Quantcast
Channel: Gila Hartanah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 831

Moratorium automatik khas oleh bank selama 6 bulan bermula April 2020

$
0
0

Bagi korang yang terikat dengan pembayaran bulanan pinjaman, korang boleh tarik nafas lega kerana bank telah menawarkan moratorium secara automatik selama 6 bulan.

Sebelum Tok lanjutkan lebih lanjut, moratorium bermaksud tempoh penangguhan pembayaran pinjaman oleh pihak bank.

Korang tidak perlu memohon kerana pihak bank akan terus proses moratorium secara automatik. Namun, bagi yang tidak ingin terlibat dalam moratorium, boleh menghubungi bank.

Jemput baca sama-sama maklumat moratorium automatik oleh bank ni. Semoga membantu.

Antara bank-bank yang terlibat adalah:

#1 Maybank

Sumber : The Edge Market

Berikutan pengumuman BNM pada 24 Mac 2020, Maybank akan memberikan moratorium automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit dan korporat) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Ini untuk pinjaman / pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

Sila hubungi Early Care Centre Maybank (03-20543105) jika ada sebarang pertanyaan berkenaan moratorium automatik.

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik Maybank, boleh klik link di bawah :

Soalan lazim berkenaan moratorium Maybank

#2 Bank Rakyat

Sumber gambar : The Star

Maklumat ni Tok dapat dari website Bank Rakyat.

Bank Rakyat akan memaklumkan kepada peminjam tentang kemudahan moratorium automatik di website Bank Rakyat.

Sekiranya korang memilih untuk tidak menerima kemudahan moratorium secara automatik ini, sila emel kepada Bank Rakyat di telerakyat@bankrakyat.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1 300 80 5454.

Bagi korang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik Bank Rakyat, boleh klik link di bawah :

Soalan lazim moratorium Bank Rakyat

#3 CIMB

Sumber gambar : CIMB

Maklumat ni Tok dapat dari website CIMB.

Sejajar dengan pengumuman oleh BNM, berkuat kuasa 1 April 2020, CIMB akan memberi moratorium selama 6 bulan secara automatik kepada pelanggan-pelanggan individu dan SME, selagi pembiayaan mereka memenuhi kriteria berikut:

  • Tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020
  • Dalam denominasi Ringgit Malaysia

Butiran lanjut berkenaan dengan perkara di atas akan dikongsi pada 31 Mac 2020, termasuk penjelasan tentang kesan ke atas kemudahan kad kredit dan kebolehan untuk pilih keluar (opt out).

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik CIMB, boleh klik link di bawah :

Soalan lazim moratorium CIMB

#4 Public Bank

Sumber gambar : Public Bank

Berikutan pengumuman oleh BNM, berkuat kuasa 1 April 2020, Public Bank akan memberi moratorium selama 6 bulan secara automatik kepada pelanggan-pelanggan individu dan SME.

Ini untuk pinjaman / pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

Bagi korang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik Public Bank, boleh klik link di bawah :

Soalan lazim moratorium Public Bank

#5 Bank Muamalat

Sumber gambar : Bank Muamalat

Sebagaimana yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai bantuan kewangan, dengan ini dimaklumkan bahawa pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana Bank Muamalat akan mendapat penangguhan bayaran bulanan selama enam bulan.

Pelanggan Bank Muamalat tidak perlu memohon bantuan kewangan ini kerana ia akan ditangguhkan secara automatik.

Syarat penangguhan

Pinjaman / pembiayaan tidak tertunggak selama lebih 90 hari pada 1 April 2020.

Pembayaran keuntungan

Keuntungan yang dikenakan tidak akan dikompaun.

Sila hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan 1 300 88 8787 atau emel feedback@muamalat.com.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

#6 Ambank

Sumber gambar : Ambank

Ambank akan memberikan moratorium (penangguhan pembayaran pinjaman) automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit dan korporat) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Ini untuk

  • Tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020
  • Dalam denominasi Ringgit Malaysia

Bagi yang tidak ingin moratorium automatik oleh Ambank ni, korang boleh klik link di bawah untuk memohon pilih keluar (opt out) moratorium automatik.

Opt-Out Request Form

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Ambank 03 2178 8888 atau emel kepada  customercare@ambankgroup.com. untuk sebarang pertanyaan.

Bagi korang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik Ambank, boleh klik link di bawah :

Soalan lazim moratorium Ambank

#7 SME Bank

Sumber gambar : SME Bank

SME Bank menawarkan kemudahan penangguhan pembiayaan secara automatik selama 6 bulan kepada pelanggan SME Bank yang terjejas dan layak akibat COVID-19

Sila hubungi SME Bank di talian 03 – 2603 7700 atau kunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai moratorium automatik ini.

#8 RHB bank dan RHB Islamic Bank

Sumber : RHB Bank

RHB Bank dan RHB Islamic akan memberikan moratorium automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman RHB Bank, boleh klik link di bawah:

Soalan lazim moratorium RHB

#9 Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank

Sumber gambar : HongLeong Bank

Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank akan memberikan moratorium automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020, tanpa caj pembayaran lewat dan penalti bagi semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ) dan pelanggan individu.

Ini terpakai kepada semua pinjaman / pembiayaan untuk SMEs dan individu termasuk

  • pinjaman perumahan
  • gadai janji,
  • pinjaman / pembiayaan peribadi
  • pembiayaan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

#10 Bank Simpanan Nasional

Sumber gambar : BSN

Bank Simpanan Nasional akan memberikan moratorium automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Ini untuk pinjaman / pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

#11 Affin Bank

Affin Bank akan memberikan moratorium automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Ini untuk pinjaman / pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik Affin Bank, boleh klik link di bawah :

Soalan lazim moratorium Affin Bank

#12 Bank Islam

Sumber gambar : Loanstreet

Bermula 1 April 2020, Bank Islam secara automatik menawarkan penangguhan atau penggantungan semua bayaran semula pembiayaan selama 6 bulan bagi pelanggan individu dan PKS, serta menyediakan permohonan moratorium untuk pelanggan korporat.

Kemudahan ini diberikan kepada:

  • pembiayaan yang mempunyai rekod pembiayaan baik
  • dalam denominasi Ringgit Malaysia
  • tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020

Bagi kemudahan kad kredit, Bank Islam akan menawarkan pilihan untuk menukar baki pembiayaan kepada pembiayaan berjangka selama 3 tahun dengan kadar keuntungan yang rendah bagi membantu pelanggan menguruskan pembiayaan mereka dengan lebih baik.

#13 UOB

Sumber gambar : UOB

Berikutan pengumuman BNM pada 24 Mac 2020, UOB Malaysia akan memberikan moratorium automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Untuk kelayakan, pelanggan perlulah memastikan pembiayaan mereka dalam denominasi Ringgit Malaysia dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

Details lebih lanjut akan dikongsikan oleh pihak bank pada 31 Mac 2020 ini.

#14 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Sumber gambar : sc.com

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad  akan memberikan moratorium (penangguhan pembayaran pinjaman) automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Kriteria kelayakan:

  • Tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020
  • Dalam denominasi Ringgit Malaysia

Produk pembiayaan yang termasuk dalam moratorium automatik adalah:

  • Personal Loans/Personal Financing-i
  • Residential Mortgage/Saadiq MyHome-i or Saadiq MyHomeOne-i and Commercial Mortgage Loan/Biz Property Equity-i
  • Business Installment Loan/ Guaranteed Installment Loans/Biz-Financing-i

Ada orang tanya Tok,

“Perlu tak saya ambil moratorium ni? Apa kesan moratorium ni, Tok?”

Untuk menjawab soalan ni, Tok nak jemput korang semua join Group Facebok Tuan Faizul Ridzuan(FREE). Beliau akan berkongsi tentang impak moratorium malam ni dan apa yang korang kena buat.

JEMPUT KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) SEKARANG

The post Moratorium automatik khas oleh bank selama 6 bulan bermula April 2020 appeared first on Gila Hartanah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 831