Quantcast
Channel: Gila Hartanah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 831

Gamuda Gardens – Kediaman eksklusif, dekat dengan alam semula jadi

$
0
0

Apa resepi untuk membina sebuah perbandaran yang bagus?

Pada pandangan Tok, sebuah perbandaran yang bagus wajib ada sambungan lebuhraya yang cun.

Kalau semua ini tersedia, memang senang korang nak ke tempat kerja atau ke mana-mana tempat. Tak perlu dah makan banyak masa.

Untuk capai matlamat ni, pemaju perlu melabur kat infrastruktur seperti persimpangan khas untuk ke bandar mereka.

Dan ini apa yang Gamuda Land buat untuk projek perbandaran terbaru mereka. Jemput hadamkan perkongsian Tok tentang projek ini.

Kediaman untuk anda yang sukakan alam semula jadi

Sumber gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens adalah projek perbandaran yang diterajui oleh Gamuda Land Sdn Bhd.

Projek ini dibina atas tanah seluas 810 ekar di Sungai Buloh, Selangor. Status tanah ini adalah jenis Pajakan (Leasehold). Pembinaan Gamuda Gardens mengambil masa selama 15 tahun, dengan nilai GDV (Gross Development Value) sebanyak RM10.1 bilion.

Gamuda Gardens menawarkan 5 jenis kediaman pilihan kepada pembeli:

  • Link houses (Rumah Bersambung),
  • Cluster Houses (Rumah Cluster),
  • Semi-Detached Home (Rumah Berkembar Separuh),
  • Bungalows (Banglo), dan
  • Apartments (Apartmen).

Bukan takat itu saja. Gamuda Gardens juga menyediakan kawasan komersial untuk kemudahan penduduk di sini. Korang boleh jangkakan kemudahan seperti:

  • Retail Lot (Lot Runcit),
  • Corporate Offices (Pejabat Koporat),
  • Shops (Kedai),
  • Shopping mall (Pusat Membeli-Belah).

Kalau korang cari kediaman yang dekat dengan alam semula jadi, korang pasti suka tinggal dekat sini.

Banyak landskap semula jadi seperti bukit-bukau, taman, air terjun, dan juga tasik yang memukau pandangan sesiapa saja.

Ini menjadikan Gamuda Gardens sesuai sebagai tempat berkumpul untuk sebarang majlis keramaian, lengkap dengan pemandangan yang pasti menarik mata.

Ditambah pula dengan seni bina dan landskap yang indah, yang melengkapkan keperibadian sebuah bandar yang lengkap dengan suasana nyaman dan damai.

Sambungan lebuh raya yang mantap. Senang nak ke mana-mana

“Senang ke nak ke Gamuda Gardens ni, Tok?”

Tok faham kenapa ramai orang tanya kat Tok soalan ni. Tapi serius, memang senang untuk korang ke mana-mana daripada sini.

Contohnya, korang boleh sampai ke Kuala Lumpur dalam masa kurang 30 minit melalui Lebuh Raya Utara Selatan (NSE). Masa perjalanan ni, pada pendapat Tok, masih lagi munasabah untuk kawasan di luar bandar seperti Sungai Buloh.

Dan kalau tanya Tok, Gamuda Gardens boleh jadi kediaman terbaik untuk korang yang bekerja dekat Petaling Jaya atau Subang Jaya. Masa perjalanan ke dua (2) tempat ni hanya memakan masa kurang 30 minit.

Tok boleh confirm perkara ini untuk korang. Tim Tok pernah pergi ke Gamuda Gardens dari Mont Kiara. Tim Tok memandu tak laju mana pun, tapi boleh sampai dalam masa kurang 25 minit.

Sumber Gambar – Gamuda Land

Bab sambungan lebuh raya, korang tak perlu risau. Sebab korang ada sambungan kepada 3 lebuhraya utama ni:

  • North-South Expressway (NSE), atau PLUS (Lebuhraya Utara Selatan),
  • GCE (Lebuhraya Koridor Guthrie),
  • LATAR (Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor).

Macam yang Tok sebut awal-awal dekat atas tadi, korang boleh masuk ke perkarangan Gamuda Gardens melalui persimpangan khas, Kuang Elevated Interchage System yang bersambung terus ke Lebuhraya Utara Selatan.

Dan tak lama lagi, jaringan lebuhraya akan bertambah dengan adanya lebuhraya DASH. Bertambah senang perjalanan korang nanti.

Gamuda Gardens, lengkap ke dengan pelbagai jenis kemudahan?

Sumber gambar – Sungai Buloh MRT Station

Tok nak sentuh sikit bab pengangkutan awam.

Kalau korang jenis yang malas nak memandu kereta ke tempat kerja, korang boleh pilih untuk gunakan sama ada KTM atau MRT. Dua (2) kemudahan ini berpusat dekat satu tempat, di Hub Pengangkutan Bersepadu Sungai Buloh.

Jadi, korang boleh parking kereta dekat sini, dan gunakan kemudahan yang disediakan. Korang yang kerja dekat Pusat Bandaraya tu, tak perlu risau dah untuk ke tempat kerja. Tak perlu dah servis kereta atau motor secara kerap.

Oh, ada satu lagi yang suka Tok nak kongsikan dekat korang. Gamuda Gardens jugak akan sediakan perkhidmatan shuttle bus ke Hub Pengangkutan Bersepadu Sungai Buloh. Best, kan?

Pusat kesihatan pun, dekat belaka. Antara pilihan yang korang ada seperti:

  • Hospital Sungai Buloh (12.5 KM),
  • KPJ Rawang Specialist Hospital (10.7 KM).

Sekolah pun, banyak yang korang boleh pilih dekat sini. Antaranya:

  • SMK Bandar Baru Sungai Buloh,
  • SMK Bukit Rahman Putra,
  • IGB International School,
  • Straits International School,
  • SEPINTAR (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang).

Apa jenis rumah yang ada di bandar Gamuda Gardens?

Korang boleh pilih daripada lima (5) jenis kediaman di bandar Gamuda Gardens:

  • Agalia (Saiz Lot 20’ X 75’. Saiz Binaan, bermula daripada 1,961 kaki persegi),
  • Lavena (Saiz Lot 20’ X 75’. Saiz Binaan, bermula daripada 2,114 kaki persegi),
  • Aida (Saiz Lot 22’ X 75’. Saiz Binaan, bermula daripada 2,293 kaki persegi),
  • Nara (Saiz Lot 22’ X 75’. Saiz Binaan, bermula daripada 2,400 kaki persegi),
  • Gaia (Rumah jenis apartmen).

Tok akan jelaskan satu-persatu jenis rumah secara terperinci, bermula dengan Agalia.

Gamuda Gardens Agalia

Sumber Gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Agalia adalah salah satu daripada 4 projek rumah teres 2-tingkat dalam Presint Satu (1), yang merupakan Fasa Pertama (Phase 1) projek mereka.

Presint Satu (1) merupakan kelompok daripada kawasan gated and guarded, berdekatan Village Square.

Agalia juga terletak di sebelah air terjun, dan juga selari dengan kawasan berbasikal dan joging. Jadi, korang boleh jangkakan pemandangan yang indah di sini.

Keluasan tanah untuk Agalia adalah 1,500 kaki persegi, dengan saiz binaan bermula daripada 1,961 kaki persegi dan mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Bilik tamu yang berada di tingkat bawah, lengkap dengan pemandangan taman yang cantik.

Ini pelan lantai (floor plan) unit Agalia untuk rujukan korang:

Sumber Gambar – Gamuda Land
Sumber Gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Lavena

Sumber Gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Lavena adalah rumah teres 2- tingkat dalam kelompok Presint Satu (1).

Saiz Lavena sedikit besar berbanding Agalia, dengan keluasan binaan (build up) 2,114 kaki persegi. Keluasan tanah untuk Lavena, sama saja seperti Agalia (20’ X 75’, atau seluas 1,500 kaki persegi).

Unit Lavena dibina dengan 4 bilik tidur yang luas dan 3 bilik air. Ada ruangan taman yang boleh diakses melalui sliding door dari bilik di tingkat bawah. Bermakna, korang boleh jangkakan pemandangan yang indah di situ.

Bilik tidur di tingkat bawah boleh digunakan sebagai bilik tidur tamu, atau ahli keluarga yang sudah berusia yang tak mampu turun naik tangga.

Dan sama jugak macam unit rumah dalam Presint Satu (1) yang lain, dapur Lavena dibina berkonsepkan dry dan wet kitchen yang boleh tembus ke luar sisi rumah. Menarik, kan?

Ini pelan lantai (floor plan) unit Lavena untuk rujukan korang:

Sumber Gambar – Gamuda Land
Sumber Gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Aida

Sumber gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Aida merupakan unit rumah teres 2 tingkat dalam kelompok Presint Satu (1), dengan keluasan tanah yang lebih besar berbanding Agalia dan Lavena (22’ X 75’, atau seluas 1,650 kaki persegi).

Luas binaan unit pula, seluas 2,293 kaki persegi dan lengkap dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Bilik tidur tamu yang terletak di tingkat bawah, mempunyai pemandangan terus ke taman di belakang rumah.

Unit Aida ini, dibina dalam kuantiti yang terhad. Korang boleh rujuk pelan lantai (floor plan) Aida kat bawah ni:

Sumber gambar – Gamuda Land
Sumber gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Nara

Sumber gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Nara adalah rumah teres 2 tingkat dalam kelompok Presint Satu (1) dalam perbandaran Gamuda Gardens.

Unit Nara dibina dengan keluasan binaan seluas 1,400 kaki persegi, lengkap dengan 4 bilik tidur + 1 bilik pembantu rumah, dengan 4 bilik air. Keluasan bukaan tanah pula, seluas 22’ X 80’, atau 1,750 kaki persegi.

Bilik tidur di tingkat bawah ada pintu gelongsor (sliding door) yang boleh dibuka untuk akses terus ke ruang laman peribadi yang luas. Dan kalau korang jenis yang suka bercucuk tanam, ada ruang halaman dan taman yang luas untuk tujuan ini.

Sebab ruang halaman yang besar, korang boleh jadikan ini sebagai tempat majlis keramaian secara kecil-kecilan.

Korang boleh rujuk pelan lantai (floor plan) unit Nara kat bawah ni:

Sumber gambar – Gamuda Land
Sumber gambar – Gamuda Land

Gamuda Gardens Gaia Residences

Sumber gambar – Gamuda Land

Gaia Residence pula adalah salah satu projek rumah bertingkat (high-rise) yang pertama dalam perkarangan bandar Gamuda Gardens. 

Terbahagi kepada 2 menara setinggi 17 dan 18 tingkat, Gaia Residence menawarkan 500 apartmen servis (serviced apartment), 18 unit kedai 2 tingkat, dan juga 12 unit kedai runcit.

Antara kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan adalah:

  • Beach Pool,
  • Lazy River Pool,
  • Canopy Walk,
  • Multi-purpose Court,
  • Outdoor Gym,
  • Urban Herb Garden,
  • Amphitheatre,
  • Kids’ Playground,
  • Reflexology Path,
  • BBQ Deck.

Unit Gaia Residence mempunyai 3 jenis keluasan, bermula daripada 500, 640, hingga 900 kaki persegi. Konfigurasi unit yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Unit studio,
  • 2 bilik tidur + 1 bilik air,
  • 3 bilik tidur + 2 bilik air.

Setiap unit yang ditawarkan lengkap bersama ruang laman dengan saiz yang munasabah. Korang boleh gunakan ruang ni untuk letak mesin basuh, mop, baldi, atau lain-lain barang rumah.

Penanda aras keupayaan hiasan landskap Gamuda Gardens? 

Sumber gambar – Gamuda Land

Ini satu rahsia yang Tok nak kongsikan dekat korang. Rahsia ni, tak ramai orang tahu.

Tahu tak, air terjun dalam bandar Gamuda Gardens ni, adalah man-made (buatan manusia)?

Masa tim Tok datang melawat Gamuda Gardens, mereka tak tahu pasal perkara ni. Semua ingat, air terjun tu adalah air terjun semula jadi. Tapi lepas berjumpa dengan mereka di Gamuda, baru mereka tahu perkara sebenar.

Gamuda Gardens sendiri lengkap dengan bukit-bukau yang memikat pandangan. Topografi semula jadi di kawasan ini mengalirkan air ke taman, termasuk 5 tasik dalam kawasan Gamuda Gardens.

Sebab tanah di sini memang dah sedia cantik hingga ke seluruh Gamuda Gardens, pemaju dapat menggabungkan tasik yang ada menerusi lata, sungai, dan air terjun yang ada, menjanjikan pemandangan yang indah di mata penduduk serta pengujung.

Ini yang Tok nak highlight dekat korang – kalau Gamuda ambil inisiatif sehingga level ni, perlu lagi ke korang risau tentang landskap di Gamuda Gardens?

Pendek kata, Tok sarankan korang lihat dengan mata korang sendiri. Baru korang faham apa yang Tok dan tim Tok rasa.

“Saya berminat. Apa yang perlu saya buat, Tok?”

Kalau korang berminat dengan Gamuda Gardens, jemput isi borang kat bawah ni untuk dapatkan maklumat lanjut:

The post Gamuda Gardens – Kediaman eksklusif, dekat dengan alam semula jadi appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 831