Seperti yang korang dah tahu, anak adalah anugerah dan juga amanah yang diberikan Allah S.W.T kepada kita.
Bermakna, wajib kita jaga dan sediakan mereka dengan apa yang patut sehabis baik.
Antara perkara penting yang kita kena jaga adalah pelajaran mereka. Dan cuba tanya diri sendiri soalan ini :
“Dah ke aku sediakan tabung untuk pendidikan anak-anak aku ni?”
Kalau belum, korang boleh gunakan tip gempak yang Tuan Amir Syahir kongsikan ini. Selamat mencuba.
Kenapa simpan dalam TH (Tabung Haji)?

Macam gua, segala duit raya anak, duit orang bagi kepada anak gua, gua akan simpan dalam Tabung Haji dia.
Simpan Tabung Haji bagus, sebab purata bonus boleh dapat 6%.
Korang pun boleh buka akaun Tabung Haji untuk anak. Daftar haji anak siap-siap pun boleh.
Okay, jika anak dah ada akaun Tabung Haji, korang boleh transfer ke akaun Tabung Haji anak menggunakan Maybank2U.
Mudah dan senang. Jom baca.
Mudahnya daftar akaun TH untuk anak anda
Untuk kali pertama, korang kena daftar dulu akaun TH korang di mesin ATM Maybank yang berdekatan korang.
Tapi sebelum apa-apa hal, korang kena daftar akaun Tabung Haji sendiri dulu sebelum daftar Tabung Haji untuk anak. Tak boleh buat untuk anak kalau korang pun belum daftar.
Caranya mudah :
1) Bawak buku Tabung Haji.
2) Pergi mesin ATM Maybank.
3) Masukkan kad ATM Maybank.
4) Pilih Tabung Haji.
5) Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji.
6) Masukkan Nombor Siri Buku Tabung Haji.
Dan, tadaaaa. Akaun Tabung Haji korang dah diaktifkan dalam Maybank2u.
6 cara awesome simpan duit dalam akaun TH anak
Lepas tu buat perkara yang sama untuk akaun Tabung Haji anak. Dah siap daftar, baru la boleh masuk ke laman web Maybank2u tu.
Boleh baca caranya dekat gambar-gambar di bawah :

Buka maybank2u.com.my.
1) Klik pada menu Accounts & Banking.

2) Pilih Tabung Haji (kat bahagian bawah sekali).

3) Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer.

4) Masukkan berapa jumlah yang nak di-transfer. Satu transaksi dikenakan caj RM1.06 ya.
Akan ada 2 akaun TH. Akaun TH korang, dengan akaun TH anak. Jadi pilih akaun TH anak kalau nak transfer ke akaun TH anak.

5) Tekan request TAC dan isi nombor TAC. Dan tekan Confirm.

6) Selesai.
Mudahkan? Tak perlu ke pejabat TH jika jauh daripada tempat kerja korang. Lebih mudah dan menjimatkan masa dengan cara ini.
Berapa anda boleh kumpul selepas 18 tahun?
Jika korang simpan RM100 sebulan selama 18 tahun, nanti anak korang dah umur 18 tahun, dia dah ada dana pendidikan sebanyak RM38,000 jika purata bonus TH sebanyak 6%.
Banyak kan? Boleh rujuk gambar kat bawah ni :

Kalau korang masih bujang atau takde anak lagi, boleh buat untuk diri sendiri juga.
Untuk simpan duit lebihan gaji ke, duit bonus ke, nak simpan duit kecemasan ke, boleh guna cara ini juga. Terpulang.
Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudi-sudi la SHARE supaya ramai lagi dapat manfaat. Kah!
—
Bagi Tok, ini cara paling senang untuk simpan dana pendidikan anak korang. RM100 je pun, tak luak duit gaji bulanan korang tu.
Kalau mampu, boleh je ‘up’ lagi simpanan tu. Boleh dapat banyak lagi lepas 18 tahun.
Daripada habiskan kat benda bukan-bukan, baik lagi korang simpan untuk masa depan anak-anak. Setuju?
The post Cara bina simpanan pendidikan anak RM38K. Hanya RM100 sebulan appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.