Quantcast
Channel: Gila Hartanah
Viewing all 831 articles
Browse latest View live

Cara power dapatkan tunai segera selain refinancing

$
0
0

Tujuan utama ramai orang nak buat refinancing, adalah untuk dapatkan lebihan tunai.

Dengan cash yang korang dapat tu, boleh la korang buat renovation atau beli perabot supaya dapat tingkatkan nilai rumah yang nak disewakan.

Bermakna, lebih banyak untung yang korang boleh buat.

Cuma, refinancing agak leceh. Dan korang ada lagi satu pilihan (option) yang lebih baik berbanding refinancing.

Nak tau lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian power ini. Tok dapat idea ni lepas baca perkongsian kat blog WMA Property.

Pernah dengar tentang top-up loan?

Top-up loan adalah pinjaman tambahan ke atas baki tertunggak gadai janji semasa, dan ia berdasarkan kenaikan nilai pasaran semasa hartanah yang dicagarkan oleh si peminjam.

Sesetengah bank mungkin akan buka 2 akaun bila korang buat top-up loan (contoh : 2 akaun berbeza yang korang kena servis setiap bulan), dengan 2 kadar faedah yang berbeza.

Dan ada jugak bank yang akan buat top-up loan pada satu akaun yang sama (yang korang pernah buat dulu), dengan hanya satu kadar faedah.

Bermakna, korang hanya servis satu loan je.

Cuma, jumlah ansuran bulanan korang akan naik sedikit berbanding ansuran terdahulu. Dan semua ni bergantung kat polisi yang ada kat setiap bank.

KLIK SINI UNTUK BACA : Kebenaran refinancing pelabur baru wajib tahu. No. #3 paling ngam untuk anda buat 

Anda akan faham 100% lepas baca contoh ini

Tak sah kalau Tok tak bagi contoh supaya korang lebih mudah faham tentang top-up loan.

Katakan, Jenny beli sebuah kondo 9 tahun yang lepas, dengan mendapatkan loan sebanyak RM120,000 daripada bank A.

Ini kiraan yang akan berlaku :

Sebelum Jenny buat top-up loan

  • Jumlah loan : RM120,000,
  • Baki loan pada tahun 2014 : RM100,000,
  • Tempoh loan : 30 tahun,
  • Kadar faedah : 4.5%,
  • Ansuran bulanan : RM608.

Selepas Jenny buat top-up loan

Katakan rumah yang Jenny beli tu, nilainya dah meningkat kepada RM250,000.

Bank A bagi Jenny sebanyak 80% nilai pasaran dengan jumlah pinjaman terkumpul ((80% X RM250,000) – RM100,000) selepas menilai DSR (Debt Service Ratio) dan juga faktor-faktor lain.

Kiraan yang berlaku adalah seperti berikut :

  • Amaun top-up loan : RM100,000,
  • Tempoh loan : 25 tahun,
  • Kadar faedah : 4.8%,
  • Ansuran bulanan : RM573.

Jadi, jumlah ansuran bulanan yang Jenny kena servis adalah sebanyak RM1,181 (RM608 + RM573).

Nak wang tunai cepat? Boleh guna cara ini 

Korang hanya boleh buat top-up loan dengan bank yang sama (bank yang mula-mula korang apply buat loan).

Dan kadang-kadang, bank akan ikut segala terma dan syarat daripada agreement asal loan yang korang buat tu.

Sebagai info tambahan, top-up loan sesuai untuk peminjam yang perlukan wang tunai dengan cepat.

Sebagai maklumat tambahan korang, ini adalah kelebihan ketara yang ada pada top-up loan berbanding refinancing.

Dengan cara ini, korang tak payah nak buat balik segala dokumentasi seperti refinancing. Korang hanya perlu up-stamp dokumen sebelum ini je.

Bermakna, korang dah boleh jimat banyak dari segi entry cost.

Selain tu, penalti penamatan awal tak akan digunakan oleh pembiaya korang (bank) bila buat cara ini.

KLIK SINI UNTUK BACA : 11 perkara orang bijak ambil tahu sebelum refinance rumah 

Apa kelebihan cara ini berbanding refinancing?

  • Korang tak perlu buat balik segala loan agreement daripada mula (from scratch),
  • Korang hanya perlu bayar fi yang minima (ini sebab, korang hanya perlu up-stamp dokumen sedia ada, berbanding refinancing di mana korang kena buat semua daripada mula),
  • Tempoh proses semua ini tak makan masa yang lama seperti buat refinancing (sebab korang buat pinjaman dengan bank yang sama, untuk pinjaman yang korang dah buat sebelum ni).

Apa pula kekurangan cara ini?

  • Korang tak boleh ubah beberapa perkara seperti Effective Lending Rate (ELR) dan tempoh loan sedia ada (bermakna, korang tak boleh nikmati kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh servis loan yang lebih singkat),
  • Korang mungkin perlu servis atau bayar 2 akaun yang berbeza, kalau bank buka akaun baru bila korang buat top-up loan,
  • Jumlah top-up loan mungkin terhad, sebab bank lain mungkin tawarkan valuasi yang lebih tinggi (sebab korang buat dengan bank yang sama, korang tak berpeluang untuk dapatkan kadar yang lebih baik yang ditawarkan oleh bank lain).

Apa yang anda perlu sediakan?

Top-up loan tak ubah macam korang nak apply loan rumah buat pertama kali.

Sebelum korang layak buat cara ni, korang wajib pastikan yang :

  • DSR (Debt Service Ratio) korang tak burst,
  • Lebih senang nak lulus kalau korang mempunyai track record bayaran hutang yang cun-melecun.
  • CCRIS dan CTOS korang takde sebarang masalah.

Kalau korang jaga semua ni, korang ada peluang yang cerah untuk dapatkan top-up loan tanpa bazirkan banyak masa.

KLIK SINI UNTUK BACA : Lelaki ini berjaya kecutkan komitmen sedia ada dengan teknik refinancing? 

Mungkin ada kelebihan untuk korang gunakan kaedah ni berbanding refinancing.

Semua ni bergantung kat matlamat yang korang nak capai. Tapi kalau ikutkan, lebih selamat korang gunakan cara ni.

Itu pun kalau korang tak kisah servis loan pada kadar yang bank dah tetapkan. Kalau tak, boleh je gunakan refinancing. Cuma, pastikan korang tau apa yang korang buat.

The post Cara power dapatkan tunai segera selain refinancing appeared first on Gila Hartanah.


Berhenti kerja dan melabur secara full-time? Baca ini dulu

$
0
0

Pelaburan hartanah adalah ‘alat’ terbaik untuk kembangkan duit korang. Ini, Tok tak nafikan.

Pasti ada yang terfikir macam ni :

“Kalau macam tu, baik saya tumpukan perhatian 100% kat pelaburan yang saya tengah buat. Betul tak Tok?”

Soalan ni, takde jawapan yang betul atau salah. Boleh jadi ‘ya,’ boleh jadi ‘tidak.’ Cuma yang Tok nak, korang timbang semua perkara betul-betul dulu.

Dan sebelum korang buat keputusan muktamad, hadamkan dulu perkongsian Tuan Faizul Ridzuan ini. Semoga bermanfaat.

7 nasihat sebelum anda melabur secara full-time

Assalamualaikum w.b.t. Saya harap korang semua sihat belaka. Alhamdulillah, akhbar The Sun ada temu bual saya untuk segmen Careers pada tahun lepas.

Dekat sini, saya sertakan kompilasi pandangan saya tentang topik ini.

Saya harap segala pandangan dan nasihat ini berguna untuk korang yang terfikir nak jadi pelabur full-time :

#1 : Pelaburan hartanah, kerja yang bosan?

Pelaburan hartanah bukan kerja full-time. Dan ia boleh jadi sangat membosankan.

Bila korang dah buat keputusan untuk membeli sesebuah hartanah, korang perlu menunggu dan menyelesaikan pembelian tu sebelum boleh beralih ke langkah seterusnya.

Dan atas sebab ni, korang akan mempunyai banyak masa terluang.

Hari ini, saya seorang usahawan yang melabur dalam hartanah. Bukan sebaliknya. Sambil bekerja, pada masa yang sama, saya melabur.

#2 : “Lain padang, lain belalang”

Lagi banyak gaji korang, lebih banyak hartanah yang korang boleh beli. Saya yakin semua orang tahu perkara ini.

Orang yang bergaji RM2,000 sebulan, takkan sama kemampuan dengan orang yang bergaji RM10,000 sebulan.

#3 : Betul ke bohong – Wajib ada bisnes untuk jadi kaya-raya?

Korang yang bergaji RM5,000 ke RM6,000 sebulan pada hari ini, mampu untuk membina portfolio pelaburan hartanah bernilai RM5 juta, sambil menjana pendapatan pasif sebanyak RM18,000 sebulan.

Bermakna, korang tak perlu pun jadi seorang businessman untuk bersara sebagai seorang jutawan.

Apa yang korang perlukan adalah ilmu pelaburan dan rancangan jangka masa panjang.

Dengan ini saja, dah cukup untuk korang bina portfolio pelaburan sebanyak RM5 juta dengan gaji RM6,000 sebulan pada hari ini.

#4 : Siapa yang paling senang buat duit?

Saya dah buat semua 4 quadran aliran tunai (cash flow) yang dijelaskan Robert Kiyosaki dalam buku beliau :

  • Menjadi pekerja (employee),
  • Pelabur (investor),
  • Bekerja sendiri (self-employed), dan
  • Pemilik bisnes (business owner).

Dalam 4 perkara ni, orang yang paling senang buat duit adalah mereka ini (mengikut turutan) :

  1. Pelabur – Paling senang. Dengan syarat, kena ada ilmu yang betul,
  2. Pekerja – Hanya buat kerja yang berulang-ulang untuk dapatkan gaji tetap setiap bulan,
  3. Bekerja sendiri – Ada sumber kewangan yang okay, tanpa perlu ikut cakap bos,
  4. Pemilik bisnes – Paling susah. Sebab kena pastikan bayar gaji staf dulu sebelum bayar gaji sendiri.

#5 : Jadi pekerja, lebih senang buat duit berbanding bisnes

Betul. Kalau korang ada bisnes, korang boleh jana pendapatan tanpa sebarang had.

Cuma, tak semua orang dilahirkan atau mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan.

Untuk dapatkan pendapatan RM15,000 sebulan dengan bekerja, adalah lebih mudah kalau dibandingkan dengan menjadi seorang usahawan.

#6 : Gunakan apa yang anda dah ada

Sentiasa buat perkara yang korang dah sedia tahu dan boleh gunakan pengalaman korang yang lalu. Ini adalah kelebihan yang ada kat diri korang.

Katakan, korang bekerja sebagai seorang jurutera untuk tempoh 10 tahun lepas. Lepas tu, korang nak tukar profesion untuk menjual barangan kosmetik, atau nak buka restoran.

Boleh nak buat. Tapi korang kena bermula daripada bawah, dan bersaing dengan orang yang lebih berpengalaman dalam perkara ini.

Lebih baik korang mulakan firma perundingan persendirian (private consultig firm) dalam bidang kejuruteraan, yang mana korang boleh gunakan segala ilmu terdahulu.

Tambahan lagi, orang lain akan berfikir 2 kali untuk bersaing dengan korang.

#7 : Sahkan idea dulu sebelum anda mulakan sesuatu

Dan yang terakhir. Kalau korang berminat nak melabur atau mulakan bisnes, elak ‘gunakan 2 belah kaki untuk tahu kedalaman air’ (never test the depth of the waters with both feet).

Mulakan dulu dengan skala yang kecil untuk mengesahkan idea korang tu.

Tak guna berhenti kerja untuk jadi pelabur sepenuh masa apabila semua hartanah korang, tak jana sebarang aliran tunai positif. Atau bisnes yang korang nak buat, tak menjana sebarang keuntungan langsung.

Selagi pelaburan atau bisnes tak dapat cover perbelanjaan korang sebanyak 50%, bermakna korang masih belum jumpa formula yang betul.

Saya sendiri mengesahkan idea bisnes selama 2 tahun sebelum berhenti kerja, untuk mencapai apa yang saya impikan.

“Saya ambil masa 8 tahun sebelum mulakan bisnes”

Saya dah melabur dalam hartanah selama 8 tahun, membeli hampir 30 hartanah sebelum saya tubuhkan FAR Capital.

Mungkin ada yang akan kata saya tak cukup berani sebab tak mulakan awal-awal bisnes ini. Tapi saya tak perlu terasa pun, sebab saya sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan selepas menimbang semua risiko yang ada.

Semua ni, masuk akal untuk korang tak?

Pada pandangan Tok, korang tak perlu pun berhenti kerja dan jadi pelabur sepenuh masa.

Lagi best buat macam tu. Sambil buat duit dengan pelaburan hartanah, korang jugak ada duit gaji sebagai ’duit tepi.’ Boleh la korang bersedekah lebih lagi. Tak gitu?

Jemput SHARE perkongsian ni supaya kawan-kawan korang dapat hadamkan bersama.

The post Berhenti kerja dan melabur secara full-time? Baca ini dulu appeared first on Gila Hartanah.

Elak buat 5 ‘dosa’ ini sebelum beli rumah pertama

$
0
0

Tok yakin semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus.

Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli.

Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah.

Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang.

Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara yang Tok baca kat blog Duit Kertas ni.

Tak semua rumah boleh buat untung – Betul ke?

Beli rumah sewaktu umur masih muda memang menguntungkan. Sebab nilai rumah tu akan semakin meningkat.

Selain tu, korang jugak dapat jana pendapatan melalui sewaan. Ini dapat meningkatkan pendapatan korang setiap bulan, terutama sekali kalau kawasan tu ada permintaan yang tinggi.

Dan ada satu hakikat yang korang kena belajar telan.

Tak semua rumah yang korang boleh dijamin boleh buat duit dan bagi untung kat korang.

Ada beberapa keadaan dan faktor, dimana pembelian rumah tu akan menjadi satu kesilapan yang membebankan.

#1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu)

“Sentiasa ukur baju di badan sendiri.”

Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat.

Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung).

Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah.

Yang paling selamat untuk korang buat, adalah beli rumah yang tak lebih daripada 50% gaji korang.

Maksudnya, kalau korang bergaji RM3,000 sebulan, pastikan korang ansuran bulanan rumah tu sekitar RM1,500.

Kenapa Tok cakap macam ni?

Bila ansuran rumah terlampau mahal (lebih daripada 50% gaji korang), komitmen bulanan korang jugak akan jadi tinggi.

Lagi satu. Kalau kadar asas (base rate) meningkat, korang terpaksa tanggung ansuran bulanan lebih tinggi.

#2 : Tak buat bajet sebelum beli rumah pertama

Sebelum korang merancang untuk beli rumah pertama, buat dulu satu bajet untuk bayaran ansuran kepada pihak bank supaya korang tak terbeban.

Korang perlu bersedia dengan kos yang perlu dibayar (selain daripada ansuran) seperti kos maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain lagi.

Korang juga perlu selitkan sekali kos yang mungkin akan meningkat pada masa depan, seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru.

Mungkin hari ni, korang tak rasa terbeban. Tapi pada masa akan datang, ansuran bulanan tu boleh menyebabkan korang tak dapat mengawal pengurusan kewangan dengan baik.

Antara kesan buruk yang bakal korang lihat adalah apabila gagal buat bayaran ansuran bulanan, rumah tu ada kemungkinan besar bakal dilelong kelak.

#3 : Beli rumah pertama secara terburu-buru

Elakkan selagi boleh membeli rumah secara terburu-buru tanpa buat dulu sebarang kajian dan analisis.

Kalau tak, rumah yang korang beli tu mungkin takkan datangkan keuntungan. Dan lebih teruk lagi, jadi punca kerugian kepada tuan empunya rumah.

Walaupun rumah yang dibeli tu untuk kegunaan sendiri, korang masih perlu buat analisis asas seperti :

  • Latar belakang pemaju,
  • Jenis-jenis fasiliti yang ada,
  • Kemudahan pengangkutan awam, dan lain-lain yang berkaitan.

Benda ni pulak, dah banyak kali jadi. Ada sesetengah keadaan dimana, tuan rumah terpaksa jual rumah dengan harga yang sangat rendah atas beberapa faktor, seperti :

  • Tak tahan dengan kejiranan dan bunyi yang bising,
  • Kadar sewa yang terlalu rendah,
  • Jalan susur keluar yang tak teratur (jadi punca kepada kesesakan lalu lintas).

#4 : Terlampau taksub dengan pandangan orang lain

Untuk pembeli rumah pertama, dah tentu banyak perkara yang terlintas dan bermain dalam korang punya minda.

Dan korang jadi macam tu sebab takut buat silap. Perkara ni, biasa berlaku kat ramai orang termasuk Tok sendiri.

Sebagai alternatif, ramai jugak yang dapatkan pondangan pakar, atau mereka yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah.

Betul, mereka bergelar pakar dalam industri. Tapi, tak patut korang letakkan sepenuh keputusan membeli rumah di tangan orang lain.

Korang sendiri perlu bertanggungjawab ke atas keputusan yang korang nak buat, supaya korang berpuas hati dengan apa yang korang beli.

Kalau pandangan orang lain tu menjadikan korang terpaksa tanggung kerugian, korang mungkin akan rasa menyesal sebab tak buat dulu analisis awal.

#5 : Anda tak guna khidmat bantuan ejen hartanah

Yang ni penting. Lebih-lebih lagi kalau korang takde pengalaman dan baru pertama kali nak beli rumah.

Ejen hartanah lebih tau selok-belok serta kelebihan dan kekurangan rumah yang korang nak beli tu.

Sebab tu, ejen hartanah adalah salah satu sumber untuk korang dapatkan maklumat tambahan. yang akan bantu korang buat keputusan membeli yang baik.

Ada jugak kes sebelum ni, yang mana pembeli ‘terbeli’ rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tu.

Dan bila perkara ni berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri, sebab pinjaman yang bank bagi tak mencukupi.

Ada satu lagi yang Tok nak pesan kat korang. Korang jugak perlu berhati-hati dalam memilih ejen hartanah supaya tak tertipu. Sekarang ni, banyak kes yang dilaporkan berkaitan dengan ejen hartanah kaki kelentong.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan korang berurusan dengan ejen hartanah yang sag dan dibawah naungan agensi yang berdaftar.

Sebelum nak beli rumah pertama, Tok tegaskan yang korang pergi cari ilmu dulu.

Dan selagi tak belajar, tangguh dulu beli apa-apa pun rumah yang korang suka. Walaupun masa tu duit dah confirm cukup.

Kalau tak nak duit korang ‘lebur’ macam tu je, baik korang sediakan diri betul-betul dulu. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal ya.

The post Elak buat 5 ‘dosa’ ini sebelum beli rumah pertama appeared first on Gila Hartanah.

Sebab bank susah nak luluskan pinjaman rumah pertama anda kalau tak pernah berhutang

$
0
0

Susah juga kalau tak pernah buat sebarang hutang.

Kalau korang tergolong dalam kategori ni, bersiap sedia untuk uruskan rasa kecewa bila bank menolak permohonan pinjaman rumah.

Dan kenapa boleh jadi macam ni?

Jom kita hadamkan bersama perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir pasal ni.

In Shaa Allah, lepas ni tentu korang dah tahu nak buat apa.

Kenapa yang tak berhutang pula yang susah nak lulus loan?

Korang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus.

Tak logik betul pembiayaan perumahan pertama ditolak sebab tak pernah berhutang.

Mengarut.

Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dulu, ataupun cipta laporan CCRIS dulu?

Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tak untuk bayar balik pinjaman.

Ya lah. Bank nak bagi pinjam bukan seribu dua. Tapi beratus ribu.

Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam korang main kutu tu. Tapi tempoh panjang (selama 30-35 tahun).

Untuk rumah pertama je yang susah sikit. Bila korang dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam.

Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah.

Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30 hingga 35 tahun. Jadi, bank kena tapis betul-betul permohonan korang.

Kewangan kena stabil. Orang yang ada disiplin saja boleh komited untuk bayar dengan cantik, dengan jumlah yang tepat.

Kalau tak ada sebarang komitmen atau hutang, bank tak tahu dan tak ada idea korang jenis macam mana.

Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan kat mereka yang kemampuan sahaja. Jadi korang kena buktikan yang korang mampu jadi pembayar yang baik.

Bank akan tengok asas 3C ini kat anda

  • Character

Karektor pembayaran balik berdasarkan laporan CCRIS. Maklumat peribadi. Pekerjaan. Tempoh masa bekerja dalam sesebuah syarikat.

  • Capacity

Pendapatan korang berapa? Adakah konsisten setiap bulan? Berapa jumlah baki selepas dah bayar hutang atau komitmen? DSR kau orang berapa? Adakah dibawah 60%-70%?

Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

  • Capital

Adakah kau orang ada sebarang aset, pelaburan ataupun sebarang simpanan?

Pembiayaan perumahan sangat senang jika korang tahu aturannya. Komitmen kat pembiayaan perumahan tak ambil masa yang pendek, tapi antara 30-35 tahun.

Jadi, 3C korang kena score 3C kat atas tadi dulu, baru pihak bank yakin dengan korang.

Macam mana nak buat rekod CCRIS?

Biasanya gua bagi 2 pendapat.

Jika korang dah ada deposit rumah, dan bersedia nak beli rumah dalam tahun tersebut, korang boleh:

#1: Mohon kad kredit

Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol dan beli barang keperluan saja.

Pihak bank bukan tengok hari ni korang apply kad kredit, dah ada CCRIS dan terus yakin dengan kemampuan bayar balik korang.

Biasanya perlu tempoh 6 bulan baru akan muncul dalam laporan CCRIS. Semua cun melecun, biar 0,0,0,0,0,0.

Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR. Jangan sampai 70% credit limit pulak ya.

Tapi kalau korang belum ada lagi deposit rumah. Dan pasang matlamat nak beli rumah dalam 2-3 tahun, boleh juga buat CCRIS dengan melabur dalam ASB Financing.

#2: Mohon ASB Financing

Mulakan dengan RM50,000. Bulanan korang ken bayar dalam RM285.

Selalu gua tekankan ASB Financing ni pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS.

Jadi, masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio). ASB Financing akan masuk kira sama jika tak cukup satu tahun. Jelas?

Lepas 2-3 tahun terminate dan pulangan prinsipal, dividen terkumpul boleh kita gunakan untuk modal beli rumah.

Jadi force saving korang juga sebenarnya. Takdelah tiap kali dapat gaji tak tahu duit korang pergi ke mana.

Kalau korang dah ada ansuran kereta, pembiayaan peribadi tak payah buat lagi hutang di atas ni. Dah memang kau orang sudah ada laporan CCRIS.

Bayar jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan okay? Kalau tak laporan CCRIS kau orang barai nanti lagi susah nak beli rumah.

Siapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, bayar hutang ini dan jangan pula diabaikan.

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. Lain dia punya game plan.

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak tentu lagi bank akan tolak terus permohonan pembiayaan perumahan korang. Rajinkan diri walk-in ke bank ye. Tanya 3 atau 5 bank.

Tip tambahan supaya bank senang luluskan permohonan loan rumah korang

#1: Jadi penghutang yang baik

Bila nak periksa laporan CCRIS, pastikan semua bersih daripada segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu.

Dah berhutang tu, bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan.

#2: Cipta rekod CCRIS

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak bermaksud pihak bank akan terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang.

Mungkin korang akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi berbanding orang lain.

Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah korang seorang culas, atau sebaliknya.

#3: Elakkan mencipta sejarah hitam

Kalau korang ada sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK, ini mungkin akan sukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang tu.

Jadi, rancang kewangan korang dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, elakkan “terbeli” kereta mewah ya.

#4: Mencapai credit limit kad kredit anda

Gua ada seorang kawan. Dia sangat bijak merancang.

Tapi bila dia dah ada kad kredit, dia mula berubah. Swipe sana sini serupa dirasuk oleh kad kredit tersebut.

Penyudahnya, hutang kad kredit sampai RM11,000!

Janganlah korang jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

#5: Hati-hati bila diminta jadi penjamin

Elakkan jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe atau makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan mereka.

Dia nak berhutang untuk kahwin pun, korang jangan baik hati sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, korang yang kena tanggung nanti.

#6: Fokus kat simpanan

Untuk membeli rumah pertama, amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya.

Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan, elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan dalam RM3,300.

Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

#7: Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang, bank besar bertambah susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3,000.

Ada juga bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income).

Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen atau hutang.

Kalau korang tinggal kat bandar, NDI kena atas RM1,500. Jika di luar bandar baki kena ada RM1,000.

Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup koranglah. Korang kan suka makan kat kedai hipster je. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip dan tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan yang korang boleh dapatkan.

Tok harap korang faham sebab apa bank susah nak luluskan loan rumah, bila tak ada sebarang rekod hutang.

Dan Tok juga harap korang boleh kongsikan artikel bermanfaat ini kat kawan-kawan korang. Daripada baca benda-benda hiburan yang lagha tu, baik lagi dalami ilmu bermanfaat macam ni.

Yang untung nanti, korang juga. Bukan orang lain.

The post Sebab bank susah nak luluskan pinjaman rumah pertama anda kalau tak pernah berhutang appeared first on Gila Hartanah.

Moratorium khas untuk yang terkesan dengan COVID-19

$
0
0

Tok risau bila COVID-19 semakin teruk. Lagi Tok bimbang bila fikirkan mereka yang terkesan dengan penularan coronavirus ni.

Bagi korang yang terkesan dan terikat dengan pembayaran bulanan pinjaman, korang sebenarnya ada alternatif iaitu moratorium oleh pihak bank.

Sebelum Tok lanjutkan lebih lanjut, moratorium bermaksud tempoh penangguhan pembayaran pinjaman oleh pihak bank.

Jemput baca sama-sama maklumat moratorium oleh bank ni. Semoga membantu.

Bagi korang yang terkesan dengan penularan coronavirus dan ada masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman bank, korang dibenarkan untuk menangguhkan bayaran pembiayaan selama 6 bulan.

Antara bank-bank yang terlibat adalah:

Malahan, pinjaman wang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun), dan lain-lain) yang terkesan akibat Covid-19 juga dibenarkan untuk menangguhkan bayaran pembiayaan selama 6 bulan.

Untuk korang yang tergolong dalam SMEs ( small and medium enterprises) pula, korang boleh dapatkan bantuan kewangan daripada bank dibawah:

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh hubungi direct bank-bank yang terlibat untuk dapatkan nasihat.

Ini pula maklumat moratorium oleh Maybank yang Tok dapat daripada Cikpuan Bella Leana mengenai moratorium daripada Maybank. Jemput hadamkan sama-sama.

Ramai yang terkesan dengan COVID-19 ni tambah lagi yang terpaksa cuti tanpa gaji.

Jadi, apa yang bank boleh buat untuk assist financial relief kepada mereka yang terkesan?

6 bulan payment holiday.

Antara industri yang terkesan (Direct Impact)
1. Hotel
2. Restoran
3. Pusat membeli-belah
4. Retail Sales
5. Tourism
6. Airlines

Macam mana nak mohon untuk financial relief ni?

Dokumen yang di perlukan:
1. Request for COVID-19 Moratorium form

Business
1. Bank statement (Before & After COVID-19)
2. Cancelled Orders
3. Monthly Sale (Before & After COVID-19)

Individu
1. Employer’s Letter indicate reason (No Pay Leave / Reduce OT / Half Paid etc)
2. Salary slip showing reduction (Before and After COVID-19)
3. Bank Statement (Before and After COVID-19)

Syarat – syarat permohonan:

1. CCRIS max 2 MIA as at Jan 2020
2. Max 3 MIA during signed the application of Moratorium
3. Not habitual of no payment
4. Not under Legal Action

Jenis – jenis loan yang terlibat :

1. Home Financing/Housing Loan
2. Hire Purchase
3. Credit Cards
4. Personal Financing/Loan
5. OD/CL-i
6. SME Fiancing/Loan

Korang boleh consult dan dapatkan nasihat daripada banker ye. Dan boleh submit application kepada bank.

Tertakluk kepada penilaian bank.

The post Moratorium khas untuk yang terkesan dengan COVID-19 appeared first on Gila Hartanah.

Tip kewangan COVID-19 – Buat 5 perkara wajib ini

$
0
0

12 Mac 2020 merupakan hari WHO (World Health Organization) menetapkan kategori situasi penularan wabak Coronavirus (atau COVID-19) sebagai pandemik. 

Lebih parah lagi, kemelesetan ekonomi pada skala global juga dijangka jika situasi ini berterusan untuk satu jangka masa yang lama. 

Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah proaktif dengan menurunkan OPR buat kali ke-2 kepada 2.5%. Pakej Rangsangan Ekonomi juga berikan pilihan untuk kurangkan potongan KWSP daripada 11% kepada 7%.

Pendek kata, wang menjadi tanda pengukur survival rakyat di negara kita. 

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, penting untuk kita sediakan diri secukupnya dalam mengharungi detik-detik kemelesetan ekonomi yang bakal melanda.

#1 – “Patut ke aku jual pelaburan aku sekarang?” 

Kita mulakan dengan perkara yang perlu kita elak buat terlebih dulu. 

Seperti yang korang sedia maklum, pasaran saham mengalami kejatuhan yang teruk akibat penularan wabak ini. Pasaran saham menjunam sebanyak 20% lebih rendah berbanding bulan lepas. 

Memang geram dan stress tengok saham jatuh. Tok faham. Tapi elakkan ikut hati dan jual segala saham yang ada dalam tangan korang sekarang. Lebih-lebih lagi saham yang korang simpan untuk persaraan. 

Selagi korang tak berdepan masalah besar dalam menguruskan perbelanjaan keperluan asas, tak perlu jual. Ini untuk pastikan kesihatan kewangan pada masa depan korang terjaga rapi. 

Matlamat dalam pelaburan pasaran saham adalah beli semasa murah dan jual bila nilai meningkat tinggi. Jual saham dalam keadaan panik adalah perkara terakhir yang korang patut buat. 

Perkara ni jugak tertakluk kepada instrumen pelaburan lain seperti hartanah, Unit Trust, atau lain-lain pelaburan yang kita ada. Hanya liquidate (cairkan) bila betul-betul memerlukan saja ya.

#2 – Elakkan beli barang secara berlebihan 

Sekarang, kecoh cerita orang ramai beli tisu dan barang keperluan lain akibat panic buying. Siap ada kes sold-out dan ramai orang tak sempat nak beli. 

Betul, kita kena bersedia untuk hadapi masalah ini. Cuma, tak perlu over-prepare (terlebih bersedia) dengan membeli banyak stok. Tindakan ini akan menyusahkan orang lain yang mungkin tak berkemampuan. 

Cuba bayangkan sebentar. Katakan, kita dapat perintah kerajaan untuk bekerja dari rumah dalam tempoh sebulan. Perlu ke kita beli stok makanan dan keperluan melebihi dari tempoh tu? 

Beli apa yang kita dan keluarga perlukan saja. Elakkan terlebih belanja. 

Lagi satu, elakkan beli barangan ini menggunakan kad kredit. Melainkan korang boleh bayar hutang ini dalam tempoh grace period yang ditetapkan bank. Matlamat korang adalah nak kurangkan hutang, bukan tambah lebih banyak hutang. 

#3 – Ambil peluang dapatkan kadar faedah yang lebih rendah

Kadar faedah bank mencatatkan penurunan yang drastik sewaktu penularan wabak Coronavirus (COVID-19) ini. 

Antara contoh terbaik adalah pinjaman perumahan. Pinjaman perumahan untuk tempoh 35 tahun adalah serendah 4%, dan ada kemungkinan untuk turun lebih rendah lagi pada masa depan. 

Dengan skor kredit yang bagus, kita ada peluang cerah untuk dapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih baik. 

Ini adalah masa terbaik untuk kita stukturkan balik pinjaman perumahan untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah. 

Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan bayaran balik pinjaman, seterusnya meningkatkan aliran tunai (cash flow) korang. Duit lebihan yang ada tu, kita boleh gunakan untuk melabur dalam instrumen pelaburan yang lain. 

P/S: Nak tangguh bayar balik pinjaman bank selama 6 bulan? KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.

#4 – Naik taraf simpanan kecemasan anda 

Tok ada bagitahu tadi, yang korang akan dapat lebihan tunai dengan menstrukturkan balik pinjaman perumahan korang pada kadar faedah yang lebih rendah. 

Dengan lebihan tunai yang ada, kita boleh fokus untuk bina simpanan kecemasan pada masa memerlukan. Lebih-lebih lagi pada masa ekonomi negara yang tidak menentu ini. 

Bayangkan kalau kita terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan. Simpanan kecemasan ini akan bantu kita meneruskan kehidupan sementara menunggu kita dapat kerja lain. 

Ini adalah masa terbaik untuk membina simpanan kecemasan kita. Korang tak perlukan duit yang banyak gila pun. Cukup sekadar dapat menyediakan kehidupan yang selesa dan lengkap dengan keperluan asas. 

Ingat, kita dalam survival mode. Buat korang yang masih dapat mengekalkan kerja, mohon menyimpan dengan lebih agresif dari masa ke semasa. 

#5 – Hadkan perbelanjaan selagi boleh

Buat mereka yang tak ada simpanan kecemasan atau risau dengan aliran tunai yang terganggu semasa penularan wabak ini, kurangkan perbelanjaan adalah satu tindakan pantas yang kita boleh ambil. 

Ada banyak cara untuk kita buat perkara ini, tanpa perlu korbankan lifestyle sedia ada. 

Contohnya, langgan akaun Netflix. Korang boleh melanggan akaun Netflix bersama rakan-rakan lain, daripada menanggung langganan tersebut seorang diri. 

Teknik lain yang boleh digunakan seperti mencetak penyata akaun bank dan kad kredit terkini. Dari sini, kita boleh periksa sebarang perbelanjaan yang boleh dikurangkan. 

Ingat sentiasa. Matlamat kita adalah untuk mengawal perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu. Lebih banyak kita boleh jimat, lebih bagus. 

Sekarang, bukan waktu terbaik untuk kita berbelanja sewenang-wenangnya. 

Selagi boleh, simpan duit supaya kita lebih bersedia untuk hadapi masa sukar seperti ini. Kita tak boleh jangka bila wabak ini dan kesukaran ekonomi akan berlanjutan. 

Apa pun, Tok sentiasa doakan agar korang berjaya survive dalam situasi ini. Stay strong! 

The post Tip kewangan COVID-19 – Buat 5 perkara wajib ini appeared first on Gila Hartanah.

COVID-19 : Bantuan RM600 sebulan bagi pekerja yang terpaksa cuti tanpa gaji

$
0
0

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam kenyataan rasmi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) telah mengumumkan Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang cuti tanpa gaji akibat penularan coronavirus (Covid-19).

Bantuan kewangan ini khas bagi membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan kewangan sebanyak RM600 diperuntukkan kepada setiap pekerja setiap bulan untuk tempoh maksimum 6 bulan.

Bantuan ini layak untuk pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020 dan layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah bantuan kewangan ini susulan penularan wabak COVID-19. Ianya melibatkan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM120 juta.

Tok harap bantuan kewangan ni dapat membantu sedikit sebanyak korang yang terkesan dengan COVID-19.

Tok sentiasa doakan agar korang berjaya survive dalam situasi ini. Stay strong!  #KitaJagaKita

The post COVID-19 : Bantuan RM600 sebulan bagi pekerja yang terpaksa cuti tanpa gaji appeared first on Gila Hartanah.

Bayaran Pinjaman PTPTN Ditangguhkan Selama 3 Bulan

$
0
0

Menurut kenyataan media Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad, mengambilkira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam.

Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini akan berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun 2020. Selaras dengan penangguhan tersebut, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Kerajaan melalui KPT dan PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi.

The post Bayaran Pinjaman PTPTN Ditangguhkan Selama 3 Bulan appeared first on Gila Hartanah.


Apa anda patut tahu tentang kawasan Petaling Jaya?

$
0
0

Apa gambaran yang keluar dalam kepala korang bila Tok sebut Petaling Jaya (PJ)?

Mungkin ramai yang terbayang tempat makan yang bermacam aneka pilihan. Tok sendiri pun suka cari makanan dekat kawasan Petaling Jaya ni.

Pendek kata, macam-macam ada.

Tapi pada mata seorang pelabur hartanah atau yang nak beli rumah, ini bukan perkara utama. Banyak lagi korang kena kaji sebelum buat keputusan membeli.

Jadi, apa yang korang patut tahu tentang kawasan ini?

Petaling Jaya – Perbandaran maju seluas lebih 97KM persegi?

Sumber gambar – Google Maps

Bila bercakap tentang memilih lokasi yang cun, Petaling Jaya (PJ) adalah kawasan yang tak asing lagi dan jadi pilihan ramai orang yang nak beli rumah.

Tapi sebelum kita menyelam lebih dalam lagi tentang Petaling Jaya, izinkan Tok kongsikan serba sedikit tentang sejarah tempat ini.

Pembangunan bandar Petaling Jaya bermula dengan 1,200 ekar tanah perladangan getah berdekatan Jalan Klang Lama (Old Klang Road), bermula pada era British Malaya sewaktu 1950-an.

Tapi, apa sebab penempatan ini dibuka?

Tujuan utama adalah untuk menampung jumlah populasi yang meningkat di Kuala Lumpur pada waktu tu.

Sejak 1952, PJ menyaksikan pertumbuhan secara mendadak dari segi saiz populasi dan kepentingan geografi. Pembangunan PJ bermula dengan pembinaan 800 buah rumah kediaman, yang dikenali sebagai ‘Old Town’ (Pekan Lama) pada hari ini.

Sekarang ni, kawasan PJ dah berkembang seluas 97.2 kilometer persegi. Serius besar gila! PJ yang terteletak dalam daerah Petaling, juga memegang title (takhta) sebagai daerah dengan populasi tertinggi dan termaju dalam negeri Selangor.

Berapa banyak pusat membeli-belah dekat sini?

Sunway Pyramid. Sumber gambar – kuala-lumpur.ws

Pembangunan pusat membeli-belah dekat PJ bermula seawal tahun 1980 lagi.

Antara yang terawal seperti The Atria dekat Damansara Jaya dan Subang Parade, yang berdekatan dengan bandar jiran Subang Jaya.

Dan pembangunan ini menjadi semakin rancak pada tahun 1995, dengan kewujudan 1 Utama yang dibina di Bandar Utama. Sampai sekarang, 1 Utama (atau dikenali dengan nama famous, OU) menjadi tumpuan para netizen yang suka membeli-belah.

Tok sendiri suka berjalan dan shopping dekat sini. Lagipun, jenama yang ada dekat sini boleh tahan banyak, bermakna korang ada pelbagai jenis pilihan mengikut bajet masing-masing.

Dan antara sebab utama, kos tempat letak kereta (parking) dekat sini, masih lagi murah. Kalau malas nak bersesak dan tempuh traffic jam ke Pusat Bandaraya (KL), OU boleh jadi tempat alternatif yang sesuai untuk korang.

Selain tu, pasaraya TESCO jugak dibina dan mula beroperasi sekitar tahun 2003 dekat Mutiara Damansara. Tak lama lepas tu, Ikano Power Centre (sekarang dah tukar nama, IPC Shopping Centre), IKEA, dan The Curve menyusul pula pada tahun 2004 dan 2005.

Selain tu, korang juga boleh pergi ke Digital Mall, The Starling, Paradigm Mall, dan sebagainya.

Giant Supermarket pun, ada dekat sini. Mula beroperasi pada 2004, pasaraya ini dapat diakses dengan mudah menerusi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Kalau kawasan yang Tok sebutkan tadi berpusat secara spesifik di Petaling Jaya, kita masuk pula kawasan yang juga lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan pusat membeli-belah – Bandar Sunway. 

Bandar Sunway – Perbandaran yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

Pemandangan udara Bandar Sunway. Sumber gambar – en.m.wikipedia.org

Bandar Sunway pula terletak 20 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, dan hanya beberapa minit dari bandar Petaling Jaya. Terdapat sekitar 500,000 penduduk di sini.

Bandar ini mendapat reputasi sebagai hub pusat pengajian tinggi di Selangor, dengan Monash University dan Sunway University yang menarik ribuan pelajar ke kawasan ini. 

Selain 2 universiti ini, terdapat juga universiti swasta yang lain seperti Sunway College, Le Cordon Bleu Malaysia, dan juga One Academy, sebuah kolej seni yang berjaya meraih anugerah ADreline 2006. 

Dekat sini juga, tersedia sekolah untuk memudahkan para keluarga seperti: 

  • Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, 
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, dan juga 
  • Sunway International School. 

Untuk pusat membeli-belah dan aktiviti luar, korang disediakan dengan Sunway Pyramid yang famous dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. 

Korang juga boleh pergi ke Sunway Lagoon untuk berhibur dengan keluarga, yang terletak bersebelahan Sunway Pyramid saja. 

Bandar Sunway juga menyediakan kemudahan dari segi pusat kesihatan swasta, seperti: 

  • Sunway Medical Centre, dan juga 
  • Sime Darby Medical Centre (dulu dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre). 

P/S: Tok sediakan senarai lengkap kemudahan, pusat membeli-belah, universiti, dan hospital di bahagian bawah perkongsian ini. 

BRT (Bus Rapid Transit) juga menjadi antara kemudahan mantap yang tersedia untuk penduduk dekat sini. Perkhidmatan ini merangkumi laluan sepanjang 5.4KM, dan meliputi 7 stesen. 

Perkhidmatan BRT untuk kemudahan penduduk Bandar Sunway. Sumber gambar – en.wikipedia.org

Antara lokasi yang perkhidmatan BRT cover seperti: 

  • Sunway – Stesen KTM Setia Jaya, 
  • Mentari, 
  • Sunway Lagoon, 
  • Sunway Medical Centre, 
  • Monash University (juga berdekatan dengan Sunway University. Korang boleh parking kereta dekat BRT Depot), 
  • South Quay – USJ1, dan
  • USJ7 (terletaknya stesen LRT Kelana Jaya). 

Ha, dah alang-alang bercakap pasal sambungan lebuhraya…

Senang ke nak sampai ke Petaling Jaya?

Lebuhraya Damansara Puchong. Sumber gambar – KLIA2

Jawapan mudah Tok adalah:

“Serius senang gila!”

Petaling Jaya memang terkenal dengan pelbagai sambungan lebuhraya. Antara yang korang boleh gunakan seperti:

  • Lebuhraya Damansara – Puchong,
  • NPE (New Pantai Expressway),
  • Lebuhraya SPRINT,
  • Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan).

Tok mulakan dengan Lebuhraya Persekutuan terlebih dulu. Dengan sambungan ini, korang boleh pergi ke Pusat Bandaraya dan jalan alternatif ke Shah Alam dan Klang.

Kalau gunakan Lebuhraya SPRINT pula, korang boleh senang-senang sampai ke kawasan lain di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya seperti Ara Damansara dan lain-lain.

Dan yang paling best, dah tentu LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong).

Dengan sambungan ini, korang boleh sampai ke Bandar Utama, Sungai Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, atau ke arah Kelana Jaya, Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, dan lain-lain lagi.

Tok belanja sikit lagi. Kalau korang nak ke kawasan Bangsar atau Bangsar South, boleh gunakan Kerinchi Link.

Pendek kata, memang senang nak ke mana-mana daripada Petaling Jaya.

“Apa lagi kemudahan yang tesedia dekat Petaling Jaya, Tok?”

Sumber gambar – Sunway University – Sunway Education Group

Nah, Tok belanja korang pusat pengajian tinggi yang ada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya ni pulak.

Ada jugak Tok selitkan universiti dan kolej di kawasan jiran, sebab agak dekat dan mudah diakses dari PJ.

Antara yang ada seperti:

  • IACT College,
  • BAC (Brickfields Asia College),
  • Sunway College,
  • Yamaha Academy of Arts and Music,
  • Segi University College,
  • Universiti Tunku Abdul Rahman,
  • KDU University College,
  • Malaysia University of Science and Technology (MUST),
  • Taylor University (Subang Jaya),
  • Lincoln University College,
  • INTI International College (Subang Jaya),
  • Stamford College, dan macam-macam lagi.

“Kalau saya nak hantar orang tua saya yang sakit, dekat mana yang dekat Tok?”

Sunway Medical Centre. Sumber gambar – mymedholiday.com

Bawah ni, Tok belanja korang senarai hospital yang tersedia dekat kawasan PJ:

  • Sunway Medical Centre,
  • Columbia Asia Hospital,
  • Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH),
  • Hospital Universiti Malaya,
  • UM Specialist Centre,
  • KPJ Damansara Specialist Hospital,
  • Beacon International Specialist Centre, dan
  • Hospital Assunta.

Macam-macam ada, kan?

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Petaling Jaya?

Pada pendapat personal Tok, Petaling Jaya tergolong sebagai sebuah perbandaran yang matang dan lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.

Macam-macam kemudahan dan fasiliti yang tersedia dekat sini. Senang nak ke hospital, universiti, dan pusat membeli-belah. Lebuhraya pun, banyak yang boleh korang akses dengan mudah.

Tak rugi jadikan PJ sebagai kawasan untuk membeli rumah, tak kira untuk pelaburan atau kegunaan sendiri.

Rebut peluang belajar dengan Faizul Ridzuan secara PERCUMA! 

“Macam mana nak beli hartanah pelaburan pada tahun ini, yang susah nak rugi?”

Kalau korang serius nak jawapan kepada soalan ini, Tok nak jumput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Faizul Ridzuan pada 18 April 2020 (hari Sabtu).

Faizul Ridzuan akan kongsikan 5 data hartanah yang korang wajib tahu sebelum beli hartanah pelaburan dalam sesi ini, dan ianya 100% PERCUMA. 

Orang lain sanggup bayar beribu Ringgit untuk dapatkan data ini. Korang juga akan belajar cara kurangkan komitmen bulanan RM5,000 menjadi RM1,000, dan banyak lagi ilmu hartanah power yang korang pasti suka nak belajar. 

Tok juga sediakan laporan CTOS PERCUMA untuk korang. Jadi, pastikan bawa sekali kad pengenalan korang sekali ya. 

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang memenangi tiket ke seminar Road To 3 Million (R3M) bernilai RM299 secara PERCUMA! 

Mohon daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. 

KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

The post Apa anda patut tahu tentang kawasan Petaling Jaya? appeared first on Gila Hartanah.

COVID-19 : MARA beri penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama 3 bulan kepada peminjam

$
0
0

Susulan daripada penularan wabak Covid-19, pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar memutuskan untuk MARA memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga (3) bulan kepada peminjam.

Manakala bagi usahawan yang menerima pembiayaan perniagaan MARA pula diberikan penangguhan bayaran balik selama enam (6) bulan. Diskaun khas penyewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis MARA.

Insentif yang diberikan ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan serta terbukti telah menerima kesan secara langsung akibat wabak Covid-19.

Bagi penerima pinjaman pelajaran MARA, penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini hanya diberikan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan. Tawaran ini turut meliputi peminjam yang mendapat kemudahan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran.

Pihak kementerian dan MARA juga menyedari komuniti usahawan dan perniagaan adalah yang paling terkesan akibat daripada penularan wabak ini.

Justeru, usahawan yang mendapat kemudahan pembiayaan perniagaan MARA pula ditawarkan penangguhan bayaran balik selama enam (6) bulan dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan.

Penyewa premis perniagaan MARA juga layak mendapat diskaun bayaran sewaan sebanyak 30% dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan dan perniagaan yang dijalankan adalah terlibat secara langsung dengan penutupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Para peminjam dan usahawan MARA yang layak dan menepati syarat ditetapkan perlu mengemukakan permohonan untuk penjadualan semula bayaran di pejabat MARA berhampiran bermula 1 April 2020.

Kementerian dan MARA mengambil inisiatif memperkenalkan kemudahan ini setelah mengambil kira impak kepada pelbagai sektor sama ada dalam dan luar negara sehingga mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan, terjejasnya pelbagai sektor perniagaan serta kesan daripada arahan penutupan premis perniagaan sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Langkah ini juga adalah sebahagian daripada usaha melaksanakan tanggungjawab sosial bagi meringankan bebanan rakyat akibat daripada pandemik yang melanda dunia ini.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.mara.gov.my atau hubungi MARA Call Center 03-2613 2000.

The post COVID-19 : MARA beri penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama 3 bulan kepada peminjam appeared first on Gila Hartanah.

COVID-19 : PTPTN beri penangguhan bayaran balik pinjaman selama 3 bulan kepada peminjam

$
0
0

PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan – Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada hari ini, 19 Mac 2020.

Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.

Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

Berikut adalah soalan lazim yang mungkin korang nak tahu jawapannya:

Soalan #1 : Apakah yang dimaksudkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19?

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud semua peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang diluluskan.

Soalan #2 : Siapakah yang akan diberikan penangguhan bayar balik COVID-19 ini?

Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.

Soalan #3 : Bagaimanakah untuk memohon penangguhan COVID-19?

Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan akan diberikan secara automatik.

Soalan #4 : Bilakah penangguhan bayaran balik COVID-19 akan berkuat kuasa?

Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 Jun 2020.

Soalan #5 : Apakah manfaat yang diperoleh oleh peminjam?

Peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Soalan #6 : Adakah saya perlu membuat pembatalan potongan gaji atau direct debit sedia ada?

Potongan gaji atau direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ direct debit, permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 April 2020.

Soalan #7 : Adakah penangguhan bayaran balik ini akan diteruskan sekiranya wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya?

Semakan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.

Soalan #8 : Adakah tempoh bayaran balik pinjaman saya akan dilanjutkan kesan dari penangguhan ini?

Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik.

Soalan #9 : Adakah permohonan pertukaran ujrah/ penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan ini?

Tidak boleh. Ditangguhkan sehingga 30 Jun 2020.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui Portal Rasmi PTPTN (e-Aduan) dan talian Careline 03-2193 3000.

The post COVID-19 : PTPTN beri penangguhan bayaran balik pinjaman selama 3 bulan kepada peminjam appeared first on Gila Hartanah.

COVID – 19 : Tambahan faedah insurans dan takaful bagi pencarum polisi yang terkesan dengan Covid-19

$
0
0

Kerajaan sangat prihatin terhadap kesan negatif yang diakibatkan oleh penularan wabak Covid-19 yang telah menjejaskan antara lain individu-individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Oleh itu, Kerajaan telah menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) untuk memastikan risiko ekonomi akibat penularan wabak ini dapat ditangani dengan efektif berdasarkan strategi yang telah digariskan.

Menerusi PRE2020, Kerajaan telah menyediakan beberapa tabung pembiayaan Kewangan bagi individu yang terkesan. Selain itu, Kementerian Kewangan juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia bagi memastikan pasaran modal dan kewangan terus berfungsi secara telus dan teratur. Pelbagai langkah-langkah telah diambil untuk memastikan individu yang terkesan diberi sokongan yang berpatutan.

Di samping itu, Kerajaan juga amat prihatin terhadap keadaan kesihatan rakyat Malaysia dan beberapa syarikat insurans dan pengendali takaful telah mengambil inisiatif bagi membantu meringankan beban kepada pemegang polisi mereka dengan memanjangkan faedah insurans bagi pencarum yang terkesan dengan Covid-19.

Tambahan faedah oleh syarikat insurans dan takaful

1. Kemudahan hospitalisasi kepada pemegang polisi insurans hayat dan takaful keluarga yang sakit akibat Covid-19.

2. Perluasan perlindungan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful kepada pemegang polisi insurans perubatan / takaful sedia ada dan pemegang polisi baharu (Jenis perlindungan adalah berbeza mengikut syarikat insurans dan takaful) seperti:

a. Bantuan kewangan hospitalisasi (contoh: RM200/hari selama 30 hingga 60 hari), dan diperluaskan kepada perlindungan ahli keluarga terdekat yang didiagnos Covid-19;

b. Manfaat Kematian (sehingga RM20 ribu) – diperluaskan dengan perlindungan ahli keluarga terdekat yang didiagnos Covid-19;

c. Pembayaran Perlindungan Khas (sehingga RM5 ribu) setelah didiagnos menghidapi penyakit Covid-19; dan

d. Perlindungan perbelanjaan perubatan luar negeri (akibat Covid-19) ketika berurusan di luar negeri (insurans perjalanan).

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

1) Kurnia

  • Customer Care Hotline: 1800 88 6333
  • Email: customer@kurnia.com

2) AmAssurance

  • Customer Care Hotline: 1300 80 3030
  • Email: customer@amassurance.com.my

3) AXA Affin General Insurance Berhad

  • Customer Care Hotline: (+603) 2170 8282
  • Email: customer.service@axa.com.my

4) Lonpac Insurance Berhad

  • Customer Care Hotline: 03 22628666
  • Email: customerservice@lonpac.com

5) MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

  • Customer Care Hotline 1-800-88-6744
  • Email: myMSIG@my.msig-asia.com

6) Tune Insurance Malaysia Berhad (Tune Protect Malaysia)

  • Hotline: 1800 88 5753
  • Email: hello.my@tuneprotect.com

7) Zurich General Insurance Malaysia Berhad

  • Hotline: 1-300-888-622 (within Malaysia) or +603-2109 7999 (outside Malaysia)
  • Email: callcentre@zurich.com.my

8) AXA AFFIN Life Insurance

  • 1 300 88 1616
  • claims@axa-life.com.my
  • https://www.axa.com.my/

9) Etiqa Life Insurance

  • 1-300-13-8888
  • info@etiqa.com.my
  • http://www.etiqa.com.my

10) AIA Bhd.

  • 1300 88 1899
  • my.customer@aia.com / my.assist@aia.com
  • www.aia.com.my

11) Allianz Life

  • 1 300 22 5542
  • Customer Contact/Service Center customer.service@allianz.com.my
  • allianz.com.my

12) Gibraltar BSN

  • 1300-22-6262
  • customerservice@gibraltarbsn.com
  • https://www.gibraltarbsn.com

13) Manulife

  • 03-27199228
  • MYCustomer_Life@manulife.com
  • www.manulife.com

14) MCIS

  • 03-7652 3388
  • Customer Contact Centre
  • customerservice@mcis.my
  • https://www.mcis.my/

15) Allianz Life

  • 1 300 22 5542
  • Customer Contact/Service Center
  • customer.service@allianz.com.my
  • allianz.com.my

16) Prudential

  • 03 2771 0228
  • customer.mys@prudential.com.my
  • www.prudential.com.my

17) Great Eastern Life

  • 03- 42598281 / 03- 42598259
  • ChuWeiLing@greateasternlife.com / FoongLoongFai@greateasternlife.com
  • https://www.greateasternlife.com/

18) Prudential

  • 03 2771 0228
  • customer.mys@prudential.com.my
  • www.prudential.com.my

The post COVID – 19 : Tambahan faedah insurans dan takaful bagi pencarum polisi yang terkesan dengan Covid-19 appeared first on Gila Hartanah.

COVID-19 : 10 cara berjimat dari rumah semasa COVID-19

$
0
0

Dengan penularan coronavirus, memang ada antara kita yang resah gelisah.

Tambah lagi kalau kita terpaksa cuti tanpa gaji. Macam mana nak survive kan?

Tok faham sangat kebimbangan korang. Sebab tu Tok bertungku-lumus berikan info terkini dan terbaik khas untuk korang.

Kali ni Tok nak kongsikan ilmu best daripada Tuan Zaidi Ismail tentang cara nak jimat ketika COVID-19 ni. Jemput baca sampai habis.

Dari resah gelisah tak buat apa kat rumah tu lebih baik buat sesuatu untuk menambah baik kewangan kita semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini.

Saya kongsikan 10 cara untuk berjimat semasa krisis ini berlangsung.

Tips Jimat #1 : Masak di rumah dan buat tawaran pada jiran sekeliling

Bagi yang boleh masak di rumah , selain dari jimat belanja sebab tak perlu makan di kedai anda boleh tawarkan perkhidmatan makanan kepada jiran-jiran berdekatan dengan menu yang sama , mungkin ada jiran yang tidak mampu untuk masak sendiri seperti sakit mahupun tiada kemahiran dan mungkin selama ini hanya pandai membeli di kedai sahaja.

Ini bukan sahaja menjimatkan duit dapur malah dapat menambah pendapatan sampingan.

Tips Jimat #2 : Penangguhan bayaran ansuran bank

Sila semak dengan bank anda , kebanyakan bank menawarkan Moratorium. Ianya adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada membayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda sempena wabak Covid-19 ini selama 6 bulan.

Simpan wang penjimatan ini bagi tujuan kecemasan kelak. Jangan gunakan wang ini untuk berjoli dan sebagainya.

Tips Jimat #3 : Kitar semula apa yang boleh

Banyak benda yang digunakan dirumah boleh dikitar atau digunakan semula tanpa perlu membeli baru. Ini dapat menjimatkan wang harian kita. Malah kita boleh menjual barangan atau produk yang tidak digunakan.

Tips Jimat #4 : Majlis secara maya

Oleh kerana larangan pergerakan yang sedang dilaksanakan kita boleh buat majlis secara ringkas dan maya daripada menangguhkannya di kemudian hari. Ini akan dapat menjimatkan kos tempat , makanan serta perhiasan selain masa, malah keselamatan tetamu juga turut terjamin.

Tetamu masih boleh “tune in” pada majlis tersebut menggunakn peranti masing-masing melalui internet. Tetamu sudah pasti faham situasi ini.

Tips Jimat #5 : Mengambil Tawaran Murah

Ketika ini banyak tawaran murah untuk produk mahupun perkhidmatan kerana perniaga rasa tertekan dengan semasa, daripada tiada jualan lebih baik dijual pada harga yang murah
untuk melepaskan produk atau perkhidmatan mereka.

Saya sendiri baru sahaja membeli sebuah program penambahbaik perniagaan yang dahulu berharga lebih USD200 tapi kini cuma berharga USD20 sahaja.

Oleh itu saya ingin menawarkan Koleksi Video 7 Cara melangsaikan Hutang & Menambah Harta Dengan Pantas yang dahulunya berharga RM377 pada harga diskaun RM197 sahaja. Potongan harga sebanyak RM180 untuk membantu mereka yang ingin melangsaikan hutang mereka dengan cepat.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan TAWARAN sehingga 1 April sahaja :

Koleksi video langsai hutang

Sila guna kod promo : COVID19 untuk mendapatkan harga istimewa ini segera.

Tips Jimat #6 : Guna Khidmat Dalam Talian

Ini akan menjimatkan masa , kos pengangkutan dan sebagainya. Ada banyak perkhidmatan dalam talian yang setara dengan perkhidmatan biasa ( brick & mortar )

Tips Jimat #7 : Buat sendiri di rumah

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan sendiri di rumah seperti membasuh baju tanpa perlu ke dobi , mengemas rumah menggunakan tenaga ahli keluarga sedia ada , buat sabun
sendiri misalnya , spa dirumah dan banyak lagi.

Tips Jimat #8 : Tingkatkan visibility anda

Jika ada seorang peniaga, inilah masanya untuk meningkat visibility anda untuk produk atau perkhidmatan anda lebih mudah dikenali umum. Anda boleh buat produk demo ,
perkongsian dan sebagainya melalui socmed seperti FB , insta LIVE , Youtube dan lain-lain platform samaada melalui Facetime , penulisan , grafik ataupun video.

Kaedah pemasaran seperti ini lebih menjimatkan dari kaedah biasa.

Tips Jimat #9 : Muat turun Apps Percuma

Muat turun apps secara percuma di peranti mudah alih yang memberikan pelbagai produk & perkhidmatan PERCUMA seperti pembelajaran , demonstrasi , kemahiran dan banyak lagi bagi meningkatkan pengetahuan dengan modal rendah.

Tips Jimat #10 : Beli Hartanah dibawah harga pasaran

Bagi yang berani , berilmu dan mempunyai sedikit modal boleh “window shopping” untuk membeli hartanah yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Ini disebabkan oleh tekanan pasaran yang dihadapi oleh pemaju serta individu yang terbeli hartanah pada harga yang mahal. cari Ilmu dahulu sebelum membeli hartanah bagi mengelakkan kerugian.

Itu serba sedikit perkongsian dari saya bagaimana untuk berjimat semasa berada di rumah dalam kita melaksanakan perintah larangan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan. Semua kita semua dilindungi dari mala petaka dan sihat walafiat hendaknya.

Insyaállah.

Sekarang bukan waktu kita berbelanja tak ingat dunia.

Selagi boleh, duit yang ada tu simpan dan belanja bila perlu je. Kita tak boleh jangka bila semua ni akan berakhir.

Yang kita boleh buat adalah ikut arahan Kerajaan sepenuhnya. Social distance. Jangan keluar kalau tak perlu. Jaga kesihatan.

Tok sentiasa doakan yang terbaik untuk korang. Take care and stay safe, okay? #KitaJagaKita

The post COVID-19 : 10 cara berjimat dari rumah semasa COVID-19 appeared first on Gila Hartanah.

COVID-19 : Pencarum KWSP dibenarkan keluar RM500 sebulan daripada akaun 2 bermula 1 April 2020

$
0
0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Media telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion.

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Menurut beliau :

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.

Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.

Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.”

Ini pula apa yang Tok dapat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, “Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini. “

Tambah beliau, kelonggaran untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 ahli akan memerlukan pindaan kepada Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6). Katanya lagi, “Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin. Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.”

Alizakri juga mengingatkan ahli tentang kepentingan menggunakan pertimbangan wajar apabila membaca tentang sesuatu berita atau paparan media sosial. “Terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter. Para ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi. “

Pastikan korang ikut saranan pihak Kerajaan. Jangan keluar kalau tak perlu. Jaga kesihatan.

Tok doakan yang terbaik buat semua.

Take care and stay safe, okay? #KitaJagaKita

The post COVID-19 : Pencarum KWSP dibenarkan keluar RM500 sebulan daripada akaun 2 bermula 1 April 2020 appeared first on Gila Hartanah.

COVID-19 : CIMB tawarkan moratorium 6 bulan bagi mereka yang terkesan dengan COVID-19

$
0
0

Berikutan penularan coronavirus, CIMB telah menawarkan moratorium kepada mereka yang terkesan.

Maklumat ni Tok dapat dari website CIMB.

Jemput baca sampai habis.

Bagaimanakah CIMB sedang membantu pelanggan semasa wabak Covid-19?

Kami telah melancarkan program pelepasan pinjaman/pembiayaan runcit, di mana anda mempunyai pilihan untuk

  • Memohon untuk penangguhan bayaran bulanan sehingga 6 bulan (Payment Holiday Period), atau
  • Penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman anda dengan menyemak semula bayaran ansuran bulanan ke atas pembiayaan anda

Siapakah yang layak untuk mengambil bahagian dalam Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan?

Pelanggan-pelanggan berikut adalah berkelayakan untuk memohon untuk Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan:

i. Pelanggan di mana pendapatan atau perniagaan mereka telah terjejas akibat wabak Covid19

ii. Pelanggan yang telah didiagnosis dengan Covid-19

Jenis Pinjaman/Pembiayaan yang manakah adalah layak untuk Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan?

Pinjaman/Pembiayaan berikut adalah berkelayakan untuk Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan:

i. Pembiayaan Perumahan (Kecuali Overdraft dan Home Flexi)

ii. Pembiayaan Premis Perniagaan

iii. Pembiayaan ASB iv. Pembiayaan Auto

v. Pembiayaan Peribadi (Express Cash, Cash Plus-I, dan Cash Plus Loan)

vi. Kad-kad kredit

Mengapakah Home Flexi tidak layak untuk termasuk dalam Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan?

Home Flexi tidak berkelayakan untuk Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan.

Anda boleh menghubungi Bahagian Kredit Konsumer kami di 03-2635 2088 atau 03-2635 2099 untuk berbincang tentang pilihan-pilihan berkenaan dengan “Penstrukturan dan Penjadualan Semula” di mana kami boleh membantu anda untuk menyemak semula bayaran ansuran bulanan anda.

Bagaimanakah cara untuk saya mengemukakan permohonan untuk mengambil bahagian dalam Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan?

Langkah 1:

Sila lengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web kami.

Info : Korang boleh terus klik link ni : Borang CIMB

Langkah 2:

Lampirkan laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Hospital Am (hanya untuk individu yang telah didiagnosis dengan Covid-19)

Langkah 3:

Emel dokumen yang berkenaan di atas kepada kami di cru@cimb.com 6.

Bagaimanakah akan pihak Bank memaklumkan saya tentang status permohonan Program Pelepasan Pinjaman/Pembiayaan saya?

Selepas penilaian kes, kami akan menghantar surat yang mengandungi keputusan penilaian tersebut kepada pemohon yang berkenaan di alamat mereka yang berdaftar dengan pihak Bank selepas 5 hari bekerja.

The post COVID-19 : CIMB tawarkan moratorium 6 bulan bagi mereka yang terkesan dengan COVID-19 appeared first on Gila Hartanah.


Bantuan Khas COVID-19 oleh Lembaga Zakat Selangor dibuka

$
0
0


Bagi yang terkesan dengan penularan coronavirus, korang boleh memohon Bantuan Khas COVID-19 oleh Lembaga Zakat Selangor.

Maklumat ini Tok dapat daripada website Lembaga Zakat Selangor (LKS).

Jemput baca sampai habis. Semoga membantu.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
This image has an empty alt attribute; its file name is covid-19a.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is perruntuntikan-covid.jpg

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
    3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
    4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
    5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Cara-cara untuk memohon

  1. Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)
  2. Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Klik link ni Portal Bantuan Khas Covid-19 (24 Jam, 7 hari seminggu)

** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

Siapakah yang layak untuk membuat permohonan ?

  1. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  2. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga.
  3. Peniaga / Penjaja Kecil atau pekerja B40 yang terputus pendapatan.

Tempoh proses permohonon

Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan.

Tempoh permohonan dibuka

Pemohonan ini dibuka bermula 25hb Mac 2020 (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional)
  3. Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  4. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
  5. Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.

Kaedah penyerahan dokumen permohonan

Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat naik (upload) ke dalam Portal BKC19.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang).

Berapakah jumlah bantuan yang boleh diterima dan berapa kadar maksimum ?

  1. One Off – RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga
  2. Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Cara untuk membuat semakan status permohonan

Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini : Portal Bantuan Khas Covid-19.

Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakatONLINE

Adakah pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, nazir masjid dan sebagainya?

Tidak perlu.

Adakah permohonan ini boleh dibuat berulang kali?

Tidak boleh, bantuan ini hanya berbentuk ONE OFF (sekali sahaja) bagi setiap keluarga atau individu. Permohonan KALI KEDUA adalah TIDAK DIBENARKAN demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Jika pemohon tiada akaun bank, bagaimanakah kaedah penyaluran bantuan?

Melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.

The post Bantuan Khas COVID-19 oleh Lembaga Zakat Selangor dibuka appeared first on Gila Hartanah.

BNM umumkan penangguhan bayaran pembiayaan selama 6 bulan

$
0
0

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan beberapa langkah pengawalan untuk membantu mereka yang terkesan dengan coronavirus. Ini termasuk penangguhan bayaran pembiayaan selama 6 bulan.

Nak tahu lebih lanjut? Jemput baca artikel ni sampai habis.

Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan beberapa langkah pengawalan dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat menangani kesan akibat wabak COVID-19.

Langkah-langkah oleh Bank bertujuan untuk membolehkan institusi perbankan kekal fokus terhadap usaha menyokong ekonomi yang sedang menghadapi keadaan luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini.

Langkah-langkah ini memberikan fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan mereka. Institusi perbankan berada pada kedudukan yang kukuh untuk berbuat demikian memandangkan adanya penampan kewangan yang besar yang telah terkumpul sejak sekian lama.

Penangguhan dan Penstrukturan Semula Kemudahan Pinjaman/ Pembiayaan

Pinjaman/pembiayaan kepada individu dan PKS


Bagi membantu aliran tunai individu dan PKS yang berkemungkinan paling terjejas akibat COVID-19, institusi perbankan akan menawarkan penangguhan kepada semua pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk tempoh 6 bulan, berkuat kuasa pada 1 April 2020.

Tawaran ini diberikan kepada pinjaman/pembiayaan dalam denominasi Ringgit yang mempunyai rekod pembayaran yang baik serta tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020.

Bagi kemudahan kad kredit, institusi perbankan akan menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh 3 tahun (3-year term loan) dengan kadar faedah yang lebih rendah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, peminjam perlu memahami perkara ini dan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing tentang pilihan yang ada apabila menyambung semula jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka selepas tempoh penangguhan.

Individu dan PKS yang tidak mahu atau tidak perlu menggunakan kemudahan ini boleh meneruskan pembayaran balik mereka seperti biasa mengikut struktur yang sedia ada.
 

The post BNM umumkan penangguhan bayaran pembiayaan selama 6 bulan appeared first on Gila Hartanah.

25 soalan lazim mengenai moratorium dan penukaran baki kad kredit oleh BNM

$
0
0

Berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia (Bank) mengenai langkah pengawalan dan penyeliaan bagi membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat menangani kesan akibat wabak COVID-19, BNM telah menerbitkan satu set soalan-soalan Lazim berkenaan perkhidmatan kewangan yang penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Maklumat ni Tok dapat daripada website Bank Negara Malaysia.

Jemput baca sampai habis.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan untuk Individu dan PKS dan Syarikat Korporat (Pakej Penangguhan)

Soalan #1 :

Apakah penangguhan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan?

Tawaran ini merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman (pinjaman pokok dan faedah) untuk jangka masa yang terhad.

Dalam tempoh ini, pelanggan yang mempunyai pinjaman/pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan.

Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang. Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

Soalan #2 :

Apakah objektif pakej ini?

Tujuan pakej ini adalah untuk memberikan bantuan kepada individu dan perniagaan yang menghadapi kekangan kewangan sementara akibat wabak COVID19.

Kami berharap pakej ini dapat membantu individu dan perniagaan yang menghadapi masalah kewangan untuk menghadapi cabaran dalam tempoh ini.

Pembayaran balik pinjaman / pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

Soalan #3 :

Pinjaman mana yang layak mendapatkan penangguhan itu?

Bagi individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penangguhan dalam pinjaman konvensional atau obligasi pembayaran balik pembiayaan Islam (kecuali kad kredit) yang akan dilaksanakan secara automatik oleh bank dan institusi kewangan pembangunan (IKP) jika pinjaman/pembiayaan memenuhi kriteria yang berikut:

  • tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020; dan
  • dalam denominasi Ringgit Malaysia.

Sementara itu, peminjam korporat/pelanggan boleh memohon moratorium pembayaran balik pinjaman/pembiayaan daripada bank masing-masing.

Soalan #4 :

Bolehkah saya meminta untuk melanjutkan tempoh penangguhan sehingga melebihi enam bulan?

Penangguhan ini hanya selama 6 bulan. Sila hubungi bank anda jika memerlukan tempoh penangguhan yang lebih lama.

Soalan #5 :

Sekiranya saya memilih untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman/ pembiayaan, adakah rekod CCRIS saya akan terjejas teruk?

Tidak. Walau bagaimanapun, faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang.

Soalan #6 :

Perlukan saya memohon?

Tidak. Semua pinjaman/pembiayaan individu dan PKS (tidak termasuk kad kredit) yang memenuhi kriteria akan secara automatik layak untuk ditangguhkan.

Soalan #7 :

Pinjaman saya telah gagal dibayar balik, bolehkah saya memohon? Adakah pinjaman di bawah program penjadualan semula dan penstrukturan semula (R & R) layak untuk mendapat pakej penangguhan?

Akaun pinjaman/pembiayaan yang sudah melebihi tunggakan 90 hari tidak layak untuk ditangguhkan.

Peminjam/pelanggan dinasihati supaya menghubungi bank mereka untuk mendapatkan bantuan. Pinjaman/pembiayaan di bawah program R&R juga layak mendapatkan penangguhan tertakluk pada kriteria yang ditetapkan.

Soalan #8 :

Bagaimanakah pakej penangguhan ini berbeza daripada moratorium pinjaman/ pembiayaan lain yang diumumkan oleh bank baru-baru ini?

Bank-bank dan institusi kewangan pembangunan (IKP) bersikap proaktif dalam usaha memenuhi keperluan peminjam/pelanggan mereka dengan menawarkan pelbagai pakej penjadualan semula dan penstrukturan semula bagi membantu peminjam/pelanggan yang terjejas.

Inisiatif seumpama ini sangat dialu-alukan dan sangat digalakkan pada masa-masa yang mencabar ini.

Peminjam/pelanggan yang menerima bantuan bank dan IKP untuk menjadualkan semula dan menyusun semula pinjaman/pembiayaan mereka boleh memilih untuk tidak menyertai pengaturan tersebut, jika mereka ingin berbuat demikian.

Soalan # 9:

Bank manakah yang menawarkan pakej penangguhan ini?

Semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan (IKP) yang dikawal oleh BNM akan menawarkan pakej penangguhan ini. Peminjam/pelanggan yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memanfaatkan kelonggaran ini secara automatik.

Soalan #10 :

Bagaimanakah saya boleh tahu jika bank saya telah mendaftarkan pinjaman saya ke dalam pakej penangguhan? Bagaimanakah saya boleh tahu bahawa saya layak?

Institusi perbankan akan memberikan maklumat yang secukupnya kepada individu dan peminjam/pelanggan PKS bahawa pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka akan ditangguhkan di bawah skim ini.

Maklumat sedemikian boleh disampaikan melalui nasihat umum yang dikeluarkan kepada peminjam/pelanggan menerusi saluran yang sesuai, dan/atau diterbitkan dalam laman sesawang institusi perbankan.

Soalan #11 :

Saya ingin meneruskan pembayaran balik pinjaman/ pembiayaan saya. Bagaimanakah saya boleh memilih untuk tidak menyertai pakej penangguhan automatik ini?

Anda perlu menghubungi bank anda jika anda ingin memilih untuk tidak menyertai pakej penangguhan automatik ini atau ingin terus membuat pembayaran/pembiayaan anda sepenuhnya dan tepat pada masanya

Soalan #12 :

Saya bekerja dalam sektor pelancongan dan telah terjejas teruk akibat peristiwa baru-baru ini. Saya telah bersusah payah memenuhi pembayaran gadai janji bulanan saya sejak Januari dan simpanan saya tidak lama lagi akan habis. Adakah saya layak mendapatkan pakej penangguhan?

Ya, dengan syarat pinjaman/pembiayaan anda tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada 1 April 2020.

Soalan #13 :

Saya menjalankan perniagaan kecil yang telah terjejas teruk akibat COVID-19. Jika perniagaan akan terus terjejas, saya tidak akan mampu membayar pinjaman kereta dan pinjaman peribadi saya tidak lama lagi. Adakah saya layak untuk pakej penangguhan?

Ya, dengan syarat pinjaman/pembiayaan anda tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada 1 April 2020.

Soalan #14 :

Adakah saya akan dikenakan faedah tambahan atas jumlah bayaran balik yang ditangguhkan selama tempoh enam bulan tersebut?

Bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang merangkumi pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium.

Bagi pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru pada jumlah pokok yang belum dijelaskan. Namun begitu, keuntungan tersebut tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.

Walau bagaimanapun, bank-bank tidak dibenarkan mengenakan bayaran penalti lewat atas jumlah tertunda. Dalam erti kata lain, bayaran balik pinjaman/pembiayaan hanya tertangguh selama enam bulan.

Soalan #15 :

Apakah yang akan terjadi kepada pembayaran balik pinjaman saya selepas tempoh pakej penangguhan? Bagaimanakah pakej penangguhan mempengaruhi pembayaran faedah yang dikenakan ke atas saya selepas tempoh 6 bulan? Adakah berlaku peningkatan dalam bayaran bulanan, atau tempoh akan menjadi lebih lama?

Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan. Hal ini bermakna jumlah bayaran balik yang terkumpul semasa tempoh penangguhan pembayaran balik akan ditambah kepada jumlah pinjaman/pembiayaan terkumpul.

Peminjam/pelanggan dinasihati supaya menghubungi institusi perbankan mereka bagi membincangkan pelan pembayaran balik yang sesuai untuk membayar balik pinjaman pokok dan faedah terakru semasa tempoh penangguhan.

Ini mungkin termasuk jumlah ansuran berikutnya yang lebih tinggi atau lanjutan tempoh pinjaman / pembiayaan.

Soalan #16 :

Adakah pakej penangguhan ini dikenakan kepada pinjaman yang baru diluluskan / dikeluarkan?

Pakej penangguhan terpakai kepada semua pinjaman/pembiayaan yang belum dijelaskan setakat 1 April 2020

Soalan #17 :

Adakah pinjaman saya melalui pembekal kredit bukan bank lain layak untuk mendapatkan pakej penangguhan ini?

Tidak. Pakej penangguhan ini hanya terpakai kepada pinjaman atau pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, iaitu bank dan institusi kewangan pembangunan.

Soalan #18 :

Sekiranya syarikat memilih pakej penangguhan pembayaran pinjaman atau pembiayaan, adakah syarikat tersebut masih boleh mendapatkan pembiayaan baharu daripada bank?

Ya. Keputusan kredit institusi kewangan adalah tertakluk pada dasar dan penilaian kredit dalaman masing-masing.

Soalan #19 :

Sebagai sebuah syarikat, apakah kriteria yang perlu ada bagi memilih untuk menyertai pakej ini?

Tidak seperti peminjam/pelanggan individu dan PKS, peminjam/pelanggan dalam kalangan syarikat korporat perlu merujuk bank masing-masing untuk penangguhan serta penjadualan semula dan penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan mereka.

Di samping itu, pinjaman/pembiayaan ini mesti memenuhi kriteria yang berikut:

  • tidak tertunggak melebihi 90 hari setakat 1 April 2020; dan
  • dalam denominasi Ringgit Malaysia.

Soalan #20 :

Saya mempunyai pinjaman/ pembiayaan yang dipotong secara automatik daripada gaji saya. Adakah saya layak memohon tawaran penangguhan ini?

Ya. Sila beritahu syarikat anda untuk menghentikan potongan gaji jika anda mahu pembayaran balik pinjaman/pembiayaan anda ditangguhkan.

Anda juga perlu menghubungi bank anda untuk memberitahu mereka tentang hal ini.

Soalan #21 :

Adakah bank akan memberhentikan keperluan pembayaran balik secara automatik jika saya tidak menjawab pemberitahuan mereka?

Ya.

Penukaran Baki Kad Kredit ke dalam Pinjaman Bertempoh 3-Tahun (Pakej Penukaran)

Soalan #22 :

Saya mempunyai dua kad kredit dengan jumlah yang besar, dan saya diberhentikan kerja pada bulan Januari. Saya tidak dapat memenuhi obligasi bulanan kad kredit saya sejak Januari dan saya sangat risau tentang akibatnya. Adakah saya layak untuk menukar baki tertunggak ini kepada pinjaman bertempoh? Bagaimanakah keadaan ini boleh dilaksanakan? Adakah saya perlu menghubungi bank saya untuk membuat permohonan?

Jika anda tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum kad kredit anda selama 3 bulan terakhir berturut-turut, pengeluar kad anda akan menukarkan baki tertunggak kepada pinjaman bertempoh yang tidak lebih 3 tahun dengan faedah efektif tidak lebih daripada/pembiayaan 13% setahun.

Soalan #23 :

Saya dengar kini bank-bank akan menyediakan penukaran baki kad kredit secara automatik kepada pinjaman bertempoh, tetapi saya mempunyai gaji bulanan kira-kira RM5,500. Adakah saya layak mendapat pakej penukaran ini daripada bank?

Bank akan menukarkan baki kad kredit terkumpul pemegang kad yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum berturut-turut selama 3 bulan terakhir, tanpa mengira tahap pendapatan pemegang kad.

Soalan #24 :

Bolehkah pemegang kad kredit yang telah menukar baki kad mereka ke dalam pinjaman bertempoh terus memohon untuk mendapatkan 6 bulan penangguhan pakej pinjaman atau pembiayaan?

Ya mereka boleh berbuat demikian. Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

Soalan #25 :

Jika baki kad kredit saya ditukar kepada pinjaman bertempoh, adakah saya masih boleh menggunakan kad kredit saya?

Ya, Anda boleh terus menggunakan kad kredit sehingga had kredit yang masih ada setelah mengambil kira baki yang diubah menjadi pinjaman/pembiayaan bertempoh.

Baki tertunggak yang ditukar kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh dianggap sebagai sebahagian daripada had kad kredit.

Di samping itu, bayaran ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan akan menjadi sebahagian daripada jumlah pembayaran bulanan minimum kad kredit tersebut.

The post 25 soalan lazim mengenai moratorium dan penukaran baki kad kredit oleh BNM appeared first on Gila Hartanah.

Pengeluaran RM500 dari KWSP Akaun 2 – Patut ke?

$
0
0

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita ada umumkan. Pencarum akaun KWSP, boleh keluarkan RM500 dari Akaun 2. 

Ada yang suka dengan berita ini, tak kurang juga yang berduka. Marah pun, ada. 

Tapi, Tok tak nak komen lebih pasal tu. Yang Tok nak komen, hanya satu benda saja sebab ada yang bertanya: 

“Patut ke saya keluarkan duit KWSP tu Tok? Tak kacau waktu persaraan saya nanti ke?”

Tak suka Tok nak buang masa korang. Jemput hadamkan perkongsian ini kalau serius nak tahu. 

Pengeluaran KWSP sebagai penyelamat?

Mekanisma i-Lestari ini diperkenalkan supaya orang yang diberhentikan kerja (atau cuti tanpa gaji), dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan menampung perbelanjaan keperluan asas. 

i-Lestari ni juga dianggap penyelamat buat mereka yang tak ada emergency savings (simpanan kecemasan) yang cukup. 

Sekarang ni, ramai yang sedang bertarung untuk survive. Keperluan seperti susu anak, beras, semua tu, wajib ada untuk anak bini. Kalau tak, macam mana nak survive? 

Pendek kata, ramai yang terkesan dengan perintah Kawalan Pergerakan akibat krisis COVID-19. 

Pada pandangan Tok, secara umum, ada 2 kategori situasi kita sebagai rakyat Malaysia sekarang: 

  • Kategori A: Mereka yang tak ada sumber pendapatan (atau pendapatan terganggu) sewaktu krisis COVID-19. 
  • Kategori B: Mereka yang masih ada sumber pendapatan sewaktu krisis COVID-19. 

Anda kategori yang mana satu – A atau B? 

Buat yang tergolong dalam kategori A, mereka adalah orang yang layak gunakan kemudahan ini. 

Dengan RM500 tu, banyak juga barangan keperluan yang boleh dibeli bagi yang benar-benar memerlukan. 

Cuma Tok risau satu je. Akan ada golongan yang keluarkan duit ni dan buat belanja benda bukan-bukan. Mesti ada yang beli barang kemahuan daripada keperluan. Ini bukan masa untuk fikir tukar iPhone model baru ya. 

Lagi satu. Hanya keluarkan ikut keperluan saja. Katakan, korang hanya perlukan RM200 saja sebulan. Lebihan yang ada, biarkan diam-diam saja dalam KWSP tu. 

Buat yang tergolong dalam Kategori B, tak payah menyibuk. Biarkan je duit dalam KWSP tu. Korang tak perlukan lebihan tunai tu pun at first place. 

“Apa kesan pada persaraan saya kalau keluarkan RM500 tu?”

Dalam bahasa mudah: 

“Lebih awal korang keluarkan, lebih banyak yang korang akan rugi.”

Katakan, sekarang, umur Ahmad sekarang 25 tahun. Kalau keluarkan RM500 hari ni, Ahmad rugi sebanyak RM2,146.01 waktu dia bersara nanti. 

P/S: Formula ini dikira berdasarkan kadar dividen 4.25% setahun, dengan jumlah terkumpul bila umur cecah 60 tahun.

Boleh rujuk kiraan kat bawah ni: 

Sekarang, berapa pula Ahmad rugi kalau keluarkan RM500 selama 12 bulan berturut-turut? 

  • RM2,146.01 X 12 bulan = 
  • RM25,752.12 

Jadi, patut ke keluarkan duit KWSP anda? 

Patut atau tak, bergantung pada situasi kewangan masing-masing. Kalau memang untuk survival, tak salah korang keluarkan. 

Kerajaan juga ada umumkan, mereka akan keluarkan Pakej Ransangan Ekonomi yang baru akan dikeluarkan hujung bulan ni. Kita tengok nanti apa bantuan yang diperkenalkan. 

Apapun, stay strong everyone. Tok doakan korang kuat semasa hadapi waktu getir ni. 

P/S: Nak tahu lebih lanjut tentang i-Lestari ini? KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.

Ada ke projek high-rise bawah RM400K kat PJ?”

Boleh tahan ramai yang tanya Tok soalan ini.

Dan jawapannya:

“Ada, dan fi tempahan (booking fee) untuk projek ni hanya RM1,000 saja.”

Ini adalah sebuah projek jenis apartmen servis dengan pelbagai fasiliti berkualiti tinggi, dan lengkap dengan pemandangan tasik yang indah. Kediaman ini sesuai untuk pembeli rumah pertama, dan juga yang sudah berumah tangga.

NAK TAHU LEBIH LANJUT? JEMPUT KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) SEKARANG

The post Pengeluaran RM500 dari KWSP Akaun 2 – Patut ke? appeared first on Gila Hartanah.

5 port makan menarik di Petaling Jaya

$
0
0

Sebut je Petaling Jaya, boleh terbayang banyak pilihan tempat makan menarik. 

Tok sendiri sebagai seorang yang suka makan, memang suka cari makanan sedap dan berpatutan dekat kawasan Petaling Jaya. Pendek kata, macam-macam ada. 

Kalau korang confuse (tak tahu) nak makan apa, Tok kongsikan 5 port makan menarik di Petaling Jaya. Jemput baca sampai habis. 

Port makan #1 : Cafe DrM3

Sumber gambar – Cafe DrM3

Kalau korang nak pilih port makan yang bersih dan kemas, Tok syorkan korang makan kat Restoran Cafe DrM3 ni. Servis pun okay sangat. 

Nampak macam simple je menu mereka ni, tapi jangan risau. Rasanya puas hati. 

Restoran Cafe DrM3 ni menawarkan pelbagai jenis masakan panas termasuk masakan western. Antara menu yang ditawarkan adalah chicken chop, grilled chicken, nasi ayam, laksa kedah, mee goreng basah, cucur udang, dan sebagainya.

Yang penting sekali, harganya berpatutan sesuai dengan marhen macam kita ni.  

Alamat : No.13, Jalan Sri Manja 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi : 11.00 pagi – 1.00 pagi. 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka di 03-7492 4855.

Port makan #2 Restoran Chili’s Crab Seafood

Sumber gambar – Foursquare

Bagi yang suka makan ketam, Tok cadangkan korang cuba makan di sini. Ada pelbagai menu yang ditawarkan.

Antaranya adalah ketam cili, ketam telur masin, ketam lada hitam, ketam kam heong, ketam keju mentega, ketam masam manis, sup ketam, dan macam-macam lagi. 

Makanan laut yang lain pun ada, jangan bimbang. Harganya berpatutan.

Alamat : 26-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya (dekat Sunway Giza).
Waktu Operasi : Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

Port makan #3 : Restoran Ayam Kampung Publika

Sumber gambar – Foursquare

Untuk yang sukakan masakan kampung, port makan yang ni sesuai untuk korang.

Antara pilihan menu yang ditawarkan adalah gulai urat, siput sedut masak lemak, daging salai, sup tulang, sup tulang, sup herba, ulam-ulaman, sambal belacan dan banyak lagi. Makan pula dengan nasi panas, fuh sedap! 

Harganya sangat berpatutan sesuai dengan poket kita.

Alamat : 10, Jalan PJU 8/3, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Setiap hari bermula dari jam 11.15 pagi hingga 4 petang.

Port makan #4 : Restoran Village Park

Sumber gambar – Foursquare

Korang suka makan lemak?

Tok cadangkan korang cuba nasi lemak kat Restoren Village Park ni. Makan nasi lemak bersama ayam goreng mereka yang rangup dan lembut, fuh! 

Selain daripada nasi lemak, restoren ni turut menawarkan menu nasi dagang, mee udang, assam laksa, lontong dan pelbagai masakan tempatan. Disini juga ada hidangan ringan yang korang boleh cuba iaitu roti sambal dan roti kukus. 

Harganya sangat berpatutan sesuai dengan kualiti makanan yang ditawarkan.

Alamat : 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (6.30 pagi – 7.30 petang).

Port makan #5 : Restoran Mimpi Muor

Sumber gambar – Foursquare

Keistimewaan Restoren Mimpi Muor ni adalah asam pedas style Muar. Ada pelbagai ikan yang ditawarkan. Antaranya adalah kembung, pari, jenahak dan ikan merah. 

Selain tu, mereka juga ada menu nasi campur. Harga disini berpatutan dengan kualiti masakan. Harga asam pedas bergantung kepada jenis ikan yang korang minta. Rasanya sedap, just nice.

Alamat : 26-1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari ( 9 pagi hingga 5.30 petang).

P/S: Korang nak tahu apa yang ada dekat kawasan Petaling Jaya? KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.

Dah tahu dah kat mana nak makan? Yang Tok cadangkan dalam artikel ni adalah berdasarkan personal taste Tok. 

Kalau korang berminat untuk cuba, boleh singgah cuba, ok? 

Ha, bagi yang singgah Petaling Jaya, Tok ada benda menarik nak kongsikan.

Korang tercari-cari rumah yang menarik untuk dibeli? Projek ni mungkin sesuai dengan taste korang. 

Projek high-rise bawah RM400K. Booking hanya RM1,000 je. 

Projek ni jenis apartmen servis dengan pelbagai fasiliti berkualiti tinggi, siap ada pemandangan tasik yang indah. Kediaman ini sesuai untuk pembeli rumah pertama, dan juga yang sudah berumah tangga.

NAK TAHU LEBIH LANJUT? JEMPUT KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) SEKARANG

The post 5 port makan menarik di Petaling Jaya appeared first on Gila Hartanah.

Viewing all 831 articles
Browse latest View live