Quantcast
Channel: Gila Hartanah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 831

Co-Living – Solusi kepada isu pemilikan rumah di peringkat global?

$
0
0

Pada era modenisasi ini, kemajuan teknologi telah membawa kepada pertumbuhan pesat sesebuah negara.

Dalam bidang hartanah, kita telah melihat fenomena kemunculan co-working, yang sedikit sebanyak telah mengganggu pasaran ruang pejabat tradisional.

Walaubagaimanapun, gelombang inovasi ini tidak berhenti di situ sahaja. Malah, konsep kediaman seperti co-living juga turut berkembang sama.

Konsep kediaman yang semakin menjadi pilihan ramai

Perkataan co-living atau kehidupan komunal seperti tidak asing lagi di negara-negara seperti Amerika Syarikat, England, Denmark dan tidak ketinggalan, Singapura. Perubahan gaya hidup dan kos pemilikan rumah yang tinggi antara faktor yang menyebabkan co-living kini menjadi pilihan ramai.

Perkembangan co-living di benua Eropah misalnya menyasarkan golongan pekerja muda profesional dan pekerja mudah alih dengan menyediakan penempatan berkualiti tinggi, lengkap dengan pelbagai fasiliti, dan tiada perkongsian perumahan yang tradisional.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang peraturan yang tetap mengenai cara untuk mengoperasikan co-living. Hal ini terpulang kepada setiap pengurusan co-living itu sendiri.

Terdapat beberapa co-living beroperasi seperti hotel dan membenarkan tempahan dalam talian untuk jangka pendek (penginapan satu malam). Namun, kebanyakan co-living mempraktikkan minimum penginapan beberapa bulan.

Jones Lang LaSalle (JLL) berkata, London dan Amsterdam menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan saham co-living di Eropah. Ini jelas menunjukkan pertumbuhan co-living di Eropah sangat pesat dan memberangsangkan.

Tawarkan pelbagai jenis sewaan pada kos rendah?

Antara jenama co-living yang terkenal di Eropah ialah The Collective. The Collective telah menerima USD 800 juta untuk mengembangkan pasaran co-living di seluruh England, Amerika Syarikat dan serata Eropah yang kini mempunyai 8,000 unit beroperasi atau sedang dalam pembangunan.

Mereka juga baru sahaja melancarkan bangunan co-living yang terbesar di dunia di Canary Wharf, dengan 705 bilik, kolam renang di tingkat 20 dan simulator golf.

Rajah 1- The Collective di Canary Wharf. Sumber gambar – Dailymail

Berdasarkan artikel ditulis oleh Rani Molla, di Amerika Syarikat kebanyakan co-living dibangunkan di bandar-bandar yang mempunyai pembangunan pesat dan kemajuan dalam bidang teknologi seperti San Francisco, Seattle, dan New York. Co-living lebih fleksibel, menawarkan pilihan sewaan harian, bulanan dan jangka panjang. 

Beliau juga menjelaskan bahawa co-living semakin popular kerana kos yang lebih rendah berbanding hotel dan mempunyai pelbagai kemudahan. Penghuni co-living menikmati pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan dobi, akses internet dengan kadar rata yang telah termasuk dengan bayaran sewa mereka.

Setiap unit juga dilengkapi perabot dan utiliti semuanya termasuk dengan bayaran sewa tanpa caj tambahan, menjadikannya sangat mudah untuk penyewa menganggarkan perbelanjaan bulanan.

Pilihan golongan ekspatriat dan digital nomad

Menurut kajian, syarikat-syarikat co-living yang utama di Amerika Syarikat – termasuk Common, Ollie, Quarters, Startcity, Komuniti Sosial X, dan WeLive, yang dikendalikan oleh WeWork iaitu syarikat co- working space – kini mempunyai lebih dari 3,000 katil di Amerika Syarikat, terutamanya di bandar-bandar utama.

Sungguhpun begitu, ia masih tidak dapat memenuhi permintaan. Maka, syarikat perusahaan ini sedang berusaha untuk memenuhi pasaran tempatan.

Rajah 2- Hiasan dalaman WeLive. Sumber gambar – Recode

Di Asia juga, co-living semakin popular terutama di Singapura dan Bali. Mengikut laporan yang disediakan oleh Knight Frank, co-living di Singapura menjadi tarikan utama kepada ekspatriat yang datang ke Singapura untuk bekerja.

Acara sosial yang dianjurkan oleh pengendali co-living, dan peluang untuk bergaul dengan individu lain yang berfikiran sama antara sebab utama menarik minat ekspatriat untuk menetap di co-living.

Dengan ekonomi di Asia Tenggara menjadi lebih bersepadu, Singapura menjadi hab serantau dan dilihat sebagai magnet untuk nomad digital yang bekerja di pasaran serantau.

Fleksibiliti – Komponen utama dalam perkembangan konsep Co-Living

Knight Frank juga menjangkakan co-living akan berkembang secara lestari dalam 2 tahun ke depan atau sekurang-kurangnya 3 tahun lagi.

Para pelabur juga tidak ketinggalan untuk membina co-living di tempat peranginan yang menarik seperti Bali. Co-living di Bali lebih menumpukan kepada generasi yang ingin hidup, bekerja dan meneroka destinasi yang indah untuk berminggu-minggu, bulan atau lebih, dengan tumpuan kepada komuniti, pengalaman, dan peluang pembangunan profesional dan latihan.

Rajah 3 – Outpost Ubud Penestanan. Sumber gambar – Destinationoutpost

Outpost Ubud Penestanan menggabungkan co-living dan co-working beserta pakej makan, minum dan pusat kesihatan, mereka menawarkan penginapan kepada penduduk dunia yang ingin bekerja sekaligus bercuti di tempat peranginan yang nyaman.

Konklusinya, co-living semakin berkembang di seluruh dunia dan tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar malah juga terdapat di lokasi peranginan.

Di samping itu, fleksibiliti yang ditawarkan oleh sesetengah pengendali co-living dengan tidak menetapkan tempoh minima untuk menyewa juga antara punca co-living berkembang. Tambahan pula, kadar rata tanpa sebarang caj tambahan beserta pakej-pakej menarik yang disediakan juga menarik minat orang ramai untuk menetap di co-living.

Dapatkan diskaun sewa 30% untuk tempoh 2 bulan?

Ramai yang terkesan secara langsung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 ini – Baik dari segi pekerjaan atau kewangan.

Ada yang kehilangan sumber pendapatan, tak kurang juga dengan gaji yang dipotong majikan.

Hakikatnya, kebanyakan rakyat Malaysia sekarang berada dalam posisi survival. Kami di Youtopia, faham masalah anda.

Dengan itu, kami di Youtopia menawarkan diskaun sewaan 30% kepada penyewa asal dan baru untuk bulan April dan Mei 2020.

Semoga bantuan ini dapat menyelesaikan masalah anda dan orang ramai yang sedang mencari kediaman pada harga mampu-milik.

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

The post Co-Living – Solusi kepada isu pemilikan rumah di peringkat global? appeared first on Gila Hartanah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 831