Quantcast
Channel: Gila Hartanah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 831

Apa anda patut tahu tentang kawasan Petaling Jaya?

$
0
0

Apa gambaran yang keluar dalam kepala korang bila Tok sebut Petaling Jaya (PJ)?

Mungkin ramai yang terbayang tempat makan yang bermacam aneka pilihan. Tok sendiri pun suka cari makanan dekat kawasan Petaling Jaya ni.

Pendek kata, macam-macam ada.

Tapi pada mata seorang pelabur hartanah atau yang nak beli rumah, ini bukan perkara utama. Banyak lagi korang kena kaji sebelum buat keputusan membeli.

Jadi, apa yang korang patut tahu tentang kawasan ini?

Petaling Jaya – Perbandaran maju seluas lebih 97KM persegi?

Sumber gambar – Google Maps

Bila bercakap tentang memilih lokasi yang cun, Petaling Jaya (PJ) adalah kawasan yang tak asing lagi dan jadi pilihan ramai orang yang nak beli rumah.

Tapi sebelum kita menyelam lebih dalam lagi tentang Petaling Jaya, izinkan Tok kongsikan serba sedikit tentang sejarah tempat ini.

Pembangunan bandar Petaling Jaya bermula dengan 1,200 ekar tanah perladangan getah berdekatan Jalan Klang Lama (Old Klang Road), bermula pada era British Malaya sewaktu 1950-an.

Tapi, apa sebab penempatan ini dibuka?

Tujuan utama adalah untuk menampung jumlah populasi yang meningkat di Kuala Lumpur pada waktu tu.

Sejak 1952, PJ menyaksikan pertumbuhan secara mendadak dari segi saiz populasi dan kepentingan geografi. Pembangunan PJ bermula dengan pembinaan 800 buah rumah kediaman, yang dikenali sebagai ‘Old Town’ (Pekan Lama) pada hari ini.

Sekarang ni, kawasan PJ dah berkembang seluas 97.2 kilometer persegi. Serius besar gila! PJ yang terletak dalam daerah Petaling, juga memegang title (takhta) sebagai daerah dengan populasi tertinggi dan termaju dalam negeri Selangor.

Berapa banyak pusat membeli-belah dekat sini?

Sunway Pyramid. Sumber gambar – kuala-lumpur.ws

Pembangunan pusat membeli-belah dekat PJ bermula seawal tahun 1980 lagi.

Antara yang terawal seperti The Atria dekat Damansara Jaya dan Subang Parade, yang berdekatan dengan bandar jiran Subang Jaya.

Dan pembangunan ini menjadi semakin rancak pada tahun 1995, dengan kewujudan 1 Utama yang dibina di Bandar Utama. Sampai sekarang, 1 Utama (atau dikenali dengan nama famous, OU) menjadi tumpuan para netizen yang suka membeli-belah.

Tok sendiri suka berjalan dan shopping dekat sini. Lagipun, jenama yang ada dekat sini boleh tahan banyak, bermakna korang ada pelbagai jenis pilihan mengikut bajet masing-masing.

Dan antara sebab utama, kos tempat letak kereta (parking) dekat sini, masih lagi murah. Kalau malas nak bersesak dan tempuh traffic jam ke Pusat Bandaraya (KL), OU boleh jadi tempat alternatif yang sesuai untuk korang.

Selain tu, pasaraya TESCO jugak dibina dan mula beroperasi sekitar tahun 2003 dekat Mutiara Damansara. Tak lama lepas tu, Ikano Power Centre (sekarang dah tukar nama, IPC Shopping Centre), IKEA, dan The Curve menyusul pula pada tahun 2004 dan 2005.

Selain tu, korang juga boleh pergi ke Digital Mall, The Starling, Paradigm Mall, dan sebagainya.

Giant Supermarket pun, ada dekat sini. Mula beroperasi pada 2004, pasaraya ini dapat diakses dengan mudah menerusi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Kalau kawasan yang Tok sebutkan tadi berpusat secara spesifik di Petaling Jaya, kita masuk pula kawasan yang juga lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan pusat membeli-belah – Bandar Sunway. 

Bandar Sunway – Perbandaran yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

Pemandangan udara Bandar Sunway. Sumber gambar – en.m.wikipedia.org

Bandar Sunway pula terletak 20 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, dan hanya beberapa minit dari bandar Petaling Jaya. Terdapat sekitar 500,000 penduduk di sini.

Bandar ini mendapat reputasi sebagai hub pusat pengajian tinggi di Selangor, dengan Monash University dan Sunway University yang menarik ribuan pelajar ke kawasan ini. 

Selain 2 universiti ini, terdapat juga universiti swasta yang lain seperti Sunway College, Le Cordon Bleu Malaysia, dan juga One Academy, sebuah kolej seni yang berjaya meraih anugerah ADreline 2006. 

Dekat sini juga, tersedia sekolah untuk memudahkan para keluarga seperti: 

  • Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, 
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, dan juga 
  • Sunway International School. 

Untuk pusat membeli-belah dan aktiviti luar, korang disediakan dengan Sunway Pyramid yang famous dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. 

Korang juga boleh pergi ke Sunway Lagoon untuk berhibur dengan keluarga, yang terletak bersebelahan Sunway Pyramid saja. 

Bandar Sunway juga menyediakan kemudahan dari segi pusat kesihatan swasta, seperti: 

  • Sunway Medical Centre, dan juga 
  • Sime Darby Medical Centre (dulu dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre). 

P/S: Tok sediakan senarai lengkap kemudahan, pusat membeli-belah, universiti, dan hospital di bahagian bawah perkongsian ini. 

BRT (Bus Rapid Transit) juga menjadi antara kemudahan mantap yang tersedia untuk penduduk dekat sini. Perkhidmatan ini merangkumi laluan sepanjang 5.4KM, dan meliputi 7 stesen. 

Perkhidmatan BRT untuk kemudahan penduduk Bandar Sunway. Sumber gambar – en.wikipedia.org

Antara lokasi yang perkhidmatan BRT cover seperti: 

  • Sunway – Stesen KTM Setia Jaya, 
  • Mentari, 
  • Sunway Lagoon, 
  • Sunway Medical Centre, 
  • Monash University (juga berdekatan dengan Sunway University. Korang boleh parking kereta dekat BRT Depot), 
  • South Quay – USJ1, dan
  • USJ7 (terletaknya stesen LRT Kelana Jaya). 

Ha, dah alang-alang bercakap pasal sambungan lebuhraya…

Senang ke nak sampai ke Petaling Jaya?

Lebuhraya Damansara Puchong. Sumber gambar – KLIA2

Jawapan mudah Tok adalah:

“Serius senang gila!”

Petaling Jaya memang terkenal dengan pelbagai sambungan lebuhraya. Antara yang korang boleh gunakan seperti:

  • Lebuhraya Damansara – Puchong,
  • NPE (New Pantai Expressway),
  • Lebuhraya SPRINT,
  • Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan).

Tok mulakan dengan Lebuhraya Persekutuan terlebih dulu. Dengan sambungan ini, korang boleh pergi ke Pusat Bandaraya dan jalan alternatif ke Shah Alam dan Klang.

Kalau gunakan Lebuhraya SPRINT pula, korang boleh senang-senang sampai ke kawasan lain di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya seperti Ara Damansara dan lain-lain.

Dan yang paling best, dah tentu LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong).

Dengan sambungan ini, korang boleh sampai ke Bandar Utama, Sungai Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, atau ke arah Kelana Jaya, Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, dan lain-lain lagi.

Tok belanja sikit lagi. Kalau korang nak ke kawasan Bangsar atau Bangsar South, boleh gunakan Kerinchi Link.

Pendek kata, memang senang nak ke mana-mana daripada Petaling Jaya.

“Apa lagi kemudahan yang tesedia dekat Petaling Jaya, Tok?”

Sumber gambar – Sunway University – Sunway Education Group

Nah, Tok belanja korang pusat pengajian tinggi yang ada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya ni pulak.

Ada jugak Tok selitkan universiti dan kolej di kawasan jiran, sebab agak dekat dan mudah diakses dari PJ.

Antara yang ada seperti:

  • IACT College,
  • BAC (Brickfields Asia College),
  • Sunway College,
  • Yamaha Academy of Arts and Music,
  • Segi University College,
  • Universiti Tunku Abdul Rahman,
  • KDU University College,
  • Malaysia University of Science and Technology (MUST),
  • Taylor University (Subang Jaya),
  • Lincoln University College,
  • INTI International College (Subang Jaya),
  • Stamford College, dan macam-macam lagi.

“Kalau saya nak hantar orang tua saya yang sakit, dekat mana yang dekat Tok?”

Sunway Medical Centre. Sumber gambar – mymedholiday.com

Bawah ni, Tok belanja korang senarai hospital yang tersedia dekat kawasan PJ:

  • Sunway Medical Centre,
  • Columbia Asia Hospital,
  • Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH),
  • Hospital Universiti Malaya,
  • UM Specialist Centre,
  • KPJ Damansara Specialist Hospital,
  • Beacon International Specialist Centre, dan
  • Hospital Assunta.

Macam-macam ada, kan?

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Petaling Jaya?

Pada pendapat personal Tok, Petaling Jaya tergolong sebagai sebuah perbandaran yang matang dan lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.

Macam-macam kemudahan dan fasiliti yang tersedia dekat sini. Senang nak ke hospital, universiti, dan pusat membeli-belah. Lebuhraya pun, banyak yang boleh korang akses dengan mudah.

Tak rugi jadikan PJ sebagai kawasan untuk membeli rumah, tak kira untuk pelaburan atau kegunaan sendiri.

Rebut peluang belajar dengan Faizul Ridzuan (bernilai RM599) secara PERCUMA! 

Tok nak kongsikan peluang belajar dengan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital dan juga Co-Founder Gila Hartanah kepada korang. 

Korang boleh belajar ilmu hartanah secara dalam talian (online) saja. Fuh, duduk rumah pun, dapat belajar ilmu padu. PERCUMA pulak tu!

Tim Gila Hartanah sentiasa pentingkan keselamatan korang semua. Jadi, ini yang kami mampu kami lakukan waktu PKP ini, khas untuk korang yang serius nak belajar. 

Mohon daftar laju-laju sebab peluang ini adalah sangat terhad. Tok akan tutup kemasukan FB grup ini dalam masa terdekat.

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN MASUK FB GROUP SEKARANG

The post Apa anda patut tahu tentang kawasan Petaling Jaya? appeared first on Gila Hartanah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 831