Hati Tok risau bila memikirkan tempoh moratorium yang dah berakhir. Bukan sedikit Tok baca kes orang kehilangan kerja malah gaji kena potong. Berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 10 September lalu, seramai 79,737 orang hilang pekerjaan bagi tahun ini.
Waktu yang sulit ini memang adakalanya kita tak nampak jalan keluar.
It’s okay not to be okay.
Kalau korang antara salah seorang yang terkesan dari segi kewangan, jemput baca perkongsian Tok kali ni sampai habis. Tok akan kongsikan cara untuk ringankan beban kewangan korang dan cara – cara untuk korang extend moratorium.
Memetik kenyataan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan moratorium ini, institusi perbankan telah memperkenalkan pelbagai pakej untuk membantu peminjam yang terjejas. Pakej ini termasuk pelanjutan moratorium secara bersasar serta fleksibiliti bayaran balik pinjaman bagi membantu peminjam berdasarkan keadaan kewangan mereka yang khusus.
Bagi melancarkan proses permohonan, institusi perbankan telah memudahkan langkah permohonan, membolehkan permohonan dibuat secara dalam talian dan melanjutkan waktu urusan cawangan bank (termasuk hujung minggu).
Peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNMTELELINK melalui bnmtelelink@bnm.gov.my.
Meskipun keadaan ekonomi secara amnya bertambah baik, sesetengah peminjam mungkin menghadapi cabaran membuat bayaran balik pinjaman jika keadaan mereka berubah pada bulan-bulan yang akan datang. Sekiranya perkara ini berlaku, peminjam masih boleh berurusan dengan bank mereka untuk berbincang mengenai pengaturan bayaran balik pinjaman alternatif. Semasa tempoh ini, institusi perbankan akan terus menawarkan pelbagai bentuk bantuan bayaran balik pinjaman kepada peminjam. Permohonan bantuan bayaran balik pinjaman yang dibuat pada bila-bila masa sebelum 30 Jun 2021 juga tidak akan dipaparkan dalam rekod CCRIS peminjam. Peminjam juga boleh mendapatkan panduan dan pilihan bantuan alternatif daripada AKPK.
Bagi yang ingin memohon lanjutan moratorium, korang boleh rujuk senarai bank dan apa yang perlu dibuat:
#1 CIMB
- Hubungi Pusat Panggilan CIMB di 03 6204 7788.
- E-mel covidcare@cimb.com dengan nama lengkap seperti Kad Pengenalan, nombor akaun pinjaman / pembiayaan dan alasan pemohonan (pendapatan yang berkurangan)
- Lawati cawangan CIMB terdekat
- FAQ Moratorium CIMB
#2 Maybank
- Hubungi Pusat Panggilan Maybank di 1-300 88 6688
- E-mel weassist@maybank.com dan letakkan maklumat ini di dalam emel:
i) Email subject: Request for Repayment Assistance
ii) Name
iii) Contact number
iv) Type of loan/financing (e.g. Mortgage, Hire Purchase, etc.)
v) Vehicle number (for Hire Purchase)
vi) Employment status (e.g. employed, self-employed, unemployed)
vii) Reason for application
- Lawati cawangan Maybank terdekat
- FAQ Moratorium Maybank
#3 Bank Rakyat
- Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800
- E-mel bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
- Lawat cawangan Bank Rakyat terdekat
- FAQ moratorium Bank Rakyat
#4 Bank Islam
- Hubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank Islam di 03-26 900 900
- Isi borang Program Prihatin Bersasar disini
- Lawati cawangan Bank Islam terdekat
- FAQ Moratorium Bank Islam
#5 Bank Muamalat
- Hubungi Pusat Panggilan Bank Muamalat di +603-2600 5500
- E-mel borang permohonan Bantuan Bayaran Pasca Moratorium kepada endmora.assistance@muamalat.com.my
- Lawati cawangan Bank Muamalat terdekat
#6 OCBC
#7 RHB
- Untuk Mortgage dan ASB Financing, hubungi Pusat Panggilan RHB di 03‑2610 6000
- Untuk Personal Financing dan Hire Purchase, hubungi Pusat Panggilan RHB di 03‑2776 3111
- Isi e-form disini
- Lawati cawangan RHB terdekat 3 – 4 Oktober ni (rujuk sini)
- FAQ Moratorium RHB
–
Macam yang Tok cakap, it’s okay not to be okay. Kalau korang ada masalah kewangan sekarang dan tak mampu untuk buat bayaran balik pinjaman, rujuk bank masing – masing apa yang boleh dibuat. Bawa berbincang dengan bank korang supaya korang boleh sediakan dokumen yang patut. Belum cuba belum tahu kan? Cuba je mohon dulu.
Jangan simpan sendiri dan rasa tak ada jalan keluar. Tok doakan semoga urusan korang dipermudahkan.
Amacam dah nampak apa yang kena buat?
Nantikan part 2. Tok akan kongsikan macam mana korang boleh gunakan AKPK untuk selesaikan masalah kewangan korang. Tunggu artikel seterusnya ye?
The post Moratorium dah berakhir. Ada ke jalan keluar bagi yang terhimpit dengan masalah kewangan? appeared first on Gila Hartanah.