakan kecil yang tidak bermakna.
#3:Bawa pereka dalaman sekali
Pada hari anda ambil kunci dan periksa ‘defects’, bawa sekali pereka dalaman anda bersama. Anda sebenarnya sudah beri pelan susunatur dan bincang dekorasi bagaimana yang anda mahu, tapi semakan ukuran masih perlu dilakukan bagi memastikan pemasangan yang baik dan pantas.
Kadang kala, ada perbezaan antara pelan dan binaan sebenar. Selain itu, pastikan pasukan rekaan dalaman boleh mulakan kerja secepat mungkin jika tiada ‘defects’ yang teruk. Pastikan unit anda dapat disiapkan kurang dari 1 bulan.
#4:Hubungi ejen hartanah segera
Anda perlu dapatkan ejen hartanah yang ahir dengan kawasan itu untuk pasarkan unit anda. Jangan ambil terlalu ramai ejen sampai anda sendiri tak ingat yang mana satu.
Mungkin 2-3 orang sudah memadai. Berikan mereka gambar 3D unit anda yang dihasilkan oleh pereka dalaman anda supaya lebih menarik dan mudah untuk mereka iklankan.
—
Jadi untuk yang dah beli rumah jenis undercons ni, Tok harap korang tak terlepas pandang langkah-langkah ni sebab penting sangat dan ramai yang selalu ambil ringan.
Kadang ada yang rasa benda ni tak penting. Tapi bila ada masalah, mula la garu kepala macam mana nak settle.
Soalan ‘nak beli rumah atau kereta’ adalah antara siri soalan epik yang sering ditanya rakyat Malaysia.
Kalau soalan ini diajukan, rata-rata mereka akan menjawab seperti ini:
“Baik aku beli kereta dulu. Kejap je lulus loan bila apply. Kalau loan rumah, asyik kena reject je!”
Tapi hakikatnya, korang rugi besar kalau beli kereta dulu. Dan Tok boleh buktikan perkara ini dengan jelas untuk korang.
Kalau korang serius nak belajar, jemput hadamkan perkongsian Tok pada hari ini.
Artikel ini bakal buatkan anda trauma untuk beli kereta
Tok akan bagi Faizul Ridzuan jawab soalan di atas. Sebab beliau sudah bekalkan data, statistik, logik dan juga realiti berdasarkan angka.
Lepas anda baca artikel ini, Tok harap kepala otak anda semua sudah kembali waras untuk buat keputusan.
Tok sudah bagi ubat. Anda yang kena buat keputusan untuk makan ubat itu atau tidak.
Terpulang. Tok tak rugi apa-apa.
Hutang kereta menyebabkan majoriti rakyat Malaysia… MISKIN
“Kereta adalah item paling kejam yang boleh bantutkan kebebasan kewangan seseorang.” – Faizul Ridzuan.
Agak melampau kenyataan di atas. Tetapi boleh dikatakan logik juga memandangkan hutang kereta yang menyebabkan majoriti rakyat Malaysia miskin dan tersepit untuk hidup bebas kewangan.
Ada kes yang lebih teruk, terdapat segelintir manusia yang “sangat bijak” menggunakan kad kredit untuk bayar deposit kereta idamannya.
Siapa buat, memang kebijaksanaan mereka “terserlah”.
Senarai kos-kos tersembunyi yang ramai pembeli kereta terlupa, yang akhirnya membinasakan diri
Ada segelintir pula cakap,
“Tapi, tapi, tapi kadar faedah untuk pinjaman kereta jauh murah berbanding pinjaman rumah.
Jadi saya adalah orang yang bijak bila buat pinjaman kereta.”
Ya, bijaklah “sangat.” Tok pun mula-mula ingat Tok berada dalam golongan yang “bijak.” Rupa-rupanya selepas menuntut ilmu dengan Faizul, Tok rasa Tok paling bodoh.
Majoriti rakyat Malaysia beli kereta hanya lihat pada kos bayaran bulanan (monthly installment). Sebenarnya ada banyak lagi kos tersembunyi yang perlu kita ambil tahu dan kira semasa kita beli kereta.
Antara kos-kos tersembunyi itu adalah:
1) Kos insurans.
2) Cukai jalan.
3) Minyak.
4) Tol.
5) Parking.
6) Servis penyelenggaraan (maintenance).
7) Alat-alat gantian kereta.
8) Kos yang perlu ditampung apabila berlaku kejadiaan yang tidak diingini. Contohnya? Kereta rosak di tengah jalan.
3 Contoh pembelian kereta yang merugikan. Contoh 3 paling epik
Untuk jadikan otak kita lebih faham tentang betapa besarnya kos-kos yang perlu kita tanggung apabila membeli kereta, Faizul Ridzuan sudah tolong buat kira-kira.
Secara ringkasnya, beli kereta merupakan satu keputusan yang boleh menjahanamkan masa depan kewangan kita.
1) Jika beli kereta Myvu (bukan nama kereta sebenar), nilainya akan jatuh sebanyak RM28,000 dalam masa 10 tahun.
Manakala kos untuk jaga kereta Myvu pula adalah RM1,400.
Percaya atau tidak, apabila kita campur semua kos Myvu, kita sebenarnya mampu untuk beli apartment Menara Orkid pada tahun 2005, dan memperoleh keuntungan sekitar RM142,000 pada hari ini jika rumah itu dijual.
2) Jika kita beli kereta buatan Jepun seperti Hondu Citu, nilainya akan jatuh sekitar RM49,000 dalam masa 10 tahun.
Kos untuk menjaga kereta ini pula sekitar RM1,736.
Ini bermakna, kita telah kehilangan peluang untuk beli aset hartanah seperti Pangsapuri Tania di Kota Damansara pada tahun 2005.
Berapa keuntungan kasar yang kita boleh dapat jika jual Pangsapuri Tania pada hari ini? Tak banyak. Cuma RM212,000.
3) Jika beli kereta Jerman seperti Biyemdabelyu, lagi jahanam.
Dalam masa 10 tahun, kita akan kerugian sebanyak RM185,000. Manakala kos untuk jaga kereta Biyemdabelyu adalah RM4,655.
Kalau kita guna duit ini untuk beli MK Pines di Mont Kiara pada tahun 2005, kita boleh dapat keuntungan kasar sebanyak RM674,730 jika rumah itu dijual pada tahun 2015.
Menyesal tak beli rumah… Atau menyesal tak beli kereta?
Harap tiada siapa terasa hati dengan artikel ini.
Eh, tak. Tok memang nak pembaca terasa hati kerana keputusan pembelian kereta adalah keputusan kita sendiri.
Tok tak pernah dengar ada orang menyesal tak beli kereta XYZ 10 tahun lalu.
Tapi, Tok selalu terima ayat penyesalan seperti ini,
“Menyesal aku tak beli hartanah XYZ ini 10 tahun lepas.”
Menyesal sekarang memang tak dapat apa. Nasi sudah jadi bubur.
Setiap kali nak beli kereta atau rumah, gunakan artikel ini untuk betulkan otak kita supaya dapat buat keputusan yang lebih tepat.
Jangan kerana nak nampak hebat di depan orang dengan kereta mewah, kita sanggup gadaikan kebebasan yang sepatutnya kita boleh dapat.
Mont Kiara adalah sebuah bandaraya berstatus mewah (high-end) yang terletak di bahagian Barat Laut Kuala Lumpur.
Berdekatan dengan Sri Hartamas, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya, Petaling Jaya, korang boleh sampai ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dari Mont Kiara dalam masa 10 hingga 15 minit saja.
Pendek kata, kawasan ini terletak dalam lokasi yang strategik. Memang mudah untuk ke mana saja yang korang suka.
Cuma, apa lagi yang perlu korang tahu tentang kawasan Mont Kiara ni?
Buat yang nak beli rumah (atau nak tahu apa yang ada) dekat kawasan Mont Kiara, jemput baca perkongsian Tok pada hari ini. Selamat menghadam.
Bekas tanah ladang getah 27 tahun yang lalu?
Sumber gambar – The Star
Dulu, Mont Kiara dikenali sebagai ladang getah Segambut Dalam sekitar 27 tahun (tahun 1992) yang lepas.
Pada asalnya, kawasan ini langsung tidak mencuri perhatian mana-mana pemaju hartanah di Malaysia. Sehingga Datuk Allan Tong (pengasas Sunrise dan pemaju Mont Kiara) ditawarkan untuk membeli tanah seluas 10 ekar di Segambut Dalam.
Kalau difikirkan secara logik, siapa yang nak beli tanah ladang getah yang tidak mempunyai akses jalan raya yang baik?
Tapi selepas dibangunkan, Mont Kiara berubah menjadi sebuah kawasan elit yang lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.
Kini, Mont Kiara menjadi tumpuan sebagai tempat kediaman golongan ekspatriat dari negara Jepun, Korea, Singapura, dan lain-lain.
4 sambungan lebuhraya yang cukup mantap
Sumber gambar – KLIA2
Kenapa kawasan Mont Kiara ni agak popular dikalangan golongan ekspatriat dan juga pelabur hartanah?
Pada pendapat personal Tok, ini disebabkan Mont Kiara mempunyai akses kepada sambungan lebuhraya yang baik.
Korang boleh pilih untuk gunakan sambungan kepada 4 lebuhraya berikut:
New Klang Valley Expressway E1 (NKVE),
Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1,
Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE) E33, dan
Sprint Expressway E23.
Selain 4 lebuhraya dekat atas ini, korang juga ada akses ke Lebuhraya PLUS yang terletak di hujung bahagian Utara Mont Kiara.
Dengan menggunakan Lebuhraya DUKE, korang boleh sampai ke Ampang, Ulu Klang, atau Gombak melalui simpang Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 (MRR2) dan juga Lebuhraya Pantai Timur E8.
Kalau gunakan Kerinchi Link pula, korang boleh sampai ke bandar perindustrian Petaling Jaya tanpa perlu melalui Kuala Lumpur. Best, kan?
Untuk bab pengangkutan awam pulak, korang ada stesen Komuter Segambut. Korang juga ada gunakan perkhidmatan RapidKL untuk ke stesen ini dan juga ke stesen MRT Pusat Bandar Damansara (yang beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 7.45 petang saja).
“Apa lagi kemudahan yang disediakan dekat sini, Tok?”
Sumber gambar – 1 Mont Kiara
Mont Kiara juga padat dengan pembangunan projek komersial, yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada penduduk di sini.
Antara projek berstatus komersial dekat sini adalah:
Plaza Mont Kiara,
1 Mont Kiara,
Arcoris Mont Kiara,
Kiara 163,
Solaris Mont Kiara,
Publika @ Mont Kiara, dan
Solaris Dutamas.
Macam-macam kemudahan yang dah tersedia dekat kawasan yang sebutkan di atas tadi. Memang senang untuk korang beli barangan dapur, atau mencari kedai makan yang beraneka pilihan.
Kalau korang rajin nak memandu, korang boleh ke The Curve di Petaling jaya yang terletak sejauh 7.9 KM melalui Lebuhraya SPRINT. Pasaraya TESCO, IKEA, dan iPC pulak, terletak bersebelahah saja dengan The Curve ni.
Selain tu jugak, korang boleh ke One Utama yang hanya terletak sejauh 9.8 KM saja. Semuanya dekat belaka, bukan?
Ada ke pusat kesihatan dekat kawasan ini?
Sumber gambar – iBanding
Dah tentu ada. Kalau dalam kawasan Mont Kiara, korang ada Global Doctors yang terletak di Jalan Kiara 3. Untuk pengetahuan korang, hospital ni beroperasi selama 24 jam.
Selain tu, korang jugak boleh pergi ke Kiara Medical Centre yang berlokasi di Desa Sri Hartamas. Pusat kesihatan ni terletak hanya sejauh 2 KM saja dari Mont Kiara.
Untuk pusat kesihatan kanak-kanak, korang jugak ada Kiara Child Specialist Clinic yang terletak sejauh 1.9 KM.
Antara klinik lain yang tersedia berdekatan dengan kawasan ini seperti:
Poliklinik Hartamas,
Forest Village Clinic,
Hibari Clinic Mont Kiara,
Meridian Clinic,
Dasom Clinic,
Naruto Wellness Clinic,
Klinik Mont Hope,
The Mind Faculty (Klinik Psikiatri dan Psikologi), dan banyak lagi.
Pendek cerita, senang untuk korang cari pusat kesihatan dalam kawasan ini untuk korang dan ahli keluarga yang tersayang.
Apa pula pusat pendidikan terdekat di Mont Kiara?
Sumber gambar – www.mkis.edu.my
Untuk bab pendidikan anak-anak, korang jugak tak perlu risau. Antara pilihan yang ada adalah:
British Garden International School,
Mont Kiara International School of Kuala Lumpur,
Lycée Français Kuala Lumpur (LFKL),
HELP University (Bukit Damansara),
Mahsa College (Damansara Heights),
Mont Royale College (Plaza Damas),
Q-Dees Sri Hartamas,
SummerFields Preschool (Sri Hartamas),
Casa Montessori,
Sekolah Kebangsaaan Sri Hartamas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, dan lain-lain lagi.
Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Mont Kiara?
Pada pendapat personal Tok, Mont Kiara adalah sebuah kawasan yang bagus untuk korang menetap bersama keluarga.
Dari sudut pelaburan pula, masih ada potensi dalam menjana aliran tunai yang baik. Mungkin korang boleh target penyewa dari golongan ekspatriat.
Apa pun, kaji betul-betul dulu sebelum korang buat sebarang keputusan membeli. Elakkan skip nasihat Tok yang ni kalau korang serius tak nak rugi kemudian hari.
P/S: Korang tak ada sebarang aktiviti hujung minggu ini?
Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah pada 12 September 2019 (hari Sabtu) akan datang. Jemput isi borang dengan klik gambar bawah ini laju-laju.
Korang tengah cari kediaman jenis atas tanah (landed), lengkap dengan suasana hutan yang tenang dan nyaman?
Buat yang tengah mencari kediaman dengan spesifikasi di atas, Tok ada satu projek ‘baik punya’ nak kongsikan dekat korang.
Bukat setakat itu saja. Korang juga ada akses mudah ke kediaman ini. Bermakna, senang untuk ke mana saja yang korang suka.
Pada pendapat Tok, kediaman ini sangat sesuai untuk korang seisi keluarga. Lengkap dengan sistem sekuriti kelas A, tak perlu risau lagi tentang keselamatan keluarga yang tercinta.
Nak tahu projek apa yang Tok maksudkan? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.
Kawasan tenang, lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan
Projek yang Tok maksudkan, bernama Serene Mont Kiara.
Maksud direct translate perkataan ‘Serene’ tu, adalah ‘tenang.’ Ini adalah salah satu elemen yang dijanjikan kepada korang memilih untuk menetap di kawasan ini.
Kenapa ‘tenang’? Sebab pembangunan kediaman ini dikelilingi oleh kawasan hijau yang sangat memikat.
Pada masa yang sama, kediaman di kawasan ini juga tidak terletak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Tok akan kongsikan lebih lanjut tentang ini di bawah nanti.
Apa yang pasti, korang dijanjikan dengan yang terbaik dari kedua-dua dunia. Bak kata pepatah mat saleh yang famous, the best of both worlds.
Nota: Nah, Tok nak tambah lauk lagi. Serene Mont Kiara juga adalah pemenang anugerah The Best Luxury Landed Development (Future) oleh iProperty Development Excellent Awards (iDEA 2018). Bukan calang-calang ya!
Reka bentuk kolonial kontemporari yang mewah
Serene Mont Kiara dibangunkan atas tanah Rezab Melayu berstatus Freehold, seluas 23 ekar.
Dibina berasaskan konsep reka bentuk kolonial kontemporari, kediaman yang ditawarkan di sini pasti akan memikat mata sesiapa saja yang memandang.
Dan sudah pasti, reka bentuk seperti ini tidak lapuk ditelan zaman.
Pembangunan kediaman yang bertapak di kawasan Mont Kiara ini, sudah pasti menjanjikan kemudahan moden yang pelbagai untuk kesenangan penduduk.
Serene Mont Kiara juga adalah sebuah projek kediaman berkepadatan rendah (low-density project).
Di sini, akan ada hanya 155 buah kediaman yang terdiri daripada 4 jenis seperti:
Banglo (bungalow),
Rumah berkembar separuh (semi-detached house),
Rumah superlink (superlink house), dan
Townhouse.
Bermula dari 2,872 sehingga 8,669 kaki persegi
Antara jenis unit kediaman yang ditawarkan di sini adalah:
Banglo (Jenis A1)
Banglo (Jenis B)
Banglo (Jenis B1)
Semi-D (Jenis C)
Semi-D (Jenis D)
Superlinks (Jenis E1)
Superlinks (Jenis E2)
Superlinks (Jenis E3)
Duplex (Unit bawah)
Duplex (Unit atas)
“Banyak ke fasiliti yang ditawarkan di Serene Mont Kiara?”
Sudah tentu banyak kemudahan yang tersedia dekat sini. Antara yang korang boleh gunakan di Clubhouse seperti:
Kolam renang,
Gimnasium,
Gelanggang bola keranjang separuh,
Kolam renang kanak-kanak,
Taman permainan kanak-kanak,
Bilik permainan (games room),
Surau,
Bilik persalinan (lengkap dengan mandian wap), dan
Bilik fungsi serbaguna (multi-functional room) untuk perhimpunan sosial bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sistem keselamatan unggul untuk keselesaan anda sekeluarga
Dah nama tempat pun Mont Kiara, Serene Mont Kiara sudah tentu menawarkan sekuriti yang terbaik untuk para penduduk di sini.
Dengan kawasan gated & guarded dengan sistem keselamatan 24-jam, CCTV, serta sistem rondaan, korang dan keluarga boleh menjalankan kehidupan dengan selamat dan eksklusif.
Ini ditambah baik dengan sistem pengurusan pelawat dan prosedur keselamatan yang ketat dengan pintu boom berganda, bertempat di pintu masuk utama.
Reka bentuk jalan cul-de-sac dalam keseluruhan pembangunan kediaman ini akan memantapkan lagi persekitaran kejiranan yang selamat didiami oleh penduduk di sini.
Tak cukup dengan itu, akan ada pos pengawal tambahan, interkom keselamatan, dan butang panik (panic button) di setiap kediaman, yang akan memastikan kehidupan korang sekeluarga tenang sentiasa.
Sambungan ke lebuh raya dan kemudahan yang mantap
Sumber gambar – KLIA2
Di Serene Mont Kiara, korang boleh ke mana-mana saja yang korang suka dengan mudah tanpa mengambil banyak masa.
Antara pilihan yang korang ada seperti:
Penchala Link (3KM dari Serene Mont Kiara),
Lebuh raya DUKE (5KM dari Serene Mont Kiara), dan
Plaza Tol Duta (5KM dari Serene Mont Kiara).
Kawasan Mont Kiara sendiri juga padat dengan pembangunan projek komersial, yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada penduduk di sini.
Antara projek berstatus komersial dekat sini adalah:
Plaza Mont Kiara,
1 Mont Kiara,
Arcoris Mont Kiara,
Kiara 163,
Solaris Mont Kiara,
Publika @ Mont Kiara, dan
Solaris Dutamas.
Macam-macam kemudahan yang dah tersedia dekat kawasan yang sebutkan di atas tadi. Memang senang untuk korang beli barangan dapur, atau mencari kedai makan yang beraneka pilihan.
Untuk bab pendidikan anak-anak, korang jugak tak perlu risau. Antara pilihan yang ada adalah:
British Garden International School,
Mont Kiara International School of Kuala Lumpur,
Lycée Français Kuala Lumpur (LFKL),
HELP University (Bukit Damansara),
Mahsa College (Damansara Heights),
Mont Royale College (Plaza Damas),
Q-Dees Sri Hartamas,
SummerFields Preschool (Sri Hartamas),
Casa Montessori,
Sekolah Kebangsaaan Sri Hartamas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, dan lain-lain lagi.
Berminat nak dapatkan unit Serene Mont Kiara?
Pada pendapat personal Tok, Serene Mont Kiara merupakan sebuah projek kediaman yang cukup mantap dari pelbagai segi.
Senang cerita, pembangunan ini layak diberikan perhatian. Dan buat sesiapa yang membeli, pasti tidak akan terasa rugi.
Sudah pasti, ini adalah kediaman yang sesuai untuk korang sekeluarga.
Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak umumkan satu berita baik. Ini adalah peluang untuk korang belajar ilmu hartanah power secara 100% PERCUMA.
Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd dan juga GilaHartanah.com.
Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Jadi, tunggu apa lagi?
Harini Tok nak kongsikan analisa kawasan dari otai pelabur hartanah Azlan Majid, yang sudah agak lama berada dalam dunia pelaburan hartanah ni sebenarnya.
Kawasan yang dimaksudkan adalah Taman Equine, Seri Kembangan. Untuk yang tinggal di Selangor, mesti tahu pasal tempat ni kan?
Tapi mesti ada beberapa benda yang korang, hatta penduduk Seri Kembangan sendiri pun tak tahu tentang kawasan yang didiami mereka sebenarnya.
Jadi, untuk yang bercadang nak kerja, berpindah, atau menetap di Seri Kembangan, artikel ini adalah satu kemestian untuk kalian baca dan hadamkan.
Bagi mereka yang tinggal di Selangor dan Seri Kembangan khususnya, Taman Equine sudah pastinya bukanlah kawasan yang asing apabila bercakap tentang daerah dan kawasan sekitar Seri kembangan.
Puchong Selatan ni apa pula? Puchong Selatan adalah penamaan semula dari nama asalnya iaitu Seri Kembangan memandangkan kawasan ini lebih dekat dengan Puchong dan beberapa projek yang boleh dikatakan berjaya sekaligus mengembangkan lagi keluasan Puchong itu sendiri.
Demografi
Kelebihan utama yang ada pada Taman Equine ini adalah lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur dengan jarak perjalanan yang hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja.
Selain itu, dari Taman Equine ini juga kalian boleh ke Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Puchong dan bandar Seri Kembangan dalam tempoh masa yang agak singkat iaitu sekitar 5 ke 10 minit sahaja.
Kelebihan yang dimiliki ini datang dengan jaringan beberapa buah lebuhraya utama yang ada dan merupakan faktor utama kebolehaksesan yang baik ke mana jua destinasi utama dalam kawasan bandar khususnya. Berikut adalah lebuh raya utama yang memberi akses kepada penduduk di kawasan ini:
Lebuhraya LDP
Lebuhraya Kesas
MRR2
Lebuhraya MEX
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi
Lebuhraya Besraya
Lebuhraya SILK
Lebuhraya SKVE
Nak pergi KLIA pun takde la jauh sangat.
Kawasan ini juga giat membangun hasil dari komposisi kaum campuran. Perbandaran sekitar Taman Equine seperti Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana dan Taman Lestari Putra telah lama dibina lebih kurang 15-20 tahun yang lalu.
Seri Kembangan juga digelar sebagai ‘Segitiga Emas’ seterusnya dalam Projek Pembangunan Koridor Selatan. Dilaporkan pada tahun 2006, jumlah penduduk kediaman di Seri Kembangan dengan mengambilkira 15 minit jangkauan perjalanan di sekitar Seri kembangan (menjangkau ke Subang Jaya, Cyberjaya, Kajang, Mines, Serdang) adalah sebanyak 1 juta orang.
Jumlah populasi penduduk di Seri Kembangan sendiri saja dianggarkan sekitar 235,000 orang & sedang meningkat.
Berdasarkan kajian, kawasan ini juga banyak didiami oleh kebanyakan pegawai kerajaan muda, ahli profesional muda, ahli perniagaan & ahli politik memandangkan hanya 10-15 minit ke pusat pentadbiran Cyberjaya dan Putrajaya
Julat purata gaji pula berada di paras RM3,000.00 – RM8, 000.00.
Variasi Produk Pembangunan
Walaupun datang dengan pakej seperti yang dinyatakan awal tadi, kawasan ini tidaklah diiktiraf sebagai antara kawasan pembangunan bertaraf mewah atau elitis. Ada projek pembangunan dan perumahan dalam kategori rendah sederhana dan sederhana atas.
Variasi projek hartanah berupa kediaman dan komersial ini meningkatkan lagi nilainya dari kacamata rakyat marhaen dan juga pelabur hartanah secara amnya selain antara faktor yang membuatkan kawasan ini dilihat agak menarik dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat lagi ditambah pula dengan peningkatan populasi di kawasan tersebut.
Beberapa buah institusi pendidikan tinggi seperti IACT College, Universiti Tenaga Nasional (UTN), Inti International College (IIC), Pujangga Management Institute, Taylors University, dan banyak lagi kolej swasta yang lain dibangunkan di kawasan berhampiran Seri Kembangan ini.
Prasarana asas yang lain seperti sekolah, hospital, dan klinik tu tak payah cakaplah, memang kat mana-mana daerah dan kawasan pun wajib ada benda ni.
Di bawah ini disertakan graf data berkenaan purata harga untuk hartanah landed dan high rise di Seri kembangan:
PENGANGKUTAN AWAM –SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (SSP LINE)-TAMAN EQUINE & BANDAR PUTRA PERMAI
Dalam mengkaji dan menganalisis kebolehpasaran suatu hartanah, keberadaan pengangkutan awam adalah antara elemen penting dan terutama dalam memberi nilai tambah kepada suatu projek pembangunan sekaligus memberi satu rantaian kesan berbentuk positif kepada kawasan berhampiran.
Di Seri Kembangan, kalian ada akses pengangkutan awam ke:
Laluan MRT 2 atau Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya dengan Serdang Raya Utara, Serdang Raya Selatan, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia, Taman Universiti, Taman Equine dan Taman Putra Permai.
KESIMPULAN
Bagi memudahkan kalian memahami apa yang ada di kawasan Bandar Putra Permai yang merangkumi Taman Equine, Seri Kembangan ini, berikut disediakan rangkuman kemudahan dalam bentuk point.
a) Restoran:
AEON Jusco, GIANT McDonald · Barisan kedai-kedai (Gerai Mamak, restoran-restoran lain [tom yam], dobi, barangan runcit, bekalan perubatan tradisional, 7-Eleven, KFC, Pizza Hut, Domino’s, Papa Rich b) Bank:
Maybank (Petronas-Pasar Borong, Taman Equine, Puncak Jalil) dan cawangan di Taman Equine · CIMB (Petronas-Pasar Borong, Taman Equine, Puncak Jalil) Cawangan MBB / CIMB / HLB / PBB sudah berdiri teguh selama lebih setahun di Taman Equine c) Stesen Petrol:
· EMPAT Petronas-Lebuhraya Bukit Jalil, Puncak Jalil, Taman Equine & selain Pasar Borong Selangor · Shell-Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Putra Permai · Petron-Taman Puncak Jalil · Caltex-Persiaran Lestari Perdana
d) Balai Bomba dan Balai Polis:
Balai Bomba & Penyelamat Bukit Jalil – 10km, 17 minit
Sebelum ni, Tok ada buat artikel pasal beberapa projek dekat Setia Alam ni. Tapi masih ramai terutamanya yang tak biasa dengar nama Setia Alam atau masih keliru dan ingat Setia Alam ni adalah Shah Alam.
Jenuh juga la nak terang. Tapi jangan risau, hari ni Tok nak kongsi satu artikel menarik hasil analisa kawasan Setia Alam dari Puan Mizu kita.
————————————————————————————————————————————–
Setia Alam asalnya adalah ladang kelapa sawit North Hummock Estate yg dimiliki oleh Kumpulan See Hoy Chan yang kemudiannya dijual dan dinaik taraf kepada tanah perumahan oleh SP SETIA.
Apa yang menarik ialah, pembangunannya menyediakan pelbagai jenis hartanah dari kos rendah hingga ke banglo mewah.
Pembangunan yg telah memenangi pelbagai ‘award’ ini, juga merangkumi institusi pendidikan dan pusat komersial menjadikannya lengkap dgn pelbagai kemudahan.
Demografi
Demografi di Setia Alam juga agak seimbang dgan kehadiran pelbagai kaum dan kategori seperti B40, M40 dan juga U20.
Pembangunan yang meliputi 4000 ekar iaitu kira-kira 16km persegi ini berada di bawah kuasa MBSA yang mengehadkan operasi disko, pub dan bisnes loteri.
Walau bagaimana pun, ia mampu menarik 60% kaum cina untuk memiliki kediaman mereka di sini. Diikuti 21% melayu dan selebihnya adalah India, bumiputera dan lain-lain.
Selain itu juga, konsep yang mementingkan kehidupan yang tenang dengan kehijauan dan alam semulajadi juga merupakan tarikan utama bagi korang yang lebih menggemari kehidupan yang jauh dari kesibukan kota.
Dengan pelbagai fasiliti yang lengkap, Setia Alam bukan sahaja menjadi pilihan golongan berkeluarga, juga mampu menarik ramai anak-anak muda untuk membanjiri pusat2 komersial dan taman2 rekreasi terutama di hujung minggu.
Dari segi lokasi, ia terletak di antara Klang, Shah Alam dan Damansara. Penduduknya boleh menikmati kehidupan tenang di pinggir kota dan pada masa yang sama juga menikmati pelbagai jaringan jalanraya yang menghubungkan Setia Alam dengan bandar dan bandaraya yang berdekatan seperti Lebuhraya DASH, Lebuhraya East Coast dan Lebuhraya NKVE.
Kalau nak ke Jalan Duta, The Curve, Mont KIara, boleh gunakan Lebuhraya NKVE. Kalau nak ke KLIA, boleh gunakan NKVE dan Elite 50 min je sampai lah korg ke KLIA, KLIA2 dan juga Mitsui Premium Outlet.
Fasiliti
Dari segi fasiliti pula boleh dikatakan sangat lengkap. Jom tengok apa fasilit yg tersedia di Setia Alam.
Taman Rekreasi
1-Wetland Park
2-Urban Park
3-Setia City Park
4-Town Park
5-Western Park
Outlet makanan segera
1-Starbucks
2-KFC
3-Burger king
4-Pizza hut
5-Domino’s Pizza
6-McDonalds
7-Baskin Robbins
Primary School
1-SK Setia Alam
2-SJK (T) Ladang North Hummock
3-SRJK (C ) Pin Hwa 1
Secondary School
1-SMK Setia Alam
Private School
1-Tenby Schools
2-Peninsula International School Australia
Banks
1-Maybank
2-CIMB
3-Ambank
4-BSN
5-Hong Leong Bank
6-RHB Bank
7-Bank Islam
8-Bank Muamalat
Pusat Kejiranan
1-Setia Prima
2-Setia Indah
3-Eramas
4-Setia Avenue
5-Setia Taipan
6-Setia Perdana
7-Sunsuria 7th Avenue
8-The Forum
Setia City
1-Setia City Convention Centre
2-Top Glove HQ
Auto Hub
1-BMW
2-Audi
3-Honda
4-Toyota
5-Peugeot
6-Subaru
7-Mazda
Petrol Kiosk
1-Shell
2-Petronas
3-Caltex
4-Petron
Shopping Malls & Hypermarket
1-Setia City Mall
2-Tesco
Others
1-MBSA Branch Office
2-Setia Alam Club House
3-Healthland Wellness Centre
4-Police Station
5-Columbia Asia Hospital (Jln Meru)
Ok, sejarah dah tau, kemudahan jalanraya dah, fasiliti lain pun dah tau. Jom tengok harga pulak.
Nilai hartanah?
Jika dilihat kepada transaksi sebelum ni, untuk rumah landed, harga adalah antara RM370psf-RM374psf.
Manakala untuk highrise pula RM326psf-RM374psf.
Jadi, jika nak beli rumah kat Setia Alam kena la pastikan harga tu tak melebihi harga tertinggi untuk elakkan terbeli pada harga tak masuk akal mahalnya.
Contoh: rumah highrise undercon dgn layout 485sqft-700sqft dijual pada harga RM600psf tapi korang boleh je dapat undercon landed dgn layout 1500sqft pada harga RM317psf.
Jadi, korang buatlah matematik korang sendiri sama ada good buy ke idak.
Tapi, kalau saya nak beli jugak rumah kat sini ok ke?
Soalan ok ke tak ni agak susah nak jawab. Jadi jom kita tengok harga rumah di Setia Alam.
Kalau korang mencari rumah untuk duduk sendiri, maka kat mana yg korang rasa dah jatuh cinta, beli ajelah.
Tapi kalau korang pandang kpd kenaikan nilai hartanah yg korang nak beli, bagi saya ada banyak lagi pilihan yg lebih baik, malah lebih murah.
Apa yang berlaku kepada Setia Alam adalah sama dengan isu di Shah Alam, iaitu lambakan hartanah disebabkan harga yang tak masuk akal.
Maka kalau saya nak melabur dalam hartanah, Setia Alam bukanlah lokasi yang menarik bagi saya sebab saya sangat pentingkan cashflow dan jugak capital appreciation.
Bukan itu sahaja, Setia Alam juga mempunyai masalah price mismatch di mana harga rumah landed gated dan guarded yang baru lebih murah berbanding rumah highrise jika dilihat kepada harga per kaki.
Dengan isu lambakan rumah, biasanya agak sukar untuk disewakan pada kadar yang menjana positive cashflow untuk anda.
Jadi, bagi saya untuk pelaburan hartanah, Setia Alam tidak mampu memberi korang positive cashflow sebab korg kena berperang dgn owner lain untuk sewakan unit korang tu.
—————————————————————————————————————————
Berdasarkan hasil analisa kawasan tadi, Tok yakin korang dah dapat sedikit sebanyak gambaran tentang kawasan ni.
Apa pendapat korang? Setuju tak dengan pendapat Cik Mizu kita ni?
Apa pun, Tok tak halang korang untuk buat apa jua keputusan, cuma mungkin lepas baca artikel ni korang dapat sedikit sebanyak input yang berguna terutama untuk mereka yang ada rancangan untuk membina empayar di sini.
Tok percaya, ini adalah soalan yang ada dalam minda ramai orang.
Tapi nak buat macam mana? Nak beli rumah, tak mampu pula. Harga rumah yang makin menggila, makin susah nak beli rumah walaupun gaji selesa.
Tapi kalau tunggu pula, masalah lain pulak bakal menimpa.
Semakin lama anda tangguh membeli rumah, semakin pendek tempoh pembiayaan yang anda boleh dapatkan. Bermakna, anda terpaksa bayar ansuran bulanan rumah yang lebih tinggi.
Jadi, sampai bila anda nak menyewa?
Ini peluang anda belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA!
Buat yang serius nak beli rumah jenis atas tanah (landed) dan tak nak rugi tahun ini, Tok ada peluang keemasan yang nak kongsikan.
Untuk makluman anda, hari Sabtu ni, 12 Januari 2019, Tok akan anjurkan program Sembang Hartanah di Mont Kiara dibawah kelolaan tim Impiana Land dan Developer Sdn Bhd.
Ini apa yang anda perlu tahu tentang program ini:
#1: Siapa daftar awal, dia dapat belajar
Buat yang serius nak belajar, anda kena daftar laju-laju. Ini sebab TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD.
Hanya 100 tempat duduk saja yang disediakan. Jadi siapa cepat, dia dapat.
#2: Ada promosi khas menanti anda!
Buat yang berminat nak beli kediaman di Serene Mont Kiara, ada promosi khas menanti anda yang datang ke seminar ini.
Promosi ini akan diumumkan semasa program Sembang Hartanah ini sedang berlangsung. Kalau nak tahu, kena daftar dan datang dulu.
Apa yang Tok boleh katakan, promosi yang ditawarkan agak menarik. Nantikan!
#3: Makan dan minum disediakan
Anda tak payah susah-susah fikir nak makan apa pada hari tu. Semuanya disediakan. Hanya perlu bawa diri sendiri, buku nota dan pen saja.
#4: Apa topik yang akan dibincangkan?
Tuan Faizul Ridzuan akan membincangkan topik berikut:
Panduan membeli rumah atas tanah (landed properties),
Analisa kawasan Mont Kiara,
Tinjauan Pasaran Hartanah 2019.
#5: “Dekat mana saya kena datang untuk sertai Sembang Hartanah ini?”
Berikut adalah maklumat penting sesi Sembang Hartanah ini yang anda perlu tahu:
Tarikh: 12 Januari 2019 (hari Sabtu)
Masa: 2 hingga 4 petang,
Tempat: Serene Mont Kiara Sales Gallery, The Signature Suites & Residences, B-1-1, No. 3 Jalan 22/07A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
Anda berminat nak hadir ke program PERCUMA ini?
Apa yang Tok tahu, tempat duduk adalah sangat terhad. Buat yang serius nak datang, jemput klik link yang Tok kongsikan dekat bawah ini laju-laju:
Lain macam betul tajuk analisa kawasan kita kali ini. Apa yang menyebabkan Bandar Kinrara ni digelar pusat graviti yang tersembunyi?
Ikuti kupasan dan hasil tinjauan serta hasil analisa kawasan dari saudara Fakhrul.
–
Pernah sampai ke Bandar Kinrara?
Pada siapa yang tak pernah dengar atau macam pernah dengar tapi tak pasti lokasi sebenar kawasan ni kat mana, apa yang ada kat sini dan berbaloi tak nak beli hartanah kat sini, jom kita tengok apa yang menarik pasal Bandar Kinrara.
Sebelum tu, jom kita tengok pasal Kinrara secara amnya dulu.
Kinrara ni letaknya dalam daerah Puchong, Selangor. Bersempadan dengan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kawasan Kinrara ni luas dan terbahagi pula kepada beberapa kawasan seperti Bandar Kinrara, Taman Kinrara, Taman Bukit Kinrara, Puncak Kinrara, Duta Kinrara dan Warna Kinrara.
Kita letak tepi dulu kawasan-kawasan tu sebab kali ni kita fokus pada Bandar Kinrara sahaja dulu.
Bandar Kinrara atau lebih dikenali sebagai BK oleh penduduk di sini adalah kawasan terawal dalam Kinrara yang dibangunkan pada tahun 1991 oleh pemaju Island & Peninsular (I&P).
Bermula dengan taman perumahan Bandar Kinrara 1 (BK1), diikuti dengan Bandar Kinrara 2 (BK2) dan seterusnya sampailah Bandar Kinrara 9 (BK9).
Kawasan seluar 1904 ekar ini dibangunkan sebagai kawasan perbandaran yang kini mempunyai sejumlah 14,500 unit rumah kediaman dengan anggaran 72,500 populasi seperti yang dilaporkan oleh pemaju.
Dengan angka ini, Bandar Kinrara adalah antara kawasan yang padat dengan penduduk di Puchong dan menjadi tumpuan ramai untuk tinggal.
Banyak faktor yang menyumbang kepada ni. Jom kita tengok satu-satu.
Akses yang mudah
Tak dinafikan, ini adalah perkara paling penting membuatkan ramai yang memilih Bandar Kinrara sebagai tempat tinggal mereka. Bandar Kinrara boleh diakses dengan mudah melalui 4 lebuhraya penting berikut:
Lebuhraya Bukit Jalil
Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
Lebuhraya MEX
Lebuhraya KL Seremban
Dengan ada jaringan lebuhraya macam ni, memang senang untuk korang yang pergi kerja kat KL, Sungai Besi, Bukit Jalil, Puchong, Shah Alam atau Petaling Jaya.
Selain tu, korang juga boleh akses lebuhraya MRR2 melalui Bukit Jalil yang akan membawa terus ke kawasan Ulu Klang seperti Wangsa Maju, Taman Melawati, Ampang dan kawasan berhampiran.
Kalau nak ke Shah Alam pun senang. Boleh melalui Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Sunway dan terus akses ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas) untuk ke Shah Alam dan Klang.
Kepada siapa yang memang pengguna tegar pengangkutan awam, perkhidmatan bas RapidKL memang ada kat sini.
Yang lagi menarik, korang pun boleh guna LRT untuk ke mana-mana dari Bandar Kinrara ni. Sebab kat sini memang ada stesen LRT Bandar Kinrara 5 yang menghubungkan korang ke pusat bandaraya KL, Masjid Jamek, PWTC, Puchong, Putra Heights dan banyak tempat lagi.
Tak payah dah nak memandu dan redah trafik. Jimat masa dan selesa.
Stesen LRT Bandar Kinrara BK5 – sumber gambar EdgeProp.my
Sekolah
Satu lagi perkara penting untuk mak ayah semasa cari tempat tinggal dah tentu pasal sekolah. Kat sini bermula dari prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah tak perlu pening kepala nak fikir. Untuk sekolah rendah ada 3 sekolah kebangsaan dan 2 sekolah jenis kebangsaan:
Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Serdang
Untuk sekolah menengah pula ada SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara dan SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara.
Kalau nak cerita pasal prasekolah pula, memang ada banyak. Cakap je nak jenis macam mana. Dari Smartreaders, Brainybunch, CIC, Brighthill International dan macam-macam lagi.
Kalau ada ibu bapa yang nak hantar anak-anak mereka ke sekolah integrasi swasta kat sini ada Sekolah Integrasi Islam Puncak Jalil yang terletak di kawasan Kinrara Uptown.
Sekolah ini ada sediakan kedua-dua sistem sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Cuma, untuk pendidikan tertinggi macam kolej atau universiti belum ada kat sini. Mungkin sebab Bandar Kinrara ni dibangunkan lebih kepada kawasan petempatan, bukan fokus untuk menjadi bandar besar.
Walau macam mana pun, ada beberapa kolej atau universiti awam dan swasta yang tak jauh sangat.
Sebelah Bandar Kinrara iaitu kat Bukit Jalil ada 2 kolej swasta. Ada Kolej Apec, terletak dalam Technology Park Malaysia (TPM) dan juga Internation Medical University (IMU).
Dalam 30 minit ke kawasan Serdang dan Bangi dah ada beberapa lagi kolej dan universiti seperti UKM, UPM, Uniten dan lain-lain.
Kalau ke arah barat pula, dalam 15 ke 20 minit dah boleh sampai Bandar Sunway. Kat situ ada Universiti Sunway, Universiti Monash dan Kolej Taylor.
Kemudahan Yang Memudahkan Kehidupan
Satu-satu kawasan tu tak hidup kalau takde kemudahann asas untuk penduduk seperti hypermarket, pusat kesihatan, bank dan kedai makan.
Korang boleh dapat semua tu kat sini.
Untuk beli barang dapur tak payah pening-pening boleh terus ke hypermarket Giant Bandar Kinrara.
Nak barang dapur yang lagi segar dan banyak pilihan ada Pasar Borong Selangor yang korang hanya memandu dalam 15 ke 20 minit sahaja. Pasar borong ni beroperasi 24 jam.
Untuk siapa kaki wayang dan suka lepak kat shopping mall, dukacita dimaklumkan kat Bandar Kinrara tak ada shopping malls dan wayang.
Tapi korang tak perlu risau. Ada beberapa shopping malls yang berdekatan. Antaranya korang boleh tengok wayang kat ioi Mall, Setiawalk, Sunway Pyramid atau Mines Shopping Mall.
Jadi senang cerita, takdelah mati kutu sangat untuk siapa yang duduk sini kalau nak berlibur. Sebab jarak nak ke tempat-tempat tu tak jauh.
Kalau malas nak memandu ke ioi Mall misalnya, boleh terus ambil LRT ke sana. Dari stesen LRT Bandar Kinrara BK5 ke stesen LRT Ioi Puchong Jaya hanya satu stesen sahaja.
Biar betul satu stesen?
Betul, stesen LRT Ioi Puchong Jaya dengan stesen LRT Bandar Kinrara sebelah je. Naik LRT tak sempat nak duduk pun dah sampai dah. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit parking.
Menarik, kan?
Kemudahan bank pun ada di Bandar Kinrara. Kat sini ada Maybank, Public Bank, Bank Islam dan juga RHB. Kalau ada urusan di bank lain, korang hanya perlu ke Puchong Jaya je utk berurusan. Hanya 10 minit memandu.
Untuk memastikan hidup kita seimbang, kita kena juga jaga kesihatan dengan bersenam. Kalau badan memang dah sihat, apa kata kita cuba bina otot badan pulak kan. Barulah sado.
Di Bandar Kinrara korang tak perlu risau pasal benda-benda tu. Boleh tengok senarai gym atau tempat riadah yang ada kat sini:
Anytime Fitness
Fit2Core
Get Smart Gym & Fitness Center
Zelka Sports Centre (Gym, Futsal, Badminton)
Cricket Oval Bandar Kinrara
Kinrara Golf Club (18 lubang dan terbuka kepada orang awam)
Ni adalah pusat sukan dan riadah yang besar. Belum campur lagi pusat-pusat gym atau kawasan sukan yang kecil-kecil. Lagi banyak.
Kinrara Golf Club – Sumber gambar dari EdgeProp.my
Lepas dah bersukan atau dah penat bekerja, tak salah kalau nak reward diri dan keluarga dengan makan kat tempat best, kan? Korang boleh pilih makanan macam mana yang korang nak. Antara tempat makan yang terkenal dan sedap ada kat Bandar Kinrara ni:
Deretan gerai ikan bakar depan kem askar
Paparich
Old Town White Coffee
KFC
Subway
A&W
Mios Kitchen
Thread & Lilies café
Banyakkan kemudahan kat sini? Untuk info juga, kemudahan ni semua kebanyakkannya di kawasan Bandar Kinrara 5. Situ boleh dikatakan pusat bandar untuk Kinrara ni.
Hypermarket Giant Bandar Kinrara 5 – sumber gambar PlacesMap.net
Pusat Graviti Tersembunyi
Dalam banyak-banyak perkara yang menarik ramai orang untuk tinggal kat Bandar Kinrara ni sebab kawasan ni sebenarnya adalah titik tengah untuk Lembah Klang.
Macam mana pulak tu?
Kalau kita buka peta Lembah Klang, kita akan nampak Bandar Kinrara ni letak di tengah-tengah kawasan Lembah Klang. KL dan PJ di utara, Shah Alam dan Subang Jaya di sebelah barat, Cheras dan Sungai Besi di bahagian timur manakala Putrajaya dan Cyberjaya di belah selatan.
Dan ini dibuktikan lagi dengan korang boleh pergi ke bandar-bandar besar dalam maksimum 30 minit saja dari Bandar Kinrara
Bandar Kinrara ke KLCC ( 20 km atau 30 minit)
Bandar Kinrara ke Mutiara Damansara (21.5 km atau 32 minit)
Bandar Kinrara ke pusat bandar Shah Alam (26 km atau 30 minit)
Bandar Kinrara ke Cheras (25 km atau 30 minit)
Bandar Kinrara ke Menara MBPJ, Petaling Jaya (10 km atau 24 minit)
Bandar Kinrara ke Subang Jaya (9 km atau 16 minit)
Bandar Kinrara ke Putrajaya (23 km atau 31 minit)
Bandar Kinrara ke Cyberjaya (22 km atau 32 minit)
Peta Lembah Klang dan Lokasi Bandar Kinrara – sumber Google Map
Boleh nampak tak betapa strategiknya Bandar Kinrara ni?
Jadi kalau contohnya suami kerja kat KL, isteri kerja di Putrajaya. Bandar Kinrara adalah kawasan yang ideal untuk tinggal.
Sebab tengah-tengah antara 2 tempat kerja ni. Ditambah pula dengan kemudahan yang ada, memang berbaloi untuk menetap di sini.
Antara kawasan perumahan yang terdapat di Bandar Kinrara – sumber gambar I&P group
Jenis Kediaman Macam mana Yang Ada Kat Sini?
Di Bandar Kinrara majoriti perumahan kat sini adalah jenis rumah bertanah (landed). Ada rumah teres setingkat, teres 2 tingkat, semi-d hingga banglo. Tapi ada juga beberapa kediaman bertingkat seperti Kenangan apartment, Merak apartment, Kinrara 8, the Zest dan Kinrara 10.
Berbaloi ke beli hartanah kat sini?
Pada pendapat saya secara peribadi, Bandar Kinrara antara kawasan yang strategik untuk memiliki hartanah dan tinggal kat sini.
Dengan peluang pekerjaan yang banyak sekitar Puchong, Sunway, Sungai Besi dan Taman Teknologi Bukit Jalil, memudahkan urusan nak ke tempat kerja.
Walaupun ada beberapa kekurangan seperti tak ada shopping malls, wayang dan kolej pengajian, tapi kemudahan asas yang lain sudah cukup lengkap dan bagus untuk tinggal kat sini.
Jaringan lebuhraya yang baik ditambah pula lokasinya di tengah-tengah Lembah Klang membuatkan Bandar Kinrara tak terasa jauh untuk ke mana-mana bandar besar lain.
Dan itu adalah satu kelebihan untuk Bandar Kinrara yang kini boleh dikategorikan satu kawasan yang sudah matang selepas hampir tiga dekad pembangunan.
Fakhrul Hakim adalah seorang ejen hartanah yang aktif dalam negara dan giat mengemaskini aktiviti hartanah beliau dalam laman media sosial.
Kalau korang ada sebarang kritikan, komen, rasa tak puas hati, kesalahan fakta dari ulasan analisa kawasan dari beliau, boleh utarakan pandangan di ruangan komen atau ‘serang’ beliau di laman Facebook beliau https://www.facebook.com/fakhrul.hakim.7
Bila sebut Danau Kota, benda pertama yang lintas dalam kepala Tok adalah pelbagai makanan tepi jalan tu yang sedap-sedap belaka selain jadi lokasi pilihan utama Tok bila nak cari baju atau seluar.
Muda mudi dulu bawa makwe jalan-jalan uptown, tapi sebab miskin mampu belanja makan cucuk-cucuk je lah.
Tapi itulah, setiap kali pergi sana tak pernah pula Tok terfikir nak buat analisa kawasan ni, mungkin sebab terlalu leka nak buang duit kat sana kot. Tapi tak mengapa, Bro Jason kita dah buat kajian terperinci tentang hartanah di kawasan ni.
Macam biasa, baca, fahamkan, simpan, dan kongsikan.
Setapak adalah sebuah kawasan yang terletak dalam daerah Gombak. Mengikut sejarah, Setapak adalah sebuah kawasan yang dijadikan pusat aktiviti perlombongan bijih timah dan kawasan penanaman pokok getah.
Dalam Bahasa Melayu, “Setapak” bermaksud satu langkah, dan kesignifikan nama itu mungkin dapat dikaitkan dengan jaraknya dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Jadi, mari kita cuba lihat dan analisa kawasan ini berdasarkan beberapa soalan yang sering ditanyakan terutama berkaitan hartanah.
Berapakah titik harga hartanah di kawasan ini?
Titik harga untuk hartanah berupa kondominium di kawasan ini adalah di antara RM380k hingga RM690k.
Malangnya, kebanyakan kondominium di kawasan ini adalah berstatus Leasehold.
Munasabah, dan masuk akal tak harga yang ditawarkan?
Majoriti jenis kondominium didatangkan dengan 3 bilik 2 tandas dan 4 bilik dan 2 tandas.
Purata harga perkaki adalah diantara RM330 hingga RM550 (kaki persegi). Jadi kalau kita tengok dari segi pakej, keluasan, dan saiz hartanah ni, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Kondominium (6-10 Tahun)
Hartanah
Tarikh Siap
Harga Jualan
Sewa
(Unit Kosong)
Sewa
(Separa Hias)
Sewa
(Hias penuh)
PV10
1185sqf (3R2B)
1272sqf (4R2B)
2008
RM400K-450K
RM1300-1400
RM1500-1700
RM1900-2000
PV12
1207sqf (3R2B)
1303sqf (4R2B)
2010
RM400K-450K
RM1300-1400
RM1500-1700
RM1900-2000
PV13
1313sqf
(3R2B & 4R2B)
2011
RM500K-520K
RM1600-1700
RM1900-2000
RM2000-2300
PV15
1313sqf
(3R2B & 4R2B)
1450sqf (3R2B)
2012
RM520K-550K
RM1600-1700
RM1900-2000
RM2000-2300
PV16
1313sqf
(3R2B & 4R2B)
1450sqf (3R2B)
2013
RM530K-550K
RM1600-1700
RM1900-2000
RM2000-2300
Kondominium (Bawah 5 Tahun )
Hartanah
Tarikh Siap
Harga Jualan
Sewa
(Unit Kosong)
Sewa
(Separa Hias)
Sewa
(Hias Penuh)
PV20
1333sqf
(3R2B & 4R2B)
1473sqf (3R2B)
2014
RM520K-560K
RM1500-1600
RM1700-1800
RM1900-2200
PV21
900sqf (2R2B)
1040sqf (3R2B)
2016
RM380K-480K
RM1200-1400
RM1500-1700
RM1800-2000
The Loft @ Zetapark
1012sqf
(3R2B)
1270sqf
(3R2B)
2014
RM560K-690K
RM1800-1900
RM2000-2200
RM2300-2500
Kalau nak sewakan, ok ke?
Jawapannya, Ya. Kumpulan sasaran untuk sewa unit di kawasan ini adalah pelajar-pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UniTAR), pekerja tempatan,dan warga asing khususnya penyewa berbangsa Arab (ramai gila).
Purata harga sewa di sekitar kawasan ini pula adalah di antara RM1600-RM2000. Permintaan yang tinggi untuk unit separa hias dan sangat rendah permintaan untuk unit hias penuh.
Infrastruktur yang memberi nilai tambah kepada hartanah di sini:
Setapak central mall
Lebuhraya Duke 1 dan Duke 2
LRT taman melati (2km)
University TAR
Kedai Runcit (PV128, Cystal Ville, Platinum Walk, Star parc point)
Apa yang akan ada di Setapak pada masa depan?
The Palette oleh Platinum Victory.
Lot tanah untuk projek ini berada tepat di sebelah kondominium Danau Kota Tasik Taman & PV 12. Sebelum ini, Ia hanyalah tanah kosong lebih daripada 10 tahun.
Baru-baru ini pemaju Platinum Victory menyediakan pelan komersial di tanah ini bermula dengan pasar raya Mcdonald & Aeon Big hypermarket pada Disember 2018.
Akan datang, mereka akan membina lebih banyak kedai yang dibina di atas tanah ini dengan konsep pemandangan tasik.
Setiawangsa Pantai Expressway (Sebelum ini dikenali DUKE 3)
Penjajaran Lebuhraya Setiawangsa-Pantai “SPE” (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa 3 “DUKE Phase-3), akan melintasi utara ke selatan Kuala Lumpur dan akan berkhidmat di kawasan-kawasan seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, Setiawangsa, Ampang, koridor pembangunan Tun Razak Exchage & Bandar Malaysia dan Kerinchi.
Panjang: 29.8 km
Laluan Kereta: Jalan dua hala (4 lorong)
Bilangan tanjakan: 2
Tempoh Pembinaan: 3 setengah tahun (Mulai 2016)
Projek Akan Datang
Hartanah
Tarikh Siap
Harga Jualan
Jumlah Unit
Danau Setapak
2019
RM561K-RM712K
285unit
PV18
2021
RM430K-RM500K
852unit
Platinum Teratai
March 2019
RM382K-RM434K
800unit
Analisis Produk
PV18 @Platinum Victory
Saiz: 1021 & 1219sqf
Layout: 3room 2bath
Maintenance fees: 0.25psf include sinking fund
Fasiliti: Swimming pool, Playground, Gym, BBQ pit, Basketball court, Multipurpose hall, Surau, 24hour security & etc.
Tingkat keselamatan : 3 Tier
Tarikh Siap : End of 2021
Harga: 1021sqf (price from RM430k) & 1219sqf (price from RM500k)
Jenis : Residential title
Saiz Tanah: 5.56 acre
Status: Leasehold
Jumlah blok : 3 block
Scheme: 2 block condominium & 1 block rumahwip
No of unit: Condominium 932 unit, Rumahwip 318 unit.
Pendapat dan pandangan peribadi
Untuk hartanah dalam kawasan bandar di Danau Kota, saya akan mencadangkan untuk membeli kondominium PV18.
Sebabnya seperti di bawah:
– Harga jualan purata RM386psf-RM450psf. Harga kondo baru yang boleh bersaing dengan kondominium lama sedia ada mengikut pasaran sub-jualan semasa.
– Konsep & kemudahan sedikit lebih baik daripada kondominium pv sedia ada.
– Berjalan jarak ke nama penggalak baru sebagai The Palette.
– Kebanyakan pembeli yang membeli adalah untuk tinggal sendiri.
– Lokasi ini tidak semestinya menarik sekumpulan pelajar Uni TAR untuk terus membandingkan dengan PV15 & PV16. Terlalu banyak pelajar akan membuat kondominium sesak.
– Kondominium yang akan datang di sekitar kawasan setapak & wangsa maju menjual lebih daripada RM500psf.
Kali ni Tok nak kongsikan hasil analisa kawasan Ara Damansara, kawasan yang menjadi tumpuan muda mudi berliburan. Muda-muda dulu Tok selalu juga la dating dengan makwe kat sini, tapi belanja minum je lah, wayang apa semua tu mana ada lagi dulu.
Analisa kawasan ini dijalankan oleh Tsunhow Toh, seorang pemerhati, pengkaji, penyelidik, ejen, dan pelabur hartanah.
Ara Damansara adalah sebuah bandar yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Ia menjangkau 762 ekar tanah pegangan bebas. Ara Damansara sebenarnya adalah kawasan yang agak baru, yang mula berkembang secara berperingkat bermula awal tahun 2000an.
Kawasan ini dikelilingi oleh kawasan yang sudah membangun seperti Tropicana, Subang, Glenmarie, Kelana Jaya.
Ara Damansara juga terletak di antara dua padang golf, Saujana Golf and Country Club dan Tropicana Golf and Country Resort.
Seperti Bangsar South atau Mont Kiara, Ara Damansara sebahagian besarnya dibangunkan oleh pemaju tunggal, Sime Darby Property.
Ara Damansara dianggap sebagai kawasan berprestij tinggi yang popular di kalangan golongan muda yang membeli penginapan sendiri, dan harga di sini tetap tinggi kerana ’emosi’ daripada penduduk sendiri (mereka sanggup membayar lebih untuk rumah yang mereka mahukan).
Sangat mudah untuk melihat mengapa kawasan ini popular, dengan jalan raya yang dirancang dengan baik, kawasan hijau yang subur, dan akses yang sangat mudah.
Akses jalan utama ke rantau ini termasuk:
Lebuhraya Persekutuan
(NKVE) Lebuhraya Lembah Klang Baru
(LDP) Lebuhraya-Damansara Puchong
Berhubungan dengan baik dengan kawasan kerja utama seperti Subang, Puchong dan Petaling Jaya, bermakna kawasan ini akan menarik kelas pekerja muda di kawasan tersebut untuk tinggal di sini juga.
Perkara lain yang perlu dberi perhatian ialah kwujudan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang hanya terletak beberapa minit sahaja dari Ara Damansara.
Apa kemudahan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Ara Damansara?
Kawasan Oasis dan Citta Mall akan menjadi pusat Ara Damansara dari segi aktiviti komersial dan juga tempat yang popular untuk menikmati hidangan.
Kawasan komersial
Oasis square
Dataran Ara Damansara
NZX commercial centre
Taipan 1, 2
Pusat beli-belah
Citta Mall
Evolve Mall
Tesco Ara Damansara
Sekolah
Japanese international school,
SRK & SMK Lembah Subang
Hospital
Ara Damansara Medical Centre
Kelana Jaya Medical Centre
Subang Jaya Medical Centre
Pengangkutan awam
LRT Ara Damansara
LRT Lembah Subang
Apakah titik harga untuk hartanah di Ara Damansara dan perbandingan harga dengan kawasan lain?
Sumber: iPropertyiQ.com
Gambar di atas adalah dari iPropertyIQ yang menunjukkan perbandingan harga median yang sangat komprehensif untuk kondo 3 bilik tidur untuk tempoh April 2016 – Mac 2017 di Lembah Klang.
Melihat kembali kepada nilai hartanah ara damansara itu sendiri, harga rata-rata untuk hartanah landed di sini adalah RM607psf dan harga kasar RM1.275 juta.
Harga median untuk kenaikan harga tinggi pula adalah RM629psf dan harga kasar RM530k.
Saya secara peribadi percaya mana-mana hartanah high rise (<6 tahun) yang dibeli sekitar harga median RM600-700psf untuk kawasan ini adalah berada dalam jangkaan harga yang masuk akal.
Di bawah adalah analisis perkembangan yang ada untuk melihat di dalam kawasan ini termasuk harga sebenar yang diurus dan sewa semasa.
Sekiranya anda melihat dengan teliti, harga jualan purata untuk bekalan baru (<5 tahun, RM600-1000psf) adalah lebih tinggi daripada hartanah lama (> 5 tahun, RM400-700psf).
Ini adalah contoh baik perbezaan harga antara hartanah baru dan lama secara umum.
Kadar sewa untuk kawasan ini juga tidaklah terlalu gila, dengan beberapa bilik tidur 3 hartanah tertentu disewa pada RM3000.
Walau bagaimanapun, faktor yang sama juga akan membuatkan harga jualan yang lebih tinggi, menjadikan hasil sewa tidak begitu menarik.
Mengenai penawaran yang akan datang, saya percaya sebagai kawasan yang mantap, bekalan yang akan datang (sekarang AraTre, Cantara) dapat diserap.
Digabungkan dengan jumlah penginapan sendiri yang tinggi, unit pelabur untuk sewa sebenarnya tidak terlalu tinggi.
Fakta bahawa ada sekolah Jepun di kawasan itu juga menarik sejumlah ekspatriat yang tinggal di kawasan itu. Itu juga menyumbang kepada sewa yang lebih tinggi di kawasan itu.
Saya merasakan bahawa harga untuk kawasan itu akan mantap memandangkan jumlah yang tinggi sendiri, dan keseluruhan perbandaran yang dirancang dengan mudah.
Ringkasnya, Ara Damansara adalah kawasan yang mantap, mudah dihubungkan dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari tempat untuk tinggal.